Khamis, Mei 16

Hari ibu di Gula Petite by Gula Cakery

Dania yang ajak ayah ke sini.....IOI City Mall masa Hari Ibu 12 Mei 2024. Ramainya kat sini....



Kat mana nak pergi ni?. Ok dah nampak dah masa naik escalator. 


Kami nak ke sini....
Gula Petite by Gula Cakery
Atas tulisan kedai tu dihiasi bunga ros tiruan....


Tempat kat sini very limited tapi nasib baik masa kami pergi tu ada meja kosong. 


Kami....


Meja-meja kat sini dipenuhi dengan keluarga. Kalau couple ada la 1 meja kot. Makan makan sempena nak sambut Hari Ibu mungkin. 


Saya bersama Chocolate Pavlova. Ni ummi yang pilih. Dania ikut je sebab Hari Ibu....Dania nak ummi yang pilih. Pavlova ni Dania nak bayar tapi ayah dia tolong bayarkan. 


Lepas tu, Dania beratur kat tempat aiskrim ni. Dania nak bayar.....kemudian ayah dia pulak bayarkan. Eh dah 2 kali dah ayah bayarkan. 

Cantik pulak tempat aiskrim ni warna kegemaran saya....purple....hehehe....


Kami memilih perisa Berry Pavlova. 


Seleksi aiskrim yang halal kat sini. 


Berry Pavlova ni beli 1 cup je single scoop size regular. Share je la kami bertiga. Rasanya tak manis. Just nice je. 


Kalau nak buat event pun boleh serve aiskrim ni. Boleh pilih la pakej yang mana sesuai...


Ambik lagi gambar bunga ros kat kaunter ni. 


Hari ni memang tak masak la saya.....wahhhh rasa macam queen. Hehe....
Hari Ibu tidaklah wajib untuk family saya raikan. Kalau ada....ada la....tidak la menjadi acara yang wajib macam sambutan hari jadi. 






XOXO,
Ezna












 

13 ulasan:

  1. terliur la aiskrim tu ezz (semua benda i terliur ari ni sbb puasa hahahah)..cantiknya cafe ni sbb deco2 bunga..i tak pernah lg masuk mana2 gula cakery tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya la you puasa.....takpe lepas selesai ni makan la apa yang you teringin.....ni actually gula petite by gula cakery (I tertinggal gula petite...dah ubah dah). Mama Tisya kata ada kat KL East Mall. Dekat la dengan you.

      Padam
  2. kalo gula petite mmg kecik je....menu pn terhad...kita slalu pi gula cakery yg kt kl east mall besar la...pernh pi yg kt subang juga tp tkde meja kosong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutnya Gula Petite by Gula Cakery. Gula Petitenya hilang kat tajuk.....(dah ubah dah). KL East Mall dah area lain ya....oh Subang pun ada....

      Padam
  3. Menarik ni, nanti ke IOI saya nak cubalah!

    BalasPadam
  4. wahhhh meleleh air lior tengok pavlova tu! hehe

    BalasPadam
  5. Oh ya ke?. Sis pernah sesat parking kat Midvalley. Selalunya kalau kat IOI City Mall ni parking kat area favourite je. Jadi memang tahulah parking yang tu.

    Selamat Hari Ibu!

    BalasPadam
  6. Seronokkan diraikan oleh suami & anak...
    Nampak nice tempat tu. Belum pernah cuba Gula Cakery ni...

    BalasPadam
  7. Sedapnya chocolate pavlova... betul tu sis, rasa dihargai bila keluarga bawak keluar makan sempena hari ibu kan

    BalasPadam
  8. Selamat hari Ibu... Linda belum rasa lagi.. Hari Ibu ke.. Hari lahir sendri ke.. Tetap lah belanja diri sendiri makan... Kikiki

    BalasPadam
  9. Biasanya yg begini pasti memang ayah tak akan bagi anak bayar 😄.

    Es krimnya sedap2 pasti.. saya selalunya pilih yg paling unik dan belum pernah rasa kalo beli gelato atau es krim seperti Ini 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...