Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 6

Jemputan rumah terbuka

Ni cerita selepas ke kenduri perkahwinan yang diadakan di A Park tu. Ada jemputan pulak selepas tu. Hubby kata nak balik dulu kemudian datang balik tapi saya kata kalau balik dulu...memang saya malas dah nak pergi. 😅. 

Ni bukan rumahnya tapi saya suka pulak design rumah ni. Kawasan saya ni banyak tanah lot. Tanah lot yang ni terletak kat atas bukit. View atas ni memang cantik. Ada juga tanah nak dijual atas ni.....


Ha inilah rumahnya.....


Saya ambil bihun goreng ajer. Dinding kat sini diperbuat dari bata merah. Bata merah ni harganya mahal tapi sejuk rumah dan tahan. 


Kat dalam ni meja makan tapi kami memilih untuk duduk kat luar. Pun ada disediakan meja. Kawasan kat meja makan tu atas tu kawasan terbuka jadi boleh menjenguk kat situ. Saya suka design macam ni. 


Bihun dengan telur rebus. 


Cantik kawasan kat luar dengan rumput karpet tiruan. 


Buko ni sedap. 


Lepas tu ambik laksa tanpa kuah boleh?. Saya tak ambik kuahnya sebab perut masih tak berapa sedap. Malam sebelumnya muntah dan ulang alik ke bilik air sampai susah nak tidur sebab perut sakit. 


Close up rumahnya. Ambil gambar masa dah mengundurkan diri. 


Rumah kawasan ni memang atas bukit dan rumah yang ni tinggi sikit. Unik pulak macam design rumah melayu tradisional ada benda tajam kat bumbung. Bila google namanya 'Buah Guntung' atau 'Kayu Tunjuk Langit'. 


Seronok betul tengok design rumah kat sini. Cantik-cantik....





XOXO,
Ezna

 

14 comments:

  1. Sabtu lepas pegi beraya dekat satu kawasan guarded & gated, pun lawa² rumah kat situ... Sempat lah berangan nak beli sebijik haha....
    Laksa tu Ezna makan gitu je ke? Perut meragam mmg tak berani nak makan lebih² kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe PH berangan kemudian berdoa....ada rezeki kita dapat nanti...insya-Allah. Laksa tu makan gitu je PH. Janji kenyang je. Semua portion sikit2 je ambik.

      Delete
  2. cantik2 belaka rumah tu termasuk rumah yg u attend jamuan tu..i berkenan la awning tu cuma tak tau bila la i nak buat awning utk my house (selalu tak de bajet)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Suzz bab budget nak kena ngam juga baru boleh proceed. I doakan moga rezeki you murah and later dapat siapkan awning yang you aim...aamiin...

      Delete
  3. mmg best bila tgk rumah cantik2 ni....suka snap2 gmbr byk kn...mmg kalo dh balik umh ..nk kuar blk..sure malas hehe...nasibaik trus pegi lps pi wedding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik rumah memang nampaknya malas nak keluar balik sebab nak bersiap bagai tu...terus pergi je...tak ambik pun rendang ketupat semua....ambik makanan yg ringan sedikit. Tu pun portion pun tak banyak....

      Delete
  4. Catik rumahnya, rumah projek perumahan ke atau rumah design sendiri tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kat sini semua design sendiri sebab mereka beli tanah kat sini....jadi design kat sini semua berlainan.

      Delete
  5. Cantik, pandai owner rumah design rumah. Pernah berangan2 nak buat rumah sendiri dekat tanah di kampung suami tapi suami kata susah, kena ada orang jaga 24 jam sbb byk kes kecurian di kampung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kes curi seram juga Carneyz kan?. Unless memang Carneyz dan suami dah bersara dan decide nak balik kampung...haaa yg ni ok la kan.....pencuri pun takut nak masuk rumah sebab tahu ada tuan rumah....tapi tu la....kat kg tu tenang je.....

      Delete
  6. Cantik sungguh rumah ni...berkenan SA....

    ReplyDelete
  7. Design rumah di atas bukit saya pun suka. Dan ini pula pakai bata merah 😍. Sepupu saya ada seorang arsitek. Dan rumah2 yg dia design, termasuk rumah dia sendiri banyak pakai bata merah juga. Cantiiik jadinya.. mirip bila2 di luar negara pula 😄

    ReplyDelete
  8. Makan laksa saja tanpa kuah, tak hambar kak 😅?

    ReplyDelete