Jumaat, Mei 31

Review Movie The Experts

Movie ni keluar di pawagam pada 23 Mei 2024. Pada 24 Mei 2024.....saya dan Dania berpeluang untuk menonton filem ni. Sementara Dania free ni boleh la. Kalau hari jumaat ni Dania ada kelas pagi je jadi petang tu boleh la menonton. Siap makan tengahari dulu kat rumah barulah ke IOI City Mall. 



Kami duduk 2nd last. Saya suka pilih seat hujung. 


Masa ni sebelah Dania tu kosong. Bila iklan dah start, sebelah Dania duduk tu ada lelaki pulak duduk jadi jacket denim yang saya bawa tu saya suruh Dania tutup sebahagian tangan yang berdekatan dengan lelaki tu. To be safe. 


The Experts ini diterajui oleh :

Aaron Aziz (Along)
Ray Era FM (Angah)
Remy Ishak (Amir)
Shafiq Kyle (Keyrol)
Mimi Lana (Ema)
Hasnul Rahmat (Johar)
Tony Eusoff (Bashir Rahman)
Douglas Lim (Ah Teck)
Wan Hanafi Su (Jaafar)
Maya Karin (Miranda Rahman)

Credit : Google

Kisah ini berkenaan adik beradik yang melakukan rompakan jongkong emas. Ada babak Syafiq Kyle ditangkap dan dipenjarakan. Along lakonan Dato Aaron Aziz yang akan mengetuai plan rompakan ini. Lain daripada yang lainnya ialah rompakan keluarga mereka ini tidak menggunakan senjata tapi ada adegan beradu tenaga (tumbuk menumbuk tu ada la). Syafiq Kyle dan Mimi Lana pula pasangan kembar dalam adik beradik ni. Patut la macam ngam je dalam filem ni selain dari kisah cinta mereka di luar filem la....ehem....Gangster yang lain tu menggunakan senjata api la. 

Kemudian selepas itu, mereka dah tak buat dah rompakan sehinggalah dapat ugutan dari gangster paling merbahaya untuk mencuri sebentuk cincin yang akan digunakan untuk menabalkan seorang gangster sebagai ketua gangster iaitu Bashir Rahman (Tony Eusoff). Ada la nanti plot twist pulak diantara gang2 gangster ni. Nak tau apa....kena la tonton ya. 

Bagi saya dalam filem ni diselitkan elemen kelakar dalam rompakan adik beradik ni. Not bad juga lakonan Ray Era FM ni. Bersahaja juga. Ray dalam filem ni ditugaskan untuk kawal perjalanan rompakan dan bab2 komputer dan programming ni bagi kat dialah. Ada juga adegan Remy Ishak menari tarian tango dengan Maya Karin. 

Apa yang saya boleh simpulkan menarik juga la untuk menonton filem ini cumanya bab rompakan keluarga ni bukanlah untuk dinormalisasikan. Sekadar hiburan dalam filem ajer. Saya beri 3/5 bintang untuk filem ini. 

Anda dah menonton ke? 





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. wah dh tgk dia cite ni...tisya minat remy mcm mamanya ..oh adik beradik mimi ngan syafiq dlm cite ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik beradik kembar katanya Amy. Huiiii Remy menari tango dengan Maya Karin....nanti tengok la nanti.

      Padam
  2. ooo ni laa filem terakhir mimi dgn SK berlakon bersama tu sblm diorg berpisah...hehe

    BalasPadam
  3. I baru jer tgk movie ni tghari td ezz..bwk my razeen dan ariff

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke?....tapi I rasa Sheriff tu best lagi.

      Padam
  4. Untuk lebih selamat...pilihlah kerusi yang bersebelahan dengan dinding....apa-apapun doakan yang baik-baik sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya pernah pilih seat berdua di dinding dan kebetulan dinding tempat kami pilih tu kotor. Macam ada air tumpah ke apa....Lepas tu seram nak pilih yang berdekatan dinding. Pilih tempat pun beli online dan masa beli kosong sepanjang line kami tu. Agaknya mereka beli hari yg sama terus.

      Padam
  5. Pelakon semua hebat. Jalan cerita pun mcm best je.

    BalasPadam
  6. Nampak pelakon best².
    Saya suka tengok lakonan Mimi Lana.

    BalasPadam
  7. Suka juga tengok Ray berlakon, santai & kelakar... Dulu tgk dia dlm filem Sangkar.
    Nampak menarik filem ni

    BalasPadam
  8. Pelakon bagus2. Oh ada Maya Karin jugak.

    BalasPadam
  9. Iris pun ckp best..dia tgk ngan kawan2 dia cuti sekolah baru ni

    BalasPadam
  10. Saya kalo nonton film justru suka yg bagian tengah 😄. Kalo dah terlalu depan atau dekat dinding, agak malas sikiit hahahahha. Selera saja.

    Ini sepertinya bagus yaaa. Saya beberapa kali nonton film Malaysia melalui Netflix. Ada yg lucu , ada yg bagus dan seru. Moga2 expert ini bisa masuk juga

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...