Jumaat, Mei 24

Pengeluaran online SSPN I Plus

Ini baru pertama kali saya nak keluarkan duit dari Simpanan SSPN I Plus yang saya nak simpan untuk Dania.

1. Perlu install apps myPTPTN di phone. 

2. Setelah set semua pergi ke page ni. Kalau akaun SSPN I Plus ni boleh buat pengeluaran setelah 3 tahun anda menyimpan. Macam saya ni start tahun 2019 jadi nak masuk 5 tahun la menyimpan. Jadi part yang ni ngam dah. Lepas syarat!. 

***Nak setkan i/c tu agak renyah sikit sampai saya kena minta staff PTPTN kat Star Education Fair tolong buatkan. Staff  PTPTN pun cakap manja sikit sistemnya...anda cubalah.....



3. Pergi ke 3 titik tu dan click 'Pindahan' di situ. 


4. Akan tertera di situ berapa yang anda layak keluarkan. Lihat 'Baki Pengeluaran Pindahan'. Kena tinggalkan RM1000 dalam akaun. 


5. Isi butiran semua dan berapa amaun pindahan dan rujukan boleh la dipilih dari pilihan. Saya pilih pendidikan tinggi. 


6. Page terakhir akan keluar yang ni. 'Amaun pindahan akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pengesahan lengkap. Kemudian boleh click sah & hantar. 


Simple je pun nak keluarkan duit SSPN I Plus online ni tapi punya lama la pulak sampai 14 hari bekerja. Saya nak keluarkan amaun tu sebab nak menyimpan dalam emas Public Gold tu. Saya nak kekalkan akaun ni sebab ada manfaat penyakit kritikal, kematian, elaun kemasukan hospital dan banyak kali. Pulak tu cover pendeposit, pasangan dan anak (khairat kematian). Best kan? Jadi saya keluarkan apa yang boleh je la. 

Akhirnya saya bercadang ke pejabat PTPTN yang terdekat. Nanti saya update pengeluaran di kaunter pulak macam mana....





XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. Rasanya cover pendeposit sahaja. Untuk khairat kematian, cover pasangan dan anak. Saya dan suami buka dua akaun untuk ambil manfaatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....terima kasih memberitahu infonya. Saya dah edit dah.

      Padam
  2. Tq Ezna share, tiba masa boleh keluarkan utk Abang & adik³ dia...
    Alhamdulillah tahun ni pun extend lagi utk tax exemption kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are welcome PH. Ni pun pertama kali nak keluarnya.....jadi saya share la sebab mungkin ada yang confuse macam mana nak keluarkan...

      Padam
  3. ok, i baru baca entry ni heeh td i dh terkomen masa baca entry yg latest..so it means u masih kekalkan savings la..kena simpan every month lah kan utk pastikan insurance tu valid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab SSPN I Plus ni tiap bulan direct debit dari akaun I sehingga Dania berumur 29 tahun. Boleh keluarkan you akaun SSPN I Plus ni provided that RM1000 kena simpan dalam akaun. Selebihnya boleh keluarkan. If let say nak guna duit ke etc....

      Padam
  4. sy cuma simpan di SSPN Prime je. Nak kuar mudah je buleh buat on9. X kuasa la sy nak pi pejabat PTPTN di Kuala Krai atau Kota Bharu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh SSPN Prime. SSPN Prime ni mungkin takde tnc macam SSPN I Plus ni sebab SSPN I Plus ni boleh keluarkan setelah 3 tahun menabung dan kena tinggal balance RM1000 dalam akaun kalau nak keluarkan. Ikutkan memang nak buat online je AK tapi ada keluar pulak dalam masa 14 hari duit release (masa buat nak buat online). Tu yg try kuar kat kaunter pulak. Rupanya sama jugak 14 hari jugak release duitnya.

      Realitinya tak sampai pun 14 hari prosesnya.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...