Selasa, Mei 21

Bersyukur dengan hadiah-hadiah yang diterima....

Alhamdulilah pada 17 Mei 2024, umur saya bertambah satu anak tangga. Alhamdulilah Allah masih beri saya peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan melihat bumiNYA yang luas terbentang. 

Saya ada menerima hadiah Hari jadi yang pertama dari tak lain tak bukan Mama Zharfan. To be exact 2 hari sebelum Hari Jadi saya. 

Mari buka step by step bersama saya. Hehe. Ni bukan pembalut yang pertama ya. Lilac ni pembalut yang kedua....pembalut yang pertama berwarna coklat. Gigih saya berhati-hati buka hadiah ni. Sweet warna pembalut ni. Mestilah sweet sebab berwarna lilac. 



Ada kotak berwarna gelap dengan ribbon Lilac jugak. 


Dah buka ribbon kena buka sticker Happy Birthday ni dulu ya. 


Wahhhhh....ada brooch Ozel. Kalau sebesar ni pun harga dia besar jugak 😀. Manis warnanya ya. Ada juga tuala berwarna lilac (light purple) dengan nama saya tertera kat situ dan tudung bawal warna lilac dengan perincian batu-batu. Terpegun tengoknya Suzz. Terima kasih banyak-banyak Suzz. Really appreciate it. 

Kalau nak tahu Suzz ni....wish saya kat whatsapp personal, whatsapp group, dalam blog dan facebook. Memang I terharu sangat Suzz. Thanks....

Thanks Suzz.....


Saya pun dapat Telekung Siti Khadijah Rabia warna Dark Purple. Mulanya nampak alamat Tik Tok Siti Khadijah ni kat Sepang. Terus saya whatsapp kawan saya suruh mengaku hantar ni. Haha ya beliau mengaku. 😅. Didatangkan juga dengan beg Siti Khadijah. Telekung Siti Khadijah ni memang selesa memakainya. 

Thanks Nor. 


Ini pula tote bag bercorak bunga-bungaan. Background tote bag ni berwarna....
Mie mengimbau perkenalan saya dan beliau dulu. Masa daftar kat Sura Gate (UITM Dungun) dulu.....Mie menarik begnya....katanya hatinya gundah gulana sebab hari first mendaftar dan dikelilingi tempat yang asing pulak. Dekat tangga.....saya cakap boleh saya tolong?. Mie kata sweet betul saya masa tu. Serius saya memang lupa part yang ni. 😅. Masa tu asrama kami di bangunan kayu ya. Macam pelik kan tapi benar.....Masa sem 1 je kat bangunan kayu ni tapi Sem 2 kat bangunan 4 tingkat asrama batu sampai la Sem 6. 

Kat rumah-rumah kayu ni memang dipenuhi pokok-pokok yang sebesar pemeluk. Pernah sekali pokok yang sebesar pemeluk.....eh actually bila peluk pun tak boleh juga sebab lilitan pokok tu besar. Pokok tu kat belakang hostel kayu kami. Kena panah petir masa hujan lebat kemudian tumbang sampai akar pun terkeluar. Nasib baik tak timpa rumah kami tu. 


Lilac....Mie kata Ena dan purple ni best friend. Hehe....boleh gitu?.


Ini pula.....hadiah Aromatheraphy Massage dekat Thai Odyssey IOI City Mall selama 2 jam. Emi tanya saya nak massage 1 jam ke 2 jam?. Saya kata selalu saya buat 1 jam 30 minit je. Walaupun kawan dah kenal lama dari sekolah menengah agama, saya segan nak memilih berapa jam walaupun hati kata best tu 2 jam....hehe. Actually bab 1 jam ke 2 jam tu memang saya tak jawab pun. Udahnya Emi tukang call, tukang bayar. Bila pergi situ masa yang ditetapkan saya cuma kena enter 6 nombor unik je macam no pin. Emi dah beritahu la nombor apa yang saya kena masukkan nanti. 

Thanks Emi. 

Saya pergi pada jam 10 pagi, 18 Mei 2024. Jadi, Dania pergi Kokurikulum pun ayah yang hantar dan ambik. Memang me time saya la time ni. Alhamdulilah. 

Kat sini nanti dia akan basuh kaki kita. Takde la gambar kaki saya sebab aurat....


Ni bilik urutan. Bila kita diurut akan dipasang lagu yang menenangkan. Slow je dia pasang tu. Kita pun boleh relaks je masa ni. Boleh pilih minyak aromatheraphy apa dan saya memilih minyak rose. 


Sebelum mula urutan akan diberikan teh serai kot saya rasa.....sedap juga. Suam-suam je....selepas urutan pun diberikan teh satu cawan penuh juga. 

Fikir-fikir balik....bila pulak kawan saya ni tahu saya suka mengurut kat Thai Odyssey ni?. Saya suka urutan Thai ni berbanding urutan melayu sebab urutan melayu ni bising. Bising maksud saya kalau kita ni banyak angin, tukang urut akan sendawa je jadi saya rasa terganggu sebab saya nak menikmati masa urutan saya ni. Nak tenang-tenang ajer. Teringat dulu tukang urut masa saya dalam pantang alahai memang sendawa tak ingat....tapi ikut la kita pun ada pilihan masing2. 


Ni pula ada yang transfer duit untuk saya beli emas di Public Gold jadi saya tukarkan jadi emas Public Gold ni kepada 1/4 dinar (1.0625g). Saya keluarkan yang ni sebab baru je launch kat website PG, Masjid di Kazakhstan. 


Dan saya dapat juga 1 slice kek mango cheese ni. 😊


Ini pulak adik saya yang bagi. Kekna nak tak nanti transfer duit harga 1g untuk Kekna beli emas Public Gold?. Kalau dengan adik cepat je cakap Nak. Hehe....😅 Kebetulan memang ada akaun emas di Public Gold jadi saya dapat harga member. Bestnya Public Gold ni kalau simpan je kat dalam akaun emas tu tak dikenakan upah simpan ya. (Ada yang kenakan upah simpan jika simpan dalam akaun). Pulak tu bila kita nak jual balik, percentage yang ditolak tak tinggi sangat. Masih kompetitif berbanding yang lain, boleh ar rahnu di Pejabat Pos. Ar Rahnu ni macam pinjaman dan kita cagarkan emas kita. Upah simpan kat Pejabat Pos pun rendah dan memang Pejabat Pos menerima gold bar dari Public Gold sebab ada kerjasama PG dan Pos Malaysia. Tak dibuka pun seal. Kalau buka seal....nanti harga emas ni akan jatuh.

Takde komitmen pun tiap bulan kena tambah berapa gram. Kalau nak peram lama2 boleh. Saya bukan agen jadi nak buka akaun kena melalui agen atau terus je datang ke Public Gold yang terdekat. Public Gold ni patuh syariah sebab memang dia ada emas fizikal boleh keluarkan. Ada juga tempat yang kena masukkan dalam akaun tapi tak boleh keluarkan emas fizikal. 

Dan.....kalau perasan....emas di bawah ni berwarna purple. Saya dapat hadiah yang adik bagi ni dan adik pulak dapat hadiah yang saya bagi hari yang sama. Adik saya Hari Jadinya 3 hari selepas saya iaitu pada 20 Mei 2024. 


Terima kasih semua di atas pemberian hadiah ini. Alhamdulilah. Bermakna Hari Jadi saya tahun ini.....persamaan kebanyakkan hadiah-hadiah ni warna kegemaran saya purple.....Alhamdulilah....rasa disayangi pula 😍. 

Terima kasih juga buat ucapan di dalam facebook, Instagram, Blog dan whatsapp. 





XOXO,
Ezna








 

22 ulasan:

  1. Semua hadiah sgt best tu.murah rezeki u ezz.i tumpang heppy😍❤️🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Suzz.....Tq... hadiah you pun I suka Suzz.....

      Padam
  2. Happiest birthday Ezna.
    Seronok tu dapat macam-macam hadiah.

    BalasPadam
  3. happy belated birthday! wahhh hadiah best2!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... meriah hadiah birthday sis Ezna tahun ni. Dari pemberian hadiah ni dah tau sis ni baik dgn kawan2 dan orang2 sekeliling. Sebab tu kawan2 tak berkira bagi hadiah yg mahal dekat sis on your birthday 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Carneyz....bersyukur juga dikelilingi oleh kawan yang baik-baik....

      Padam
  5. Happiest Birthday to you. Semoga sihat dan dimurahkan rezeki sentiasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin and thanks ya Mulan.....moga doa ini berbalik juga kepada Mulan.

      Padam
  6. orang baik mesti ramai yang sayang....moga sentiasa sihat kak&happy selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya Afzan. Moga Afazan pun sihat dan happy selalu.

      Padam
  7. Alhamdulillah..murah rezeki sis ezna...semoga sihat2 selalu ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Linda. Aamiin untuk doanya. Moga Linda juga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

      Padam
  8. Alhamdulillah..happy bday sis =)

    BalasPadam
  9. masya Allah best semua hadiah nya. happy birthday ezna.moga sihat dan murah rezeki selalu

    BalasPadam
  10. Banyaknya hadiah dapat. Alhamdulillah, murah rezeki, ramai sahabat dan keluarga sayang. Tumpang gembira. :)

    BalasPadam
  11. banyaknya dapat hadiah..
    ammi suka je urut melayu ke thai ke janji sedap dan kena dengan kita. tapi Thai Odyssey tu dah mahal nau-nau sekarang ni kan

    BalasPadam
  12. Ana pon bday in Mei juga tp 13 Mei hehehe.. wahhhh bestnyaaa hadiahhh hehe

    BalasPadam
  13. Hahahahahha kalo adik yg bagi, memang cepat kita jawab pasti 😂😂. Saya pun gitu. Tapi kalo teman yg offer, baru rasa tak enak sikit, 😅.

    Banyaaaak hadiah untuk kakak 😍😍👍. Tapi saya jadi tahu kakak sukaa sangat warna purple yaa. Krn itu saya juga dah siapkan hadiah yg warnanya purple2 lah utk kak ezna hahahahah. Insyaallah saat di KL saya bagi ke kakak. 🤗

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...