Isnin, Mei 13

'Jemputan khas' Hari Raya di Surau Nurul Iman | Taman Puncak Jalil


Bila suami dapat jemputan ke Surau Nurul Iman yang diadakan pada 1 Mei 2024 melalui 'Setiausaha' Surau Nurul Iman merangkap kawan tempat kerja hubby dan jiran lama. Kami dulu kariah di Surau Nurul Iman ni la. Hubby tanya boleh ke datang?. Kawan hubby kata kau 'Jemputan Khas'. Hehehe....itulah tajuknya pun 'Jemputan Khas'. 


Semeja dengan saya ni Huzey yang sweet ni, anaknya Dania baru je lepas SPM. Hubby Huzey bernama Rashdan la yang mengajak hubby datang kat sini. Pernah sebelum ni kami ke majlis doa selamat sempena anak mereka nak sambung belajar di UK di sini Anak Huzey dan Rashdan ni pandai2. Apatah lagi keduanya SBP. Aiman kat Sultan Alam Shah (SAS) dan Dania kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani. Huzey pula seorang guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik. 


Atas meja kami tu ada sate, kuih muih, buah-buahan. Paling best ada buah jambu dah siap letak asam. Uihhh kecur airliur. 


Tepi sekali tu Rashdan, Huzey, Dania, Dania, saya dan hubby. Nama anak kami ni sama Dania. Bezanya nama belakang. Dania Irdyna dan Dania Yasmine. 



Ini pula bila tiba-tiba Hasrinda muncul mencari saya. Hehe.....kiri sekali anak Hasrinda tapi terlupa pula nak tanya nama apa sebabnya saya kenal anak Hasrinda yang sulung sebab sekelas dengan Dania masa kat SRA Bandar Kinrara. Anak Rin ni memang pandai la. Dah menghafaz Al Quran masa Tingkatan 3. 


Mencari-cari juga kelibat mereka yang dikenali atau kawan-kawan Dania masa sekolah rendah yang ramai tinggal kat sini....takde pula....


Gambar ni takde anak Hasrinda dan Huzey. 



Lagi gambar.....



Hasrinda pula suka berkongsi bercerita tentang anaknya Nashrah. Ada satu masa tu tahun 2020, Asrama perempuan sekolah Nashrah kat Maahad Tahfiz Sains Kuala Langat terbakar. Habis terbakar semua baju2, alatulis, beg, buku2.....apa2 yang diletakkan kat asrama tu la. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Saya baca kat fb kalau tak silap berita ni kemudian saya whatsapp terus ibu Nashrah iaitu Hasrinda nak confirmkan berita. Rin bagitau la Nashrah tinggal sehelai sepinggang. Apa yang dipakai tu sahaja....tanpa fikir panjang terus saya ajak Dania ke IOI City Mall. Saya belikan Nashrah beg yang Dania pakai dan lepas tu ke kedai alatulis beli alatulis. Saya bagitau Dania kalau jadi lagi situasi macam ni....kita hulurkan apa yang kita boleh beri. Teruslah saya whatsapp ibunya kata saya nak datang sebab nak hantar something untuk Nashrah. Kalau ikutkan Rin dan hubby lebih pada mampu nak belikan barang2 ni sebab Rin kat TM, suaminya Lecturer di MMU. Apa yang saya buat ni spontan. 

Dania dengan berbaju Pandu Puteri terus la saya angkut gi umah Rin. Rumah Rin ni kat area rumah saya dulu. Masuk je....Rin terharu juga sebab saya orang yang jauh sampai dulu. Bila dengar cerita Nashrah....airmata saya tak tahan lagi dah....rupanya pagi tu ada aktiviti bacaan yassin kat surau jadi semua pelajar perempuan kena bersedia awal kat surau. Nashrah hanya tinggal telekung, baju yang dipakai bahagian dalam dan selipar. Lain-lain memang hangus la. Saya dengar cerita airmata mana boleh tahan lagi kan?. Apatah lagi saya tengok Rin dan Nashrah punya kuat dan tenang. 

Kisah kejayaan anak ni kadang ada yang secretly share...jadi saya rasa happy bila Rin nak berkongsi dengan saya....alhamdulilah....saya ni suka mendengar dan lepas tu mendoakan anak sendiri mengikut jejak langkah anak yang berjaya. 


Dulu masa kami tinggal kat sini cuma 150 meter je nak ke surau ni. Memang dekat la. Masa mula2 surau ni kontena je. Lama-kelamaan tersergam indah surau ni. 


Terima kasih kepada Setiausaha Surau Nurul Iman kerana menjemput kami....
Seronok bila berjumpa dengan familiar faces. 😊







XOXO,
Ezna



13 ulasan:

  1. alhamdulillah. best tu dpt mengeratkan ukhuwwah...mcm selalu plak jumpa anak2 nama dania heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai ke you?....kebetulan anak kawan hubby ni Dania jugak....bila panggil Dania takut 2-2 pandang. Hehe....

      Padam
  2. rezeki dpt jemputan khas tu..dpt jumpa dgn kwn2 lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya rezeki ni Amy.....tapi ada juga yang saya nak jumpa sangat tak datang pulak majlis ni....

      Padam
  3. Seronok datang open house dapat jumpa kawan2 yang turut hadir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz...itu pun ada juga kawan2 yang tak datang majlis ni.

      Padam
  4. VIP ni :D
    Kadang tu tak kira org tu mampu atau tidak tapi our kind gesture bila ditimpa musibah ni even a small little thing yg kita hulur, amat besar maknanya kpd mangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan VIP PH....kebetulan hubby kerja sama dengan setiausaha SNI ni dan dulu memang kerja dalam pasukan kat surau ni tu yg agaknya setiausaha nak menjemput tu. Sebenarnya PH memang excited bila dapat jumpa jiran2 lama ni.

      Padam
  5. Small gesture means a lot for those in need or being tested ♥️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Truly agree with you PH. Actually 2-2 comment PH sesuai je....confuse yang mana nak Delete?

      Padam
  6. dengan majlis seumpama ni laa kita dapat bersua muka dan bertanya khabar...

    BalasPadam
  7. Walaupun baru kenal kak ezna dalam blog, linda tahu kak ezna memang seorang yang baik hati, lemah lembut, memang ramai yang suka.. Moga2 linda pun ikot jejak kak ezna.. Aamin2

    BalasPadam
  8. Pastilah happy bisa bertemu lagi dengan banyak teman lama ya kak. Bagus juga event yg dibuat mesjid ini. Mereka mengundang banyak orang, bahkan saya baca termasuk yg non muslim.

    Cerita2 dari teman lama, sampai terharu juga saya baca part yg kebakaran. Iyalaah, pasti kita auto membantu kalo ada teman baik yg kesusahan seperti itu. 🤗

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...