Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, May 24

Pengeluaran SSPN I Plus di kaunter

Setelah saya tulis berkenaan Pengeluaran SSPN I Plus secara online, kini saya akan cerita pula pengeluaran SSPN I Plus di kaunter. Pada 10 Mei 2024, saya dan Dania ke Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5, Putrajaya. Oh....kat sinilah tempat pejabat UPU tu.......yang bagi Dania pilihan pertama masa lepas SPM....terima kasih UPU....


Bangunan macam ala ala istana lama inggeris pulak saya tengok. 


Kami tiba ni 2.20 petang. Disebabkan hari ni jumaat jadi kaunter akan dibuka jam 2.45 petang. 


Ada sudut membaca pula kat sini. 


Nak habiskan masa, kami minum dulu kat Gloria Jeans. Tunggu 2.45 petang baru ambik nombor giliran kat kaunter guard. 

Dania minum chocolate yang atasnya letak cream, saya pilih mango smoothie dan ada satu roti custard share je berdua. 


Close up roti custard. 


Jam 2.45 petang ambik nombor giliran. 


Tunggu kejap kat kaunter ni. Urusan kat kaunter ni lengang. Saya orang yang pertama. Air yang tak habis tadi kami bawa je ke sini. Dalam nombor giliran saya orang kedua. Rupanya orang sebelum saya tu berurusan waktu pagi....dan saya pula waktu petang. Hmmm memang takde orang la kat sini. Maksudnya macam tak ramai yang berurusan di kaunter PTPTN di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. 


Kat kaunter kena isi borang kemudian, staff di kaunter akan cop kan...sempat pula staff di kaunter tanya anak saya berapa orang....anak beliau 7 orang. Ada sepasang kembar yang paling kecik. Rezeki la kan. Kata puan tersebut tak sabar nak duduk rumah pulak. Nak bersara awal maksudnya.....maklumlah memang tak ada orang kat kaunter ni. Boleh la berborak sikit....

Kata staff tersebut pengeluaran mengambil masa 5 - 14 hari untuk diproses. Lamanya juga bila kata 14 hari tu....tapi pada tarikh 13 Mei 2024 (Isnin) PTPTN dah masukkan ke akaun saya. Transaksi di kaunter pada 10 Mei 2024 (Jumaat). Takde la sampai 14 hari...

Nak tahu pejabat cawangan terdekat dengan anda boleh click sini





XOXO,
Ezna


7 comments:

  1. Thanks for sharing. Alhamdulillah smooth proses nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah smooth Mulan....orang tak ramai.....

      Delete
  2. oo cepat jugak tu..u amik semua/kosongkan akaun ker amik sikit jer? ari tu utk my zharfan, i dh amik semua dan close akaun SSPN prime tp masih maintain SSPNiplus tu (yg combined dgn insurance)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik yang I boleh ambik je Suzz. RM1000 tu maintain dalam akaun SSPN I Plus untuk dapat semua manfaat. I keluarkan tu sbb nak tukarkan jadi gold bar. Cth dalam akaun ada RM1800, RM800 tu you boleh keluarkan.

      Delete
    2. ooo boleh kuarkan lah yer..so kena maintain RM1k yer dlm tu...thanks for the info..sblm2 ni i tak tahu pun sbb ingatkan yg attach dgn insurance ni, kita tak leh withdraw

      Delete
    3. Boleh kuarkan. Sebenarnya I pun baru tahu. Mana la tahu nak keluarkan boleh je cuma ikut apa yang citer tu.

      Delete