Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, May 9

Sesekali bila Cucu Cicit Puteh Zaleha berkumpul di Mutiara Damansara.....

Ini kisah masa cuti hari pekerja baru-baru ni. Beberapa hari sebelum dah dapat jemputan melalui facebook Cucu Cicit Puteh Zaleha. Puteh Zaleha ni nama Pah sebelah mama saya. Memang can't wait untuk pergi ke rumah sepupu saya ni yang terletak di Mutiara Homes, Mutiara Damansara.  

Banglo sepupu saya ni dekat corner jadi bila parking depan rumah tak mengganggu jiran la. Kalau rumah tengah-tengah tu nanti kita parking akan mengganggu jiran sebelah menyebelah kalau salah parking.  


Sebelum makan kena singgah beramah mesra dengan sanak saudara. Saya anak sulung jadi apa-apa hal anak sulung ni kena pandai juga nak bertegur sapa dengan saudara sebab nanti soalan pun selalunya kita yang kena jawab. Ini isteri kepada sepupu saya.....Saya panggil Kak Nim (Hanim) Kiranya tuan rumah ni abang ipar kepada sepupu saya ni. Kak Nim tanya Dania nak belajar kat oversea ke?. Terkejut pulak dengan soalan Kak Nim sebab Dania baru masuk degree Kak Nim....insya-Allah lepas degree kalau ada rezeki....


Sebelum tiba kat makanan ni banyak check point kena tempuh ya. 😅. 


Walaupun banyak makanan yang disediakan tapi bila ambik apa yang rasa nak makan je. Bukan semua ni saya rasa. Macam hubby saya selalunya dia akan merasa semua makanan yang disediakan tapi dalam kuantiti yang serba sedikit la. 


Ketupat daun palas dan rendang....


Belakang ni cucu tuan rumah. Pangkat opah dengan saya ni. Depan ni anak saudara saya (anak adik saya). Bersekolah sekali dan satu team rugbi sekolah. Lepas tu atuk dia cakap Zharfan yang depan tu your 'uncle' cakap kat cucunya. Hehe. Lepas tu bila jumpa mak dia adik saya pulak pesan....Don't call me 'Aunty'. Haha....

Zharfan ni adik saya kata mengikut tingkah laku saya. Macam ada memek muka, perangai...mengikut saya.....ikut yang baik-baik ajer ya Zharfan?.....itu tandanya kalau adik saya tengok Zharfan ni mesti la sedikit sebanyak teringat kat kakaknya iaitu saya ya tak?.....😆 perasan....


Sebelah saya tu maksu saya.....dulunya kerja Khazanah Malaysia. Memang ranking atas juga tu sebab beliau hantar anak belajar ke UK dengan duit sendiri. Sekarang dah bersara. Sebelah maksu anaknya Liana...pakar psikologi klinikal, adik saya Elza, Zharfan, Hubby saya dan depan sekali Zharif. Abang Zharfan.

Belakang pula Hazman (hubby Liana), Sam (adik ipar), Erma (Adik saya), Rozlano (adik ipar). 2 adik ipar saya walaupun 'adik ipar' tapi tua setahun dari saya jadi terasa muda sikit walaupun saya ni 'kakak ipar'. Boleh gitu?. 😅 ni pun perasan jugak....hehehe


Gambar dengan semua cucu-cicit Puteh Zaleha. Pah saya dah ada piut dah. Piut ni bila cicit dah anak. Haaa lepas piut dah tak tau apa dah. Kiranya tuan rumah ni cucu Pah yang pertama. Tuan Rumah sepupu saya ni bernama Tajul Azwa Bin Bani Hashim...dulunya Ketua Pegawai Operasi PLUS. Sekarang ni pun dah bersara. Memang saudara mara saya ni ramai yang berjaya....saya ni tumpang happy dengan semua....kalau Pah saya masih hidup mesti tumpang happy juga dengan kejayaan anak cucu. Sekurang-kurangnya didikan Pah saya ni berjaya untuk anak-anaknya. Pah saya ni dulu seorang yang garang. Mama la yang cerita. 

Bila bergambar ramai-ramai macam ni barulah saya happy sikit sebab penuh la frame ni kan....kalau tak family saya kecik je bertiga ajer. Ini pun tak semua keluarga ada ni. 


Lagi gambar.....


Dari kiri Saya, adik saya Elza, Kak Tura, Chor (Tajul Azwa), adik saya Erma dan Aireen (yang pernah / pegang jawatan integriti). Bukan senang juga pegang bahagian integriti tu. Diri sendiri pun kena berintegriti. 


Bergambar lagi....Ni Aireen. Sebenarnya saya tengah bawa makanan tu. Tak tiba lagi meja saya Haha....Nak jadi cerita adik saya dulu Erma pegang jawatan kat integriti JPA tu....tapi lepas tu pindah ke KDN pula. Diganti tempatnya dengan sepupu saya ni. Jadinya tempat integriti ni cucu cicit Puteh Zaleha yang pegang. Bahagian ni macam tempat ambil tindakan salah laku Pegawai Kerajaan. Semua ni secara kebetulan pula. Adik saya Erma dan Che In ni Pegawai Tadbir dan Diplomatik. 


Gang-gang suami berborak apa tu?. Hubby Erma, ehem dan hubby Che In...Pegawai TUDM. Masa Che In kahwin ada la sword barrier tu. Lalu bawah pegawai tentera yang pegang pedang tu. 


Saya nak jalan dah sekali Che In kata....Kekna....jadi ambil la gambar dengan Maksu sekali. 


Ini pula hari jadi sepupu perempuan saya adik bongsu kepada Tuan rumah yang jatuh pada 1 Mei. Sambut birthday sekali adik ipar Tuan Rumah yang jatuh pada bulan Mei jugak. 


Ini pula hubby kepada Kak Nim (gambar nombor dua) tu petik kuinin. Dalam puluh2 jugak buah kuininnya. Dapat juga la saya dan adik saya 2 biji seorang. Alhamdulilah. Nanti nak buat sambal. 


Ha ni sepupu saya Abang Kamal yang petik kuinin ni....dulunya lecturer Industrial Design kat UTM, KL. Dah bersara dah la.....Abang Kamal ni adik beradik Tuan Rumah. Abang Kamal ni kreatif....bila sepupu saya kahwin...maksu minta Abang Kamal ni buat hantaran. Jadi hantaran maksu berlampu dan tempat letak cincinnya unik. Ada elemen engineering juga kat situ. Tak reti nak explain tapi pernah  Abang Kamal hantar video bekas cincin tu. 


Ini Marissa. Cucu Tuan Rumah. Tengah mencari mama dia dalam lautan saudara mara ni. Saya tanya boleh ambik gambar sebab saya rasa Marissa beautiful. Ni lah muka yang tak senyum. Haha. Mama dia kata Marissa ni garang....err mama dia kata garang cam mama dia.....😅. Mama dia nama Lina Azura. 


Ni pula kebetulan Kak Suraya dan Kak Suzana saya baru datang dengan suaminya, Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, Pengarah Obstetrik dan Ginekologi Hospital Putrajaya. Dulu masa nak bersalinkan Dania....seorang ibu saudara (bukan mak Kak Nina) saya kata bersalin la kat Hospital Putrajaya.....ada Abang Hazim. Errrr terima kasih je la.....nanti segan pulak nak jumpa masa raya....😅. Ena malu la. Abang Hazim baju peach depan tu. Sedondon dengan Kak Nina (Suzana). Oh ya Abang Hazim baru dapat title Datuk....Kak Nina marah saya panggil Datin tapi saya kata tumpang bangga juga sebab Kak Nina sepupu saya. Seorang anak Kak Nina hari jadi sama dengan tarikh hari jadi saya. 


Lagi gambar. Ni tak ingat dah kamera siapa ni.....saya ada mintak kat dua sepupu saya. 


Hubby dan Tuan Rumah. Sepupu saya paling sulung dalam Cucu Cicit Puteh Zaleha. 70an ada sepupu saya ni dan hubby 50an. 


Memang meriah betul la sesekali open house ke kenduri ke....saudara mara saya ni pun dah memenuhi dewan dah.....dan lagi satu bila jadi anak sulung ni pepehal orang cari kita dulu....

Apa-apa pun tumpang bangga dengan jawatan, kejayaan saudara saya semua ni. Ada seorang anak sepupu saya ni kerja dengan NH Prima....company Neelofa....adik saya tanya tak datang ke Neelofa?. Dulu masa anak kepada sepupu saya kahwin....Vivy dan Hanis Zalikha ada datang sebab anaknya pernah kerja di syarikat kedua2 ni. Mula dengan Hanis kemudian berhenti....masuk company Vivy pula. Latest ni Neelofa....err tapi abang ipar anaknya ada la datang Loque, Kumpulan Butterfingers dulu. Tengah makan....segan nak minta ambil gambar dengan hubby. 😅

Hanis Zalikha pernah jumpa masa anak kepada sepupu saya bernama Hanna Afifa ni bertunang kat sini





XOXO,
Ezna

 

16 comments:

  1. Best betul dpt attend event gini. I aminkan doa utk dania study overseas nanti lps 1st degree .insya Allah. So ur nephew's name sama nama mcm my son hehe🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Suzz. Terkejut I soalan tu yang ditanya.....Ya.....nama Zharfan tu I yg cadang kat adik I sebab dah nama anak sulungnya Zharif.

      Delete
  2. Meriahnya majlis. seronok dpt kumpul sedara mara kan. even org yg tua2 dah tak de, still blh kumpul cam ni dah kira bagus sgt. tertarik tgk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bila dah tua2 takde, nak merapatkan lagi attend majlis ni la....sesama sepupu-sepupu. Ada la seorang Maksu datang.....adik-beradik maksu ramai dah meninggal....

      Delete
  3. meriah bila cucu cicit dpt berkumpul ramai2 kan...bab makanan kalo pelbagai jenis, kita akan mkn skit2 sbb nk rasa smua mana yg larat masuk perut hehe..syok tu dpt buah kuini blk buat sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila banyak makanan ni....makan yg lalu je sebab selebihnya ada orang panggil ajak berborak dan bergambar....tu yang kata sebelum tiba meja makan banyak check point tu Amy. Hehe....

      Delete
  4. Meriah sungguh bila dapat berkumpul dengan saudara-mara kan, juga peluang untuk anak-anak kita kenal sepupu-sepapat masing2. Moga semuanya sihat dan kuat dalam meledani rutin harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas doanya. Anak2 kena kenal juga sepupu sepapat semua kan.....

      Delete
  5. meriah dpt kumpul ramai2
    seronok kan
    nak lg yg jarang jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya yang jarang jumpa tu selalunya yang jauh2 tu....time ni la nak berkumpul balik. Tu kadang sanggup tunggu sampai sedara sampai baru la balik.

      Delete
  6. alhamdulillah....seronok & meriah je bila dpt berkumpul ramai2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  7. waahhhh bestnyaaa meriahhhh dpt bkumpul mcm ni hehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat berkumpul dgn keluar besar, meriah jamuan makan2.

    ReplyDelete
  9. Family hebat-hebat semuanya ni. Meriah majlis bila berkumpul ramai ramai family besar.

    ReplyDelete
  10. Ramaaaai sangat kak. 😍👍. Senaaaang banget kalo dapat kesempatan bisa berjumpa banyak saudara seperti ini. Saya jadi ingat saudara dari pihak mama kalo ramai macam nih. Krn saudara mana banyak.

    Tuan rumah pun masih terlihat sehat yaa, tak menyangka usia 70an.

    ReplyDelete
  11. tak ada yang lebih membahagiakan bila dapat berkumpul beramai-ramai macam ni...

    ReplyDelete