Masa beriadah kat Taman Botani tu, kami ingat nak singgah kat Rebung kan?. Tak jadi tu sebab Rebung tu cuma ada buffet ajer RM79/pax. Kami nak ala carte je.
Singgah la kami ke Paparich, Bandar Baru Bangi ni. Owner dia sepasang suami isteri umur sekitar 50an ke atas yang selalunya akan berada di sini waktu malam. Kadang isterinya akan menyapu dan membersihkan meja. Sweet je isterinya ni. Ya couple orang Melayu....tu yang agaknya kat Bandar Baru Bangi ni ramai muslim makan kat sini. Kami makan kat sini mungkin rezeki kami nak.........ok nanti saya cerita...
Dania punya order ni wajib ada bila kat sini. Roti kukus....ada kaya dan mentega diletak sekali.
Hubby teringin nak makan nasi ayam pulak.....uihhh banyaknya taugeh tu. Saya kurang sikit makan taugeh ni.
Close up roti kukus favourite Dania.
Ni pun Dania punya springy noodle.
Saya nak makan bubur nasi pulak. Sedap bubur nasi ni....
Ok rezeki kami tu maksud saya rezeki nak jumpa seorang pekerja bangsa Nepal yang dulunya bila kami start makan kat Paparich ni....dia tukang ambik order je...kemudian tukang buat air dan akhirnya jaga cashier pulak. Katanya malam yang kami pergi tu dia dah tak jaga cashier dah. Dia tukang mengajar je pekerja yang lain sebabnya keesokannya dah nak balik Nepal dah dan tak datang balik Malaysia. Balik Nepal for good. Ada rezeki la jumpa dia buat kali terakhir....
Mesti banyak dah dia kumpul duit masa kerja kat sini kan?. Pernah juga kami makan kat tempat makan berdekatan dengan rumah kami La Rizz. Kebetulan masa kami datang tu ada seorang adik Indonesia ni nak balik dah Indonesia....sempat dia minta maaf kat saya jika buat apa2 yang tak elok. Tiba-tiba tersedih pulak saya....sebab katanya nak balik Indonesia dan tak balik Malaysia dah.
Begitulah...bukan senang nak mencari rezeki tu...terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang....terbit rasa bersyukur sebab keluarga saya pun semua dekat2....dalam Malaysia je....
XOXO,
Ezna
touching plak entry u ni ezz....i dh lama tak gi paparich kat prima gombak ni..memang majority workers nya org nepal/bangla...tp semua pun frenly jer, layan beria...tu antara faktor kami suka jugak pergi paparich
BalasPadamYa sama je kat sini Suzz majoriti orang luar tapi kat sini ada seorang kot perempuan warga Malaysia. Ya semua ok je....agaknya tu pasal I suka makan sini selain owner dia kalau dia tengok senyum je.
Padamlamanya x makan kat paparich, yang kat NuSentral dah tutup...
BalasPadamOh tutup pulak....
Padamsaya pula rasa sebak bila baca pasal pekerja nepal tu
BalasPadamterus teringat ms keje part time kat hotel dulu
org nepal juga.
hari pertama kerja tu
dia ckp mggu tu mggu terakhir dia keje situ. lps tu nk blk nepal dan x kan blk lg malaysia
sy pulak rs sedih....
Agaknya kalau kita selalu nampak dia...sedikit sebanyak terasa juga bila dia kata nak balik negara mereka dah.
Padamhaah betul.. Ana pun pernah ada makcik cleaner indonesia sempat juga salam peluk cium sblm dia nak pulang ke indon & tak dtg malaysia dah katanya sbb ada anaknya yg sakit perlu dijaga di sana.. terus jadi sebak sayu semua masa tu :(
BalasPadamOh ok la...pekerja Nepal ni lelaki cumanya setakat kami sebelum keluar Paparich ni sempat melambai kat dia.
PadamSedihnya...balik sebab anak sakit....
dekat kampung saya pun ada tukang jahit indonesia yang balik for good. dia cuma tinggalkan bekas pekerja dia untuk teruskan legasi
BalasPadamWah ye ke? Bekas pekerja pun mesti org Indonesia juga kan…bila dah cukup duit nanti balik la ke tempat asal juga…
PadamPatutlah 'kaya' la papa'rich'... Hahaha
BalasPadamUG…memang kaya la owner Paparich sini. Owner pun tiap malam senyum je. Nama pun Papa & Rich.
PadamOwner pun turun padang juga buat kerja di sini kan. Bagus betul. Semoga terus maju bisnes mereka ni. Lama tak ke Paparich.
BalasPadamPaparich ini franchise kah kak? Seingat saya di jakarta pun ada. Tp saya belum pernah makan di sana .
BalasPadamBaiiik sangat pasti kerja pekerja Nepal itu sampai akhirnya dipercaya memegang kasir. Bukan mudah Krn orang yg pegang kasir haruslah yg dipercaya sangat. Semoga di tempat asalnya nanti rezeki dia pun sama baik yaa