Pada cuti hari Wesak baru-baru ini, sebelum saya me time di IOI City Mall, kita makan berdua dulu. Ayah Dania tak join sebab pergi Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Maeps, Serdang. Kalau Auto Show tu saya tak berminat la ya. Hehe. Kenapa saya cakap nak me time? Sebabnya kejap lagi nak hantar Dania jumpa kawan2 dia kat Kolej 10, UPM dan lepas tu nak makan2 dulu situ sebelum ke IOI City Mall. Derang nak gi main kat District 21.
Singgah la kami makan kat Line Clear, Putrajaya ni haa....
Ok ke tak tu nak main lasak kat District 21 tu?.
Makan roti bakar je dengan air teh o suam.
Selepas makan, pick up seorang kawan Dania bernama Corina kat Kolej Serumpun, UPM sebelum hantar ke K10 ni. Lepas tu saya terus menuju ke IOI City Mall. Mereka naik Grab nanti ke IOI City Mall. Katanya nak makan berat dulu kat cafe K10 ni. Murah la sikit sebab nak masuk District 21 tu pun bayar mahal jugak dalam RM70/pax.
Bila tiba IOI City Mall, saya ada singgah kedai jam ni sebab nak tukar bateri jam saya. Dah mati dah jam saya. Mulanya saya mencari jugak kedai jam Fossil. Ingat nak tukar je bateri jam kat situ sebab jenama jam saya ni Fossil. Tak jumpa pula kedainya. Mungkin saya tak perasan atau dah tutup.
Lepas tu lajak ke MyNews nak top up touch and go. Kang tak keluar IOI City Mall ni sebab baki tak mencukupi.
Lajak lagi ke depan untuk ke Sports Direct. Sementara nak menunggu jam siap kan.
Cantik pulak warna kasut ni. Harga pun ok jugak la.
Jenama yang sama tapi harganya mahal sikit.
Warna ni pun alahai manisnya. Kat Sports Direct ni setakat cuci mata je.
Pick up jam saya dulu sebelum nak berjalan lagi. Dah jam 1.30 petang dah. Alhamdulilah dah bergerak dah jam ni. Tukar bateri jam ni kena RM25.
Lepas tu pergi ke Max Fashion pulak. Terpegang pulak seluar cargo ni. Teringat kat Dania memang suka pakai cargo pants ni. Seluar dia besar bukan macam ikut kaki tu jadi akhirnya saya belikan.
Ternampak baju mandi muslimah ni. Kalau tengok yang pink tu ada sepasang baju dan seluar.
Seluarnya attached dengan skirt macam ni.
Jenama Max Fashion ni dari Emiriah Arab Bersatu.
Tak jauh dari Max Fashion saya masuk Uniqlo pulak. Saya takde la pulak call Dania tanya dah tiba IOI City Mall ke belum. Biarlah dia nak berseronok dengan kawan-kawan jadi saya tak nak kacau.
Seronok juga menghabiskan masa dengan diri sendiri ni sesekali. Kemudian jalan lagi saje-saje masuk Habib ni. Selalu kalau lalu sabtu atau ahad kat Habib ni memang ramai orang.
Mula-mula tanya je harga berapa. Takde niat pun nak beli. Ni kat bahagian subang. Cantik cantik semuanya.
Macam-macam jenis subang ada. Ada yang jenis bulat katup, ada yang kena skru dekat belakang, tergantung pun ada....
Akhirnya dalam pada datang nak tengok-tengok ajer jadi ambik yang ini. Saya tukarkan subang saya yang lama. Kecik ajer subang ni. Dalam gambar nampak besar pulak. Saya pilih bentuk hati dan ada corak sarang lebah. Sedia ada subang katup. Pasangannya yang ini. Setiap telinga kena pakai 2 set sebab saya tindik 2 lubang satu telinga.....hmmm takde kerja cari kerja jadi kena ada 2 pasang subang. Takmo tindik lagi sebab 1 lubang yang saya tindik masa dah dewasa ni agak lama jugak nak sembuhnya. Lubang yang dah lama sebelum ni tindik masa saya sekolah rendah. Moral of the story lagi muda you tindik lagi cepat sembuh telinganya.....
Lepas tu tengok jam dah pukul 3 petang. Eh cepatnya masa berlalu jadi saya pun bertolak balik. Masa kat traffic light terkejut saya bila ada satu motor ni betul-betul sebelah kereta saya. Saya tak perasan lagi sebab saya kata dalam hati eh dah kenapa tak muat nak lalu ke sampai kena park sebelah tingkap kereta....sekali laaaaaa hubby sendiri daaa.....dia gi Malaysia Autoshow 2024 naik motor lama. Motor lama yang orang surau cakap bunyi enjin macam motoboat tu....😅. Kuat bunyi enjinnya tu. Bukan jenis motor kapcai sekarang ni. Tu yang latest. Ingatkan naik motor berkuasa tinggi dengan kawan-kawan. Rupanya kawan-kawan pun bawak motor biasa juga sebab kat dalam Autoshow tu katanya jam sangat. Kalau naik motosikal berkuasa tinggi agak berat nak menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan yang banyak itu. Hmmmm apa-apa je la asalkan bahagia.....kami menuju balik ke rumah pun dalam masa yang kebetulan sama.
Rupanya masing-masing tak makan tengahari lagi jadi.....balik rumah....selesaikan apa yang patut kemudian kami keluar makan....kat mana?.....post lepas ni la.....
XOXO,
Ezna
Syok me time tu sementara tgu Dania ngan kwn2 kt district 21...bole tahan juga Harga masuk tu ye...menarik kasut tu...Kita br je bli kasut tp kt sport planet warehouse
BalasPadamYa harga masuk tu boleh tahan sampai bebudak ni makan tengahari kat asrama sebelum pergi. Nak jimat jugak la.
Padamlaaa....me-time erk..kalau dekat boleh dating...
BalasPadamYe lah SA. Kita sorang-sorang je lah berjalan ni.
Padamkad touch n go, if u pakai NFC, senang jer top up kat hp jer ezz, guna touch n go ewallet. sgt2 convenient! btw, cute subang u bentuk heart!
BalasPadamTu lah bab ni I tak reti la pulak. Kena godek2 jugak la. Senang sikit dari nak kena gi MyNews ke apa kalau nak top up. Kadang ada machine top up Touch and Go tu. Subang I tu kecik je Suzz.....ringan la bila pakai. Hampir tak rasa....
Padammmg bahaya masuk habib ni
BalasPadamkeluar mesti ''tersangkut' satu
hehe
Kadang2 kan Anies boleh buat relax buat peace lagi. Kali ni sudah.....tukar subang pulak.
Padamleng kali ajak sy. mn tau keluar2 je tersauk gelang coco lipan ke...
Padamhahaha
Sakan ye bila dpt chance jalan sorang. Kalau kira steps mau lebih 10k steps tu
BalasPadamHuihhh sampai penat jugak la ammi. Start jam 11 pagi - 3 petang....Tudiaaa.....tapi sorang-sorang je lah.....
PadamTumpang cuci mata tgk kasut2 sukan sbb my favourite colour jugak tu 😍
BalasPadamSaya dah lamaaaa tak pakai anting. Dulu pakai, trus memang tak suka rasanya, apalagi asik hilaaaang saja 😂😂. Akhirnya stop pakai, eh lama2 tertutup pula lubangnya. Dah laah, tak pakai sampai skr. Semua anting yg tersisa nak saya jual saja drpd hanya dipandang2 😄. Apalagi saya pun dah pakai hijab. Memang tak guna lagi anting, kalung sebab tak terlihat 😅
BalasPadam