Selasa, Mei 14

Menu highlightnya sambal kuinin.....

Masa pergi rumah sepupu saya di Mutiara Damansara tu, saya ada mengambil 2 biji buah kuinin. Saya kupas buah kuinin tu dan dijadikan.....

Sambal kuinin.....lama tak makan ni....ada sesiapa lagi yang suka sambal kuinin?...

Resipi :

1. Buah kuinin dibuang kulitnya dan dipotong kecil.
2. Cili api (ikut kepedasan kita. Saya masukkan 5 cili api)
3. Cili merah (2 biji)
4. Garam secukup rasa
5. Gula secukup rasa
6. Air asam jawa
7. Belacan 

Buah kuinin, cili api dan cili merah dan belacan ditumbuk tetapi saya masukkan dalam food processor. Setelah itu satukan garam, gula dan air asam jawa. Sedia untuk dihidangkan.  



Lepas tu saya goreng ikan.....3 ekor....cukup la seekor seorang. Hehe....


Sambal kuinin tadi boleh la dimakan dengan sayur bendi yang dicelur ni. 


Alhamdulilah ini la lauk kami. Niat nak masak simple je ni sebab dah makan macam-macam masa open house. Kali ni nak yang simple je. Saya pulak dok menambah bendi ni....nasib baik tak menambah nasi....sambal ni tahan dua hari je....lepas tu habis dah....





XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. Nampak sedap sambal kuinin tu. Boleh share resipi tak sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.....dah letak dalam blog post Carneyz. Selamat mencuba! :)

      Padam
    2. Wah, terima kasih sis 😍 Dah save dalam hp resipinya. Nak kena cari kuinin la macamni. Wangi buah kuinin, mesti sedap buat sambal.

      Padam
    3. Wangi sangat Carneyz sampai harum semerbak dalam kereta.....

      Padam
  2. i biasanya mkn kuinin tu fresh gitu jer, ala2 mkn mangga..fav my late dad tu buah kuinin..:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh....boleh juga makan macam tu....ye ke Suzz?....Moga beliau ditempatkan di taman2 syurga Suzz.....

      Arwah mama dia buat sambal jadi bila makan macam nostalgia jugak la bagi I.

      Padam
  3. Balasan
    1. Boleh bertambah Amy....nasib baik la kita bertambah bendi je bukan nasi....

      Padam
  4. sedapnyaaaaa sambal kuinin mkn dgn ikan goreng panas-panasss~

    BalasPadam
  5. huiiitttt kecuqqqq niiiii waduhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berselera makannya Anies tapi sis makan bertambah bendi je.....

      Padam
  6. semerbak bau ni kann..Ibu suka ni... MA x makan sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya MA....habis kereta berbau buah kuinin walaupun 2 biji je pun. oh MA tak makan.....Ibu MA yang suka.....

      Padam
  7. Dulu rumah arwah nenek ada tanam pokok kuinin dan bacang. Masa kecil puaslah makan spesis buah ni. Sekarang jarang jumpa. Kalau ada pun tak ambil dan makan.
    Kuinin ni getah dia kena jaga2.. kena kat tepi mulut boleh gatal2. Tapi sambal kuinin memang sedap.. wangi je bau dia.

    BalasPadam
  8. Saya pernah coba, tapi waktu itu mama yg buat. Memang sedaaaap dan segaaaar kan. Biasanya kalo di sini jadi sambal utk bebek goreng kak. tapi lauk apapun pakai sambal ini memang cocok lah.

    Trus terkadang quini juga dipakai buat rujak Aceh. Beuugh sedaap itu 👍😁

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...