Jumaat, Mei 31

Picking while cycling

Hari ahad minggu sebelumnya Dania ada aktiviti sukarelawan di kandang kuda. Kali ni hari ahad juga Dania ada aktiviti Picking While Cycling. Salah satu yang sponsor ialah Unicef. Mulanya Dania kena bayar RM2 kalau ada basikal dan RM12 kalau tak ada basikal. Basikal kena sewa kat UPM ni. Akhirnya wang dikembalikan kerana ada penaja. Aktiviti kali ni ialah mengutip sampah sambil mengayuh basikal kat UPM ni. Laluannya dalam 5km lebih kurang. 



Pergi 2 kereta ke sini. Kereta SUV kami yang masukkan basikal lipat Dania ni. Siap dengan topi basikal lagi. Lepas tu hubby balik sebab ada hal dan saya menunggulah Dania di sini kejap. 


Basikal dah tunggu tuannya untuk dibawa keliling UPM ni. Ada plastik kuning disediakan penganjur untuk meletakkan sampah dijumpai sepanjang berkayuh nanti. 


Ada beberapa kali aktiviti dengan kawan sebilik, Durrah ni tak dapat join. Budak ni sungguh la aktifnya. District 21 pun tak join sebab hiking dengan kawan katanya tapi dengan saya banyak kali jugak berjumpa dengannya. Kat Fakulti ada sekali tu Durrah temankan saya dan ajak berborak sebab Dania tak habis kelas lagi. Errr beli kangkung dengan Durrah dan aktiviti membersihkan kandang kuda baru-baru ni pun dengan kelas Durrah.  

Mereka kena aktif bagi memastikan dapat duduk kolej. Macam Dania duduk kat rumah jadi takdelah nak mengejar banyak aktiviti tapi join setakat yang termampu tu adalah. 


Aktiviti pagi dimulai dengan bersenam. Kena bersenam dulu sebelum mengayuh. 




Kali ni ambik gambar anak sendiri. Hehe...



Ada beberapa gerakan senaman sebelum peserta dilepaskan. 


Dania siap nak pakai topi basikal untuk keselamatan. Plastik nanti digantung di basikal. 


Peserta dilepaskan. Nampak macam semua perempuan. 


Masa ni saya siap parking dalam kolej Tan Sri Aishah Ghani. Kolej masa Dania asasi. Masa nak datang sini pun ternampak Dania naik bukit tapi sebab bukit...Dania sorong la basikal tu. Nak ambik gambar....saya tengah bawa kereta. 


Ok...Dania dah tiba....sempat pulak tu Dania cakap dah agak ummi ikut. 😅. Ikut sampai sini je pun sebab ini juga laluan saya ke rumah. 


Bila Dania dah pergi.....saya pun ke kereta nak gerak balik....Ambik la gambar signboard ni. Dulu masa Dania duduk kolej ni takde lagi signboard ni. Ternampak perkataan Blok F 'Uranus'. Asrama Dania dulu kat Tingkat 4. Asramanya 5 Tingkat.


Blok asrama Dania dulu kena masuk ke dalam lagi. Blok F yang tandasnya dah siap renovate cantik. Lain-lain samada belum siap renovate atau tengah renovate. Dania kata luas tandasnya. Bilik pun luas boleh muat 6 orang. Almari dan meja study besar. Hmmmm semua pengalaman yang best2 la. Bila Dania punya kursus kena menginap di Serumpun. Hmmmm takpelah duduk rumah je la Dania sebab ummi tak berkenan bilik kat situ. Sebelum ni yang Dania duduk Kolej Canselor tu untuk kursus lamanya. Kalau Dania duduk KC tu pun nak ke tempat tunggu bas untuk ke Fakulti Pertanian agak jauh juga jadi itulah sebabnya Dania stay dekat rumah ajer la. Ada seorang kawan Dania pun ulang alik ke rumah di Presint 14, Putrajaya. Asrama tu macam bagi ada je la. Tapi bagi saya....kalau tak duduk asrama tak payah la duduk terus sebabnya asrama tu pun nak kena bayar jugak. 

Memang jimat sungguh Dania duduk rumah sebab saya beri Dania duit poket RM150/sebulan. Makan semua memang kat rumah je. Duit tu buat Dania nak beli apa2 selain daripada makanan berat la. Tiap bulan selalunya ada baki lagi. Memang saya akan check penggunaan duit Dania tiap bulan melalui website perbankan tu. Bayangkan kalau nasi bajet tu berharga RM8. Makan 2 kali sehari lebih kurang RM16 sehari x 1 bulan = RM480 (Ini kalau makan nasi bajet....kalau makan yang lain mungkin lebih lagi) Belum kira kalau naik Grab ke, nak beli barangan keperluan ke..., lain2.....Kalau buku pelajaran pula selalunya memang tak ada kat UPM ni. Paperless jadi semua lecture notes kat website Putra Blast je. Saya tak sure Uni yang lain macam mana....kena beli buku ke?...Belum lagi campur yuran Universiti ya. Kalau kat UPM ni memang yurannya ribu....IPTA yang lain pun lebih kurang sama juga. 


Jadi....mak ayah kena bersedia juga duit untuk anak-anak nak sambung belajar ni....saya...Dania seorang ajer....kalau la ada 2-3 orang lagi? Biasiswa pula sekarang ni agak kompetitif dan agak sukar juga nak dapat sebab ramai yang apply. Nak apply pinjaman PTPTN?. Pinjaman pendidikan dari bank?...

Moga kita semua dimurahkan rezeki ya.....

Oh ya masa ambik Dania....Dania cerita terjatuh basikal masa kat Bukit Expo. Sebabnya Dania cerita nak terlanggar tebing jadi Dania nak elak lepas tu terus brek mengejut..... Dania terjatuh dan kaki pun merah....malamnya memang lebam la....nasib baik la tak serius. Lepas tu masa berkumpul balik tu.....nama Dania naik paling last untuk cabutan bertuah. Dapat la beg panda comel ni.....

Dania kata boleh la bawak pergi final exam nanti. 😃






XOXO,
Ezna





18 ulasan:

  1. kolej baru agaknya KTAG ni kan? mcm x familiar bgnnnya... lgpun mmg byk rombakan kolej kediaman tgk di page alumni hari tu... kalau KC tu sy kenal sgt sbb kolej sy dlu.. pernah duduk di blok mahsuri dan masria.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. KTAG ni kalau mengikut hubby saya kolej yang baru sebab time hubby saya dulu masih ladang lagi. Kolejnya berdekatan dengan Pusat Kesihatan Universiti. Blok Masria yang anak duduk dulu tapi keluar.....apa pun nama kolej pun rasanya instead of nombor ajer dah ada nama orang pulak.

      Padam
  2. teringat masa study di UM dulu sy naik basikal ke kuliah. Ptg2 kayuh basikal ke kolam renang plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh naik basikal sekitar tempat study tu ok juga tu AK. Kat sini disebabkan kawasannya luas.....kalau naik basikal tu agak jauh juga la nak sampainya. Tu yang student naik bas tu.....kalau berdekatan dengan kelas tu boleh je jalan kaki. Ni ada Kolej kat luar main campus dalam 5km++ nak ke main campus. Tapi kalau naik basikal ni memang menyihatkan la.

      Padam
  3. betul tu..nak besar dan sekolah kan anak banyak pakai duit...semoga murah rezeki semua ibu bapa untu membesrakan anak2..aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Linda tu lah realitinya. Kita sebagai ibu bapa ni kena provide pelajaran untuk anak2 kita. Kosnya tu pulak bukan sedikit. Ya moga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah.....

      Padam
  4. rajin dania slalu juga join event sukarelawan....bab dok asrama dgn umh byk beza la kan..mn yg dpt jimat kita jimat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya banyak sangat jimatnya tu Amy tapi yang paling best anak dekat dengan kita....alhamdulilah. Kalau ada aktiviti kita hantar, nak buat assignment ke apa kita hantar. Bab tu tak jadi masalah. Sementara Dania belum boleh bawak masuk kereta ke Uni kita hantar dulu lah....

      Padam
  5. terbaii program macam ni, sambil beriadah boleh berbakti utk environment. semoga dania cepat sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MamaPipie. Dah ok dah kakinya....alhamdulilah.

      Padam
  6. mana boysnya? malas bangun pagi lah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ammi walaupun ayat ni perit untuk ditelan....haha akak pun fikir benda yang sama. Ada la seorang AJK lelaki kat sini. Selebihnya akak tengok perempuan je....huhu....

      Padam
  7. dari zaman sy study dulu... mostly bdk pompuan kebanyakan yg rajin join aktiviti sebegini... nak2 kalau awal pagi...

    RM150 tu sm belanja yg mama sy beri ms study dulu... puya laa jimat ms tu... beli mknn kalau lbh RM5 rs serba salah sgt hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal pagi time sis dulu pun lebih kurang sama. Hehe.....zaman tu rasanya cukup juga RM150 duit belanja tapi zaman sekarang ni agak mencabar sikit dengan kenaikan harga barang. Kalau duduk rumah boleh lagi la dan jimat pulak tu....cumanya jika ada yang perlu dibeli Dania boleh je minta kat ayahnya.....tapi ni jarang berlaku...

      Bayangkan student nak makan pagi, lepas tu tengahari kemudian malam pulak. Mungkin ada yang skip makan sebab nak jimat....mencabar betul zaman sekarang ni....

      Padam
  8. Byk tak sampah yg berjaya dikumpul tu? Bagus betul aktiviti gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak bila dah dikumpulkan semua. Dania pun pilih2 sampahnya. Kalau tisu idak dia nak kutip.....

      Padam
  9. Dulu zaman saya di Penang, papa juga kirim uang bulanan dan diperiksa tiap bulan utk apa saja. Tapi karena saya homestay dengan Chinese family, jadi uang bulanan dah include lah utk bayar kamar bulanan. THN 2002 saya diksh rm700 tiap bulan. Tapi tak termasuk biaya kuliah lah. Hanya utk makan, kamar dan keperluan pribadi. Kalo nak sesuatu yg mahal sikit, minta lagi dengan papa 😄.

    Di tahun itu cukuplah uang segitu utk sebulan. Saya tak tahu lagi kalo skr, pasti lebih mahal kan 😄

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...