Rabu, Mei 29

Berdua menikmati makan tengahari

Bila Dania takde keluar dengan kawan-kawan...saya berdua je la dengan hubby. Makan pun agak lewat jugak dalam 3 lebih camtu. 

Kami makan ni kat Umai dalam UPM tu. Dekat sikit. Ni hubby order nasi bajet. Dalam ni ada telur goreng, daun salad, timun, sambal dan kari ayam. Nasi pula portion dia banyak. Harganya RM8. 



Isi ayam adalah sebesar ini. Bagi saya ok jugak la dengan bajet ni. Hubby kata kenyang makan nasi bajet ni. 


Selalu Dania akan order nasi goreng pattaya kalau makan kat Umai. Teringat kat Dania agaknya saya order nasi goreng pattaya ni. 😁


Masa ni lengang jugak la kat sini. Tengah makan ternampak junior Dania masa kat SMK Jalan Empat. Afiq tu angkat tangan. Hehe.....kat SMK Jalan Empat pun aunty Ezna rajin menolong kat sekolah....kat UPM ni pun ada....😅. Kat UPM ni Afiq ambik Asasi Sains (Nama dulu Asasi Sains Pertanian. Maybe sebab orang confuse boleh ambik Pertanian je ke?...so nama ditukar). macam Dania dulu. Julai ni selesailah Afiq....insya allah bulan Oktober ni sambung degree pulak. Kejap je masa berlalu. 

Kita ambik gambar dululah abang....


Ada juga cekodok pisang. 


Dan cucur ni. Boleh cicah cili atau kuah kacang. 


Akhirnya cekodok dan cucur ni tapau je sebahagiannya sebab banyak la pula.....balik nanti Dania boleh makan. 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. untung dating ngan husband almost everyday..SA jumpa 2 minggu sekali je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa SA...insya Allah your time will come.....nanti SA pun jumpa setiap hari....

      Padam
  2. dating berdua tu..boleh guna background lagu kita bikin romantis hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...betul jugak tu Suzz....Terngiang-ngiang lagu tu....

      Padam
  3. anak dah besar ni makin kerap la kita berdating kan kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Masa kecik nak kena tengok dia je. Anak dah besar pandai dah bawa diri.

      Padam
  4. not bad juga nasi budget...suka cucur daung cicah kuah kacang

    BalasPadam
  5. Memang Dania je kat dlm hati ibu ye 😘
    Okay sangat tu nasi bajetnya, ada telur & ayam kari juga. Sesetengah tu bagi kuah je

    BalasPadam
  6. lapar laa pula sy tgk nasi goreng pattaya tu...
    tak didatangkan dgn sup sekali ke tu?

    BalasPadam
  7. Mesti orang2 kafe dekat UPM pun kenal dgn sis Ezna sbb selalu singgah makan di kafe dalam kampus kan.

    BalasPadam
  8. Sedap2 sepertinya menu yg kakak pesan , 🤤. Saya kalo dengan husband pasti dia cari tempat yg viral, soal rasa nomor 2. Terbalik dengan saya. Lebih memilih tempat yg memang sedap, walopun mungkin tak cantik atau tak viral 😂.

    Nasi goreng Pattaya biasanya tak pernah failed rasa. Salah satu menu yg pasti saya pesan kalo ke resto Thailand.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...