Rabu, Mei 15

Hari Ibu di Klinik Pergigian Musfirah?

Lepas breakfast kami ke sini. Kalau ada masalah gigi ni memang saya susah hati jadi pergilah ke klinik pergigian Musfirah kat Bandar Baru Bangi ni. Setiap hari sebelum jam 12 tengahari tak payah buat appointment boleh terus walk in je. Ini pagi hari ibu ni pada 12 Mei 2024. 



Ni Dania masa ni tengah tutup mata. Asal saya ambik gambar dia bukak mata....nak ambik gambar dia pejam mata jadi ambik gambar bukak mata pulak. 


Mulanya TV dok siarkan muzik yang sama je jadi tukar la jadi kartun Mr Bean. Boleh la jadi hiburan sementara menunggu. 


Rupanya masa tiba tu ada jiran saya pun nak buat rawatan jugak kat sini. Suami isteri nak buat rawatan kat sini tapi disebabkan ramai orang....isterinya cancel nak buat rawatan. 


Sempat saya snap gambar sebelum buat rawatan. Walaupun dah tua ni takut tetap takut ya 😆


Selesai buat rawatan gigi boleh la lega sikit hati ni ya. Buat rawatan tampalan gigi. Gigi ni saya pernah kena dulu ada berlubang kemudian denyutnya tu boleh rasa kat telinga dan kepala. Time tu sakit betul. Bila tulis ni pun saya dapat merasakannya...naik bulu roma ni ha.....takut nak mengalami rasa sakit macam tu ya. Kata Dr gigi saraf gigi ni bersambung jadi memang akan terasa la kat telinga dan kepala tu. Bila nyit nyit tu telinga dan kepala sekali trigger....

Ni pula senarai rawatan dan harga yang dikenakan. 



Oleh itu kena rajin2 jumpa Dr gigi bila tiba masanya ya.....saya pun dah buat appointment untuk scaling gigi tapi kat mana?....Post nanti ya....

Dah buat rawatan baru tenang nak ke mana-mana. Ke mana kita?....





XOXO,
Ezna

20 ulasan:

  1. I selalu gerun nak gi dentist..tp akan pergi jugak bila dh terpaksaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang you...ni terpaksa I tak nak tangguh2 dah ni....

      Padam
  2. kalo melibatkan sakit gigi..mmg tkleh bawa bincang...mmg akan berdenyut2..nk tknak kena cpt2 pi dentist kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, pernah terkena sekali tu sampai tak tahan sangat. Bila tulis ni terasa-rasa je Amy dan badan mula naik bulu roma....nyilu je.....bila ingatkan....

      Padam
  3. Wak kalau gi klinik gigi, buat appoinment dulu.
    Malas nak menunggu lelama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Wak selalu buat appointment....kali ni emergency dah ni.

      Padam
  4. SA thaun ni belum guna allowance gigi lagi...nak kena pi scaling ni...masa je takde

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah SA, kalau takde masa tu yg payah sikit kan....untung tu ada allowance gigi sebab rawatan selalunya harga dia takde la murah.

      Padam
  5. Ana pegi klinik gigi government aje yg termampu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Ana....emergency terpaksa la buat kat swasta. Nanti yg boleh tunggu kita buat kat gomen je la.

      Padam
  6. Tempat yang seram nak pergi. :)

    BalasPadam
  7. Aduh kalau bab gigi, baca pun dah rasa ngilu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ya Mulan.....seram nak cerita sebenarnya.

      Padam
  8. Kak Sue pun sejenis takut nak jumpa doktor gigi.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la Kak Sue. Ni dah sebab 'terpaksa'. Takut rela jadinya. Haha.

      Padam
  9. Sama la kita sis, dah tua2 ni pun seriau jugak nak jumpa doktor gigi huhu... nampak selesa & luas ruang menunggu di klinik ni ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya selesa sangat nak menunggu kat sini. Ada small playground jugak untuk anak-anak bermain. Bab seriau tu memang tak boleh bincang.

      Padam
  10. Dah lama tak pergi klinik gigi. Rasa macam nak kena pergi juga lah ni

    BalasPadam
  11. Saya saja masih takuuuut tiap kali harus balik ke dentist. Masih terbayang juga sakitnya saat dulu hrs rutin ke dentist utk perawatan gigi, saat masih kelas 3 elementary sampai kelas 1 high school. Selama itu saya rutin ke dokter gigi. Sampai skr gigi dah rapi 🤣. Tapi perjuangannya tak usah tanya sakit lah 🤣😅.

    Cuma walopun takut saya akan tetep datang utk periksa. Ga bisa anggab remeh kalo dah sakit gigi. Krn baru2 ini ada teman yg sakit gigi sampai parah, dan infeksi. Lalu akhirnya menjalar ke jantung. Dan itu mungkin. Krn itu saya tak mau tunda kali gigi dah sakit.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...