Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, May 23

Review Sheriff Narko Integriti

Pada 6 Mei, saya dan Dania ada menonton filem Sheriff Narko Integriti. 

Filem ini dijayakan oleh :

Zul Ariffin : DSP Sheriffudin Hussein
Syafiq Kyle : Inspektor Nazri Mutalib
Aaron Aziz : Tony Ifrit
Elizabeth Tan : ASP Jenniffer Wong
Azira Shafinaz : ASP Syazlin, kakak kepada Nazri Mutalib
Amir Nafis : Inspektor Farouk
Kamal Affandi Hashim : DSP Hafsham
Shaharuddin Thamby : Superitenden Malik


Mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang bernama Sherifuddin @ Sherif yang ditugaskan untuk menangkap 'Meth Killer' dan polis yang menerima rasuah juga menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit juga sering terlepas dari perbicaraan kerana ada seorang hakim yang menerima rasuah. 

Siapakah 'Meth Killer' sebenarnya?. Saya rasa filem ni juga ada elemen kelakarnya juga part jahatnya bila girlfriend Inspektor Nazri kena rogol. Syukur la tunjuk mimik muka je. Watak Aaron Aziz dalam ni pun jahatnya.....ya la ketua sindiket dadah la katakan. Macam No Mercy juga. Watak Elizabeth Tan pun menjadi sebab takde la kaku ke apa. Watak Nazri dan Azira Shafinaz pun macam serasi je sebagai adik beradik sebab sebelum ni dah bergandingan sebagai adik beradik di One Cents Thief. Watak Superitenden Malik pun mencurigakan sebab menunjukkan sebuah beg berisi duit yang banyak kepada kakak Nazri. Adakah sebenarnya Superitenden Malik ni jahat?. Ye lah kan ke Tony Ifrit ada cakap dalam filem ni 'Jangan percaya polis yang tak terima rasuah'. Nak tahu lebih lanjut kena tonton sendiri ya....😅

Filem ni juga mengambil masa 2 jam 13 minit. Saya dah mula gerak sana sini dalam panggung. Saya rasa lama macam filem Hindustan pulak. 

Kami menonton di GSC IOI City Mall. 


Ambil gambar dulu sebelum masuk. 


Hari yang sama saya dapat balasan messenger dari Diyana Halik. Beliau merupakan isteri kepada Aaron Aziz. Saya mengucapkan tahniah kepada anaknya Dwi kerana terpilih ke University of Surrey dalam pengajian Psikologi. Kebetulan pulak dapat balasan masa menonton filem suaminya. 

 

Jadi bagaimana rating filem Sheriff Narko Integriti ni?
Bagi saya 4/5. Memang best untuk ditonton. You alls dah menonton ke? Bagi saya berbaloi la keluarkan duit untuk menonton filem ni. Dania beli guna title student jadi murahlah sikit tiketnya....

Jom Sheriff Narko Integriti.... 





XOXO,
Ezna

18 comments:

  1. kutipan utk movie ni aritu tgk kt IG zul arifin update 60juta...arini dh start movie baru yg tajuk THE EXPERTS ada aaron aziz juga plakonnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow banyaknya Amy. The Experts tu pun macam nak tengok. Tunggu Dania habis Test dia dulu la.....

      Delete
  2. Nak tengok tapi tak boleh dulu tengok wayang buat masa ni sebab baby kecik lagi. Sabajap tunggu si adik besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu anak dah besar baru la selesa sikit. Nanti lama2 masuk la dalam TV tu....

      Delete
  3. semalam baru berkesempatan pergi tengok tunggu anak dara balik dari asrama...ada bab yang ngeri tu sy hampir2 nak menggigil tengok..kalau tengok netflix boleh skip2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ngeri tu sebab nak tunjukkan gangster sangat tu. Ada bab ngeri akak tutup mata.....nasib baik la tak ditunjukkan macam dalam citer Mat Salleh.

      Delete
  4. takde kesempatan lg nk tgk cite sheriff ni.. huwaaa..

    ReplyDelete
  5. Belum ada kesempatan nak pergi tgk, lagipun sbb tak sesuai utk anak2 bawah 16 tahun kan citer ni. Mungkin tunggu keluar dekat Netflix baru tengok kot.

    ReplyDelete
  6. i tgk masa awal2 tayangan..now look fwd nak tgk the experts plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Suzz. Maybe I nak tengok esok kot The Experts. Harap2 best la.

      Delete
  7. Byk kutipan filem ni kan 👍
    Tumpang bangga filem tempatan diterima ramai dan box office

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah PH katanya kutipan banyak. Maknanya filem tempatan kena menghasilkan karya yang menarik la untuk tarik orang menontonnya....

      Delete
  8. alamak...ada bab2 gitu jugak ke..nak bawak anak kecik..tak sesuai lah...

    ReplyDelete
  9. Ian & Iris dah gi tgk dah citer ni..diaorang pun kata best

    ReplyDelete
  10. saya juga sempat menonton...dan rasa amat suspen ketika kes rogol girlfriend Inspektor Nazri ...nasib baik tak tunjuk sangat...dah la ketika itu bawa anak saya bawah umur..

    ReplyDelete
  11. Film ini masuk Indonesia juga ternyataaaa 😄. Tapi saya blm nonton lagi. Tunggu suami kalo sempat. Kalo memang tak bisa, berharap masuk Netflix. Baru bisa puas nonton. Tapi yg saya suka dr film Malaysia, part scene yg terlalu sadis, terlalu brutal, termasuk rape , kills dan lainnya, tak terlalu dipertontonkan. Bagus seperti itu. Krn kalo di sini, banyak adegan yg memang dipertontonkan jelas. Krn itu terkadang saya pilih2 nak lihat .

    ReplyDelete