Test di UPM ni kadang-kadang dibuat waktu malam. Pernah masa Sem 1 ada test juga waktu malam untuk Food Science dan Kenegaraan / falsafah. Kali ni Test 2 subjek Penghayatan Etika dan Peradaban yang diambil oleh pelajar Malaysia. Kalau pelajar luar negara ambil subjek wajib yang lain.
Test kali ini diadakan di Dewan Besar jadi Dania seronok la sebab kebarangkalian jumpa kawan-kawan dari fakulti lain tu ada. Sekejap je pun Test 2 ni dalam 45 minit ajer.
Kalau ada anak-anak di UPM ni boleh la merasa sayur-sayuran segar. Masa ni pelajar dari Bacelor Sains Haiwan kena menanam kangkung dan kena menjual tanaman yang ditanam tu. Bila Dania cerita kelas kawan dia ada jual kangkung, saya pun nak membelilah. 300g berharga RM3.50 / RM4.00. Rasanya harga ni mengikut kumpulan yang menjual. Dania dah deal dengan kawan dia Durrah.
Macam setiap course akan ada subjek untuk menjual / keusahawanan walaupun takde la related dengan kursus yang diambil. Course Veterinar pun ada satu subjek yang mereka kena kumpul dana untuk kasi kucing.
Tengok la muka kawan Dania ni.....Hehehe...
Saya pula terdeal dengan kawan Durrah nama Farhana ni. Harga kangkung dia 50 sen mahal sikit dari kangkung yang Durrah jual. Saya cakap dengan Dania since saya dah deal dengan Farhana juga saya belilah 1 kangkung dengan Farhana jugak.
Lepas pick up Dania dari kelas, kami menuju ke Ladang 10 tempat mereka menanam kangkung tu. Kiranya memang kangkung ni dituai hari yang kami pergi tu. Mereka tuai, basuh dan siap packed. Lepas mereka dah selesai....kat sini juga saya membelinya. Kangkung yang mereka tanam ni fresh sebab dituai waktu pagi dan tanpa racun perosak.
Akhirnya 2 packed beli dari Durrah dan 1 packed dari Farhana. Tak sampai hati kalau tak beli. 😅. Sebenarnya Dania ingatkan satu kelas yang menjual sekali rupa-rupanya ada kumpulan jugak. Dania nak support la kawan sebilik asasi dia dulu.
Terus la kami ni first customer mereka. Hehe.
Kangkung....kangkung.....
Balik-balik terus jadi lauk kangkung ni....
Makan dengan ayam Gochujang.
sedapnya kangkung fresh..kalau dulu saya suka masak maggi kari letak kangkung
BalasPadamSedap juga tu....
Padamsedapnya kangkung fresh!! my fav ni :)
BalasPadamOh...you pun suka kangkung ya Suzz......selamat sebab tanpa racun perosak....
PadamMasa saya di UPM zaman dulu kala pun, Test dibuat waktu malam. Biasanya untuk subjek yang ramai student ambik. Atau sebab masalah kekurangan tempat, jadinya tak boleh siang dibuatnya malam.
BalasPadamSeronok dapat makan sayur segar, lain macam nikmat dia. Dulu suami saya Diploma Pertanian UPM, pun kena tanam dan menjual sayuran.
Ya betul tu Ujie. Sebab Penghayatan Etika ni memang subjek wajib universiti jadi semua pun ambil. Oh...kalau Diploma Pertanian memang confirm mereka kena tanam dan menjual. Ada rezeki....mereka pun akan dapat juga bahagian mereka selepas penat menanam.
PadamSelalunya subjek elektif yg buat waktu malam sbb melibatkan pelbagai fakulti.. sy pn seronok jugak exam waktu malam.. habis exam boleh terus lepak mkn2 dgn geng2 dr fakulti lain.. hehehe.. kalo dok dalam x kisah bas byk atau jalan kaki pun on jerrrr.. haha
BalasPadamDulu masa zaman saya belajar pun selalu jugak lecturer buat test waktu malam sbb siang dewan exam dah penuh. Pernah sekali ada test waktu malam dekat bawah masjid UTM, sebelah dewan tu ada tempat perubatan Islam. Tengah khusyuk jawab soalan dengar orang menjerit. Seriau satu dewan, masing-masing menulis macam berlumba dalam F1 sbb taknak jadi orang paling last jawab paper so malam tu test habis awal sbb semua nak cepat balik 😅
BalasPadamBestnya. Kalau stay dekat dgn UPM nak jugak beli sayur kangkung fresh. Saya suka masak kangkung goreng belacan.
Sedapnya kangkung fresh. Buat kangkung belacan sedapnya.
BalasPadampeminat kangkung dpt beli kangkung fresh seronok la...kita tk mkn sayur kangkung
BalasPadambestnya, dah siap di basuh, balik terus boleh masak
BalasPadamkangkung ni bila masak dia kecutkan...
BalasPadammasa kecik dulu kalau nak makan kangkung or bagi rabbit makan kangkung ktiorang petik je kat tepi lombong
ni kalau ada fishball, ada fishcake dan anak-anak beliau dah boleh jadi yong tau fu! sedapnyaaa
BalasPadamKalo saya di sana, nak juga beli langsung dari mereka. Nampak fresh semua kangkung yg dijual. Anak saya paling suka tumis kangkung belacan. Memang sedap, apalagi kalo makan dengan ikan goreng kan 😄.
BalasPadam