Dah pesan dekat Dania kalau balik tak payah naik Grab. Ummi hantar semua balik asrama. Mereka pun suka sebab boleh la save duit kan. Harga ke IOI City Mall ni naik Grab katanya mahal jugak. Ya la student ni selalunya akan berkira-kira jugak la kan kewangan ni. Bukan boleh bersukaria selalu. Dalam jam 6 petang dapat la call dari Dania.
Belakang dari kiri Corina, Wafa dan Hana. Dania pulak muka pasrah je tu. Haha....penat sebenarnya tu.
Dalam kereta ni mereka siap berborak dengan saya. Dah biasa. Wafa yang tengah tu dah bagitau saya....aunty.....nanti kami plan nak staycation kat Kajang. Haaa tudiaa......belum apa-apa.....maybe nak staycation masa cuti study week tu sebab bila lepas final tu nak tunggu semuanya habis lambat. Jadinya saya kata oklah tengok macam mana. Kalau dekat-dekat saya ok je. Bila check tempat yang mereka nak staycation tu.....siap ada kolam renang dan Barbeque. Boleh je saya provide kan makanan perap tu ayam ke, kambing ke.....mereka bakar makan ramai2. Boleh juga saya masakkan makaroni goreng atau nasi goreng sebagai tambahan.
Corina tu rumah kat Miri, Sarawak, Wafa kat Kota Kinabalu, Sabah dan Hana tu kat Kuching, Sarawak. Lagi 2 orang Ayuni rumahnya kat Labuan, Sabah dan Durrah kat Kelana Jaya. Haa ni lah kawan sebilik dulu masa Asasi. Dah kenal mereka ni macam mana....jenis scorer je semua....Dania kata terikut-ikut dengan mereka ni duduk ajer kat meja study tu.
Bila anak dah peringkat Universiti ni kena jadi kawan sebab apa-apa hal nanti dia rujuk kat kita. Dan....kita kena kenal kawan-kawan anak kalau boleh. Kalau kawan yang membawa mereka ke arah kebaikan ok lah tapi takut dapat kawan yang sebaliknya.
Jadi, moral of the story ibu ayah.....kena kenal kawan-kawan anak......nak mengelakkan dari anak kenal kawan-kawan yang membawa kepada perkara yang tak baik.
XOXO,
Ezna
orang jauh2 semuanya ye kawan Dania..
BalasPadambetul kak,kalau kenal dengan siapa anak berkawan,diaorang pun tak berani nak buat benda tak elok sebab tau mak dia kenal semua kawan2 dia kan
wahhhh pakat semua kawan2 dari seberang laut yaaa
BalasPadamhebatttt tuuu
Jimat la skit duit grab kan ..aunty ezna ada hehe
BalasPadamMemang kena kenal rapat kawan anak2 kita. Bestnya anak dah remaja 😬
BalasPadamZharfan pun close dgn kwn2 matriks dia..mostly kwn2 dari sek alamin..i kenal jer kwn2 tu tp tak close mana sbb swgan plak semua boys kan wpun taraf anak2 jer..zharfan time cuti memang ada timing dia kuar hang out dgn kwn2 tp with my permission la
BalasPadam
BalasPadamBetul, as parents kita kena kenal dan ambil tahu dgn siapa anak² kita berkawan kan...
Setuju sangat2, zaman remaja la anak2 cepat terpengaruh dgn kelompok kawan2, jadi sebagai parents kita kena pastikan circle anak2 ni bukan jenis budak2 nakal, ada masalah disiplin, bergaul bebas dan malas belajar. Masa Khayla awal2 masuk form 1 tahun lepas, risau betul bila baca whatsapp group kelas dia sbb ramai budak2 yg mencarut, lepas tu tak segan-silu declare crush dgn kawan berlainan jantina dekat sekolah... Alhamdulillah kawan2 Khayla tak macam tu (dieorg semua keluar dari whatsapp group tu sbb tak tahan dgn geng2 yg kaki carut ni).
BalasPadamsetuju sgt. elok mak ayah kenal kawan anak2. untung kalau dpt kawan jenis scorer mcm ni. automatic akan sama level dgn diorg
BalasPadamKawan-kawan Dania semua duduk jauh2 ya.
BalasPadamSeronoklah ummi dapat kenal dengan kawan-kawan Dania dan pastinya mereka lebih bahagia sebab dapat menumpang kasih.
Agree kak. Zaman skr saya peniiing lihat anak2, mudah sangat mengucapkan Kata2 kasar, lalu saya sering lihat malam2 pun masih main di luar. Seraaam liat pergaulannya. Makanya saya keras juga dengan anak saya. Kalo nak kumpul2, better di rumah saya. Jadi saya bisa lihat dan pantau. Jujur saya takut melepas anak2 saat kuliah nanti. Itulah kenapa saya prefer kirim mereka ke Malaysia nanti. Ntahlah, bagi saya di sana lebih safe drpd jakarta ini
BalasPadam