Rabu, Mei 8

Pengalaman minum dalam gua…

Gua mana ni?.....ala ala gua kat Taman Botani ada cafe nama 'Gua Juicery'. Nampaknya macam ada tempat duduk juga di bahagian atas. Hubby la yang tau kewujudan tempat ni sebab ternampak orang review kat youtube. 



Ni dalam gua ni. Nak ambik makanan / minuman ada nombor kita akan dipanggil nanti kalau makanan / minum siap. 


Satu sudut dalam cafe ni digantung macam pokok berambu. 


Lantai cafe ni penuh dengan batu-batu kerikil. Saya nampak budak2 suka main batu kerikil ni. Hati-hati kot tercampak kat meja orang lain. 


Minuman yang kami order. Dania order watermelon lemonade, saya pineapple mango dan hubby coffee dia la....Latte. 


Kami duduk kat tepi jadi inilah permandangan kami. Lawa....bukanlah dekat sangat cumanya beberapa langkah la dari Gua Juicery ni. 


Nak bersantai memang ok lah kat cafe ni. Lepas bersantai saya sambung berjalan sekitar Taman Botani sambil hubby dan Dania berbasikal. Cafe ni memang kat dalam Taman Botani, Putrajaya ni je....





XOXO,
Ezna

26 ulasan:

  1. menarik cafe gua tu tp lantai batu2 kerikil tu yg pakai mcm kasut bertumit kena ati2 la

    BalasPadam
  2. sedapnya jus2 tuuuu. relaxing ambience indeed. i like!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz.....jus I minum sedap....mangga + nanas.

      Padam
  3. wahh mcm2 idea skrg. best jga blh rasa suasana dlm gua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab nak kelainan. Orang yang datang pun bertali arus je kat sini.

      Padam
  4. bestnya duduk putrajaya... cantik dan bersih

    BalasPadam
  5. wahhhh menariknya ada gua cafe mcm tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain sikit dari cafe yang selalu saya gi tu.

      Padam
  6. Balasan
    1. Ah ah ada kelainan la. Akak baru tahu kat atas pun boleh duduk....

      Padam
  7. wah..menariks nya..leh terjah ni kalau sesat2 ke putrajaya nanti.. he he

    BalasPadam
  8. seronok ...igtkan betul2 yg dalam gua, area batu caves nie...lupa pulak apa nama kedainya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh ada juga ya?.....gi kat area dekat2 sini ajer....kalau batu caves jauh sikit....maybe dekat dengan Linda kan....

      Padam
    2. Dekat je rasenya.. Tapi, tak pernah sampai lagi... Waktu2 skang nie, ikot tekak anak je dulu... Selalu pergi kedai yang biasa pergi je..sebab dah tahu masakan nya macam mana.. Hihihi

      Padam
  9. Okey menarik cafe ni..2 bulan ni i x leh nak healing2 makan2 dengan anak dara tu sebab dia kerja..bosan duduk rumah 3 bulan cuti ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke dah cuti dah ya....Dania nanti bulan 7 start cuti sebelum sambung balik bulan 10. Time tu pun maybe Dania nak part time.

      Padam
  10. kreatif betul owner cake ni
    pandai dia cari idea untuk tarik pembeli...

    BalasPadam
  11. Pernah dengar, menarik boleh pergi nanti, thanks for sharing

    BalasPadam
  12. Idea yang menarik untuk tarik pengunjung singgah di cafenya. Nampak cantik tapi mampu tengok jelah sebab jauh.. hehehe..

    BalasPadam
  13. Menarik sangat tempat ni. Selalu nampak naik FYP TikTok. Belum berkesempatan lagi nak jejak sini. Cantik decoration dia.

    BalasPadam
  14. Rasanya dah banyak berubah Putrajaya ya kak. Dulu saya terakhir kemari saat kuliah rasanya 🤣🤣. Dah lm sangat. Hanya ingat sholat di mesjidnya.

    Jadi teringin juga ke Putrajaya lagi. Pasti dah makin bagus . Unik juga kafe nya dibuat macam goa. Apalagi ini terang, jadi tak adalah orang2 klaustrofobia merasa sesak di dalam

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...