Khamis, Mei 16

Kami dah 'raya'.....

Lambat pulak post ni keluar. Sebenarnya pada 30 April 2024 lepas ni, kami ada makan kar Serai Cyberjaya sempena selesai puasa ganti dan puasa enam. Hubby puasa enam je la. Kiranya ni hari last hubby berpuasa (30 April 2024). Dah berbuka dulu kat rumah. Hubby stop hari jumaat dan hari yang office buat makan-makan tapi saya dan Dania puasa hari tu. Jadinya saya dan Dania habis dulu. Alhamdulilah. 

Saya suka kat Serai Shaftbury ni sebab selalunya tenang ajer tak ramai orang tapi masa kami pergi tu ramai pulak. 



Ada staff tolong ambikkan gambar. Ikutkan mulanya hubby nak selfie ajer. 



Pencuci mulut ni kami makan awal. Pavlova....


Cantik deko dalam Serai Shaftbury Cyberjaya ni. 


Hubby punya Thai nasi goreng. 


Dania punya spaghetti carbonara. 


1 slice Pavlova.


Sang Har Ying Yong dengan udang galah seekor. Kick betul makan dengan cili potong. 


Alhamdulilah selesai dah puasa kami. Kalau nak tangguh puasa lagi agak mencabar. Bila ganti selepas habis bulan Syawal tu agak senang sebab perut kita pun dah terbiasa tak makan kan (kecuali raya la kan macam-macam makan)....Alhamdulilah untuk semua. Makanan kat sini pun sedap. 

Kalau nak makan kat Serai Shaftsbury, Cyberjaya ni :

P3A-16&17, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor





XOXO,
Ezna

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah..Linda pun dah selesai puasa ganti...dha tak payah nak fikir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Linda....bila dah selesai kita pun lega....

      Padam
  2. tahniah ezz!! u dh abih ganti puasa. i plak ari ni last day ie tak sempat abih time syawal sbb bykkk i kena ganti...tp syukur, ari ni insya Allah the final dayyyyy. anyway, ada one serai kat dlm kl east mall tp i belum pernah try mkn lagi kat serai ni..harga dia standard restoran lah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz. Moga puasa you dipermudah sampai la berbuka nanti. Takpe you dah nak selesai pun puasa you. Yayyyyy.....standard ala ala Chef Wan la lebih kurang....tapi food dia sedap. I pun pernah jumpa anak owner Serai ni nama dia Qistina lepas tu I cakap eh macam sama dengan sis punya email la. Haha walaupu rasanya takde kena mengena pun.... https://seraigroup.com.my/serai-restaurant/ senarai tempat makan group Serai. Manalah tahu ada yg dekat dengan you.

      Padam
  3. betul tu Ana sekeluarga pun dah selesai ganti puasa cepat-cepat lps puasa 6 haritu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Cepat selesai kita dah takde hutang dah. Alhamdulilah.

      Padam
  4. Alhamdulillah tahun ni takde puasa ganti sejak kena ambik pil perancang lepas keguguran hujung tahun lepas. Balik dari kampung, terus buat puasa 6 sbb nak temankan anak2 bangun sahur untuk puasa ganti dieorg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya Carneyz sama2 berpuasa dengan anak. Ada gang anak Carneyz nak puasa.

      Padam
  5. Nampak sedap... Ambiance pun cosy je ye...
    PH pernah bermalam di Shaftburry Residence, sama ke tempatnya Ezna? Sbb nmpk macam ada mall juga attached to the residence

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ambiance dia memang saya suka PH. Kalau tengokkan maps. Serai ni kat Shaftbury Square. Shaftbury Residence ni macam belakang Shaftbury Square ni.

      Padam
  6. menu dania tu fav tisya juga...lama tk ke serai...pavlova sini sedap juga

    BalasPadam
  7. Teringin pula coba pavlova nya 😍. Tapi cyber jaya ini agak jauh yaa kalo dari KL?

    Saya pun kalo puasa 6 dah selesai. Sekalian puasa ganti. Tapi puasa ganti msh ada 8 hari lagi 🤣. Nantilah nak saya ganti sehabis liburan june-july ini 😅🤣. Saya karena pakai IUD contraception jadi period lamaa baru selesai. Nasib puasa ramadhan pasti banyak ganti

    BalasPadam
  8. Betul tu.. ganti masa bulan Syawal lebih senang sebab perut sudah terbiasa. Kalau ganti selepas Syawal pasti tertangguh-tangguh dibuatnya.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...