Khamis, Mei 2

Rumah terbuka Pengacara Jemputan Nona

Tajuk pun kan.....ya saya dapat jemputan di rumah kawan saya ex Pengacara Jemputan Nona.....Junaidah Zainuddin pada 26 Jun 2024 (Jumaat). Time tu June bergandingan dengan Nornisamsila. Selain daripada itu June ni juga pengacara Wanita Hari Ini, Remaja dan Fabrik di TV3. Sekarang ni dah bersara la. Buat business sendiri. 

Ok....masa tengah makan hubby ternampak Roy Azman ni. Saya pun apa lagi approach nak ambik gambar la. Rupanya Roy Azman ni gang main bola sama2 dengan hubby June. Hubby tengok Roy ni masa Maharaja Lawak. Boleh tahan lawak juga. Kemudian Projek Bapak-Bapak.....kalau saya Roy Azman ni saya teringat watak dalam Sembilu tu.....eiiii jahatnya.....(dalam filem je ya.....bukan kat luar). Ada affair dengan kakak ipar Wati (Erra Fazira). Kakak ipar Erra tu wataknya dilakonkan oleh Aida Khalida. Pastu dalam filem tu Roy ni bunuh Aida ni.....



June tengah bercakap dengan kawan semeja saya jadi saya cakap dengan June nak ambik gambar sebab nak bagi kat kawan-kawan. Kawan-kawan tu maksudnya group whatsapp kawan-kawan sekolah saya. Saya bersekolah rendah SK Damansara Jaya dan menengah SMK Damansara Jaya dengan June. Kalau menengah tu kelas kami sebelah menyebelah. 

Lawa betul June ni.....tu yang jadi Pengacara Nona tu. Pengacara Nona ni bertukar-tukar kan.....


Ni saya bergambar dengan June dan hubby seorang pilot MAS, Capt Nazri. Masa nak masuk area rumah June kat kawasan tanah lot kat Bukit Jelutong....guard tanya rumah Capt Nazri ke?. Kisah perjumpaan June dengan hubby ni agak menarik sebab berjumpa dalam aerotrain KLIA. June nak pergi buat assignment kat Italy untuk rancangan Nona, Capt Nazri pun ada dalam aerotrain sebab ada flight ke mana tak sure. Dah jodoh namanya kan?. 

Saya dan Dania lebih selesa berseluar. Majlis waktu malam kat rumah jadi santai la juga kan. 


Kawasan perumahan June ni memang rumah banglo belaka. Dania tanya ummi....rumah depan kawan Ummi ni macam istana je. Tengoklah betapa besarnya rumah ni. Kalau tengok depan mata memang besar sangat. 


Rumah June ni ada diletakkan kanopi depan rumah. Saya dan family duduk kat dalam. Depan kipas besar. Haha.....habis terbang tudung. Nak kena jaga-jaga. Patut depan kipas ni takde yang duduk. 😅


Seleksi makanan. Nasi ni saya tak ambil pun sebab tak rasa nak makan nasi. 


Ni kat area dalam kawasan berumput. Gambar blur sikit. 


Kanopi kat dalam rumah. Nampak tak kipas tu. Haaa kipas tu la depan meja saya tu. Kalau siapa yang kurus tu pun silap-silap boleh terbang jugak. 


Ni yang saya ambik ni. Ambik serba sikit. Putih tu laksa saya makan macam tu je. Perut rasa tak berapa selesa kalau nak makan dengan kuah.....ambil pun berpada-pada je. 


Rumah June ni tiga tingkat. Pokok bucida depan rumah June punya rendang. 


Kami parking kereta depan rumah ni. Bukan betul2 depan rumahnya. Kang marah tuan rumah....tapi opposite...kat rumah yang nak dijual. Agaknya berapa juta la agaknya?. 


Sambil jalan....tengok la rumah-rumah kat sini. 


Terima kasih June dan suami kerana mengajak. June dah bagitau saya....bila lagi boleh jumpa ya Ena?. Kita jumpa setahun lagi la. Maknanya masa open house jumpa la. 😅. Actually ada beberapa kawan sekolah saya dijemput juga tapi masing2 ada hal masing2 tak dapat datang....saya je yang datang. Haaa ingat tak Mat Kepoh dalam Melodi dulu....sikit2 bongkarkan kes artis....dia pakai topeng.....akhirnya dapat tahu juga kan lelaki di sebalik topeng kan?. Namanya Yusmal. Senior saya masa kat SMK Damansara Jaya. Ada juga kat majlis ni tapi saya tak approach sebab takut salah orang. Rupanya bila tanya June memang betul Yusmal. Rupanya sama batch dengan hubby June dekat RMC.  






XOXO,
Ezna
















18 ulasan:

  1. i minat la travelawak bapa2 tu hehehe memang tgk semua siri dan season tak miss. Roy dlm travelawak tu memang lucu laaa orgnya. anyway besar betul rumah kwn u ni..kwsn perumahan elit tu. rezeki masing2 kan. tumpang seronok tgk rumah besar2 mcm istana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz area sini memang rumah elit....tumpang teruja tengok rumah2 kat sini. Tu lah Suzz.....kelakar juga Roy ni dalam travel bapak2....

      Padam
  2. seronok dpt jemputan kwn sekolah yg juga bekas pengacara nona..sure ramai retis juga kan...umah besar2 cantik nk posing2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Retis macam tak perasan pula cumanya Roy je....mungkin ada selebriti TV3....katanya start jam 5 ptg pun dah ramai datang.....

      Padam
  3. wahh...lawanya tuan rumah. Baju dia pun cantik tertarik melihatnya. Rumah pun wow... alahai bestnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah memang lawa tuan rumahnya Yan....termasuk rumahnya pun lawa....kita ni tumpang happy untuk kawan2.....

      Padam
  4. wah..memang kawasan elit ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya MA....mengagumi kawasan ni....ada juga rumah untuk dijual dan terfikir berapa la agaknya harganya tu.....

      Padam
  5. Sama la bila tengok Roy Azman tu terus teringat cerita Sembilu hehe. Tak move on lagi. Wah, meriah makanan yg dijamu tuan rumah dekat tetamu ye. Semoga murah rezeki kawan sis Ezna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lar sama la kita....baru2 ni saya ada tengok Sembilu...itu yg teringat filem ni. Jahat dia dalam filem tu. Jumpa depan2 ok je....anak2 dia kecik2 lagi.

      Padam
  6. Tak perasan pula pengacara bernama June, tapi memang lawalah June ni. Both husband and wife sama2 manis dan segak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. June ni macam kejap je dalam Nona tapi lepas tu masuk WHI, Fabrik kat TV3.

      Padam
  7. waahh... rezeki ni... seronok dpt kenal ramai orang

    BalasPadam
  8. Seronok kan dapat berjumpa kawan lama, jemputan open house, kenduri kawin dll. Meriah suasana nampak food sedap semua. Roy Azman tu memang la kelakar kan.

    BalasPadam
  9. kalau dgar slot Roy Azman dalam radio Sinar pun dah berdekah2...dah hujung2 nie, rezeki dia dekat komedi pulak...tapi tak sangka pandai melawak...
    kalau deka area melaka, ktorg pun suka lalu dekat area tanah lot nie...belah luar lah...sebab nak tgok rumah besar2 kan...hihihi

    BalasPadam
  10. Sayapun tidak tahu Mat Kepoh itu siapa. Pusing-pusing suami isteri kenal Yusmal itu ya. Ada mutual friend.

    BalasPadam
  11. Jadi penasaran pula nak nonton sembilu ini 🤭😄. Ini kalau di jakarta mungkin setaraf dengan perumahan PIK atau Pondok Indah yaa, di mana para orang the have tinggal lah 😄. Cantiiik memang area perumahannya 👍.

    BalasPadam
  12. SA suka program bapak- bapak tu...best...wah...sini pun perumahan have have erk...SA x perasan plak June ni...hehhee..jarang tgok tv SA ni

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...