Selasa, Mei 28

Sukarelawan di kandang kuda

Aktiviti kesukarelawan ini diadakan pada hari ahad oleh pelajar Tahun 1 Bacelor Sains Haiwan. Dania tahu je terus sign up dan bayar. Dapat tahu dari person in charge yang Dania orang pertama yang mendaftar. Suka sangat dengan haiwan kan....



Jadual pengisian aktiviti kesukarelawan dengan kuda. Walaupun aktiviti berlangsung petang tapi hari tu cuaca sangat baik tak hujan. 

Masa ni sempat lagi saya buat inspection apa yang Dania bawa dalam beg. Ada botol air, payung, alat solek dan beg duit. 


Siap bertopi juga untuk mengelakkan panas matahari kalau kena membersih kat luar nanti. 


Dah ramai tunggu kat tempat tunggu bas ni. Mereka akan berjalan je ni sebab stable kuda tu sebelah Fakulti Pertanian ni. 


Kat sinilah program Hooves Up dijalankan. 


Kuda yang bernama Dreams ni happy nampaknya. Macam mana saya tahu happy? Sebab telinganya mengarah ke hadapan. Ada saya baca tentang kuda ni. 


Kuda ni pula bernama Omar. Seekor kuda jantan. Cantik la warnanya....


Dania pegang Omar tapi nampaknya kuda ni takut atau tak selesa sebab telinganya ke belakang. 


Walaupun Omar nampak takut tapi tetap comel. Mungkin tak biasa dengan Dania dan ramai pelajar kat depan ni. 


Dania membersihkan jerami kat dalam kandang kuda. Dania cerita masa tengah membersihkan kandang kuda tiba-tiba ada bau busuk. Kata penjaga kuda tu....itu bau kentut kuda. Jadi rupanya kuda pun mengeluarkan gas macam manusia juga. 


Banyak juga kuda yang boleh disimpan di sini. Gambar ni saya ambil masa tengah tunggu Dania habis program. 


Boleh belajar menunggang kuda kat sini. Luas juga kawasannya. 


Nampak pekerja membawa kuda ke tempat latihan. 


4 ekor burung tekukur dok asyik bertenggek kat pagar. Ni ambik gambar dalam kereta. Bila nak ambik gambar dekat burung pun terbang. 


Awas kuda. Nak parking pun kena kat tempat yang disediakan. 


Nama Pusat Ekuin ni Benua Equestrian Stable. 


Pernah dulu kata Penjaga kuda ni, kuda Sultan Mizan masa tu ketika Sultan Terengganu menjadi 'Yang Dipertuan Agong' (YDPA), kuda Sultan Mizan diletakkan di sini jadi bila Sultan Mizan nak menunggang kuda....Sultan Mizan akan menunggang kuda di sekitar UPM. Bermula 13 Disember 2006 sehingga berakhir pada 12 Disember 2011. Sekarang ni kuda Sultan Mizan dah tak ada la kat sini. 

Pelajar Universiti juga perlu involved dalam aktiviti kesukarelawan sebab rata-rata pihak penaja biasiswa atau hadiah universiti / fakulti ni akan tengok penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan dan ko kurikulum kalau nak dapat hadiah anugerah pelajar. Pelajar perlu aktif bukan hanya cemerlang dalam pelajaran sahaja. Zaman sekarang kan....zaman saya dulu tak payah pun aktif kesukarelawan ni. Pulak tu tak banyak aktiviti macam ni berbanding sekarang. 





XOXO,
Ezna

 

17 ulasan:

  1. Best aktiviti sebegini, dapat pengalaman dan seronok

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Baru tau Amy. Dania kata selamba je kuda tu kentut sambil berdiri lepas tu buat muka selamba je. Haha.....Hello tu kuda lah....

      Padam
  3. bagusnya dania aktif dgn aktiviti2 gini...betullah zmn kita dulu2 tak wajib pun join aktiviti2 hahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya you zaman kita tak payah pun tapi zaman mereka ni kena join juga sesekali.

      Padam
  4. Baguslah Dania ni, nmpk sangat dia suka haiwan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang sangat suka haiwan PH. Takpe la moga boleh juga beri manfaat pada haiwan jugak.

      Padam
  5. Seronoknya dapat pengalaman bermain dengan kuda-kuda tu. Penjagaannya ada displinnya yang tersendiri dan haiwan kuda ini mamanglah haiwan yang sentiasa dikagumi di mana-mana pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tu lah yang mereka diajar juga serba sedikit nak berus ekor kuda dan lain2 selain membersihkan kandang kuda.

      Padam
  6. Memang yang nama Dania ni pencinta haiwan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga ada betulnya SA. Anak kita berdua ni penyayang haiwan.....ok la tu maknanya hatinya lembut la tu.....

      Padam
    2. Dahlah nama sama…anak tunggal pulak 2-2 Dania ni ek.

      Padam
  7. upm ada kawasan yg luas mmg sesuai sgt laa buat / wujudkan mcm2 aktiviti... sy rs kalau uni lain ada kawasan luas mcm upm ni, kompem ada kelab equin sendiri ;-)

    BalasPadam
  8. Masa kat uni dulu saya join kelab equestrian. Selain dari berlatih tunggang kuda, kena tolong buat kerja2 di kandang kuda contohnya grooming kuda. Pernah sekali join jadi volunteer untuk pertandingan equestrian, dapat la jumpa juara equestrian yg selalu jadi wakil Malaysia, Qabil Ambak 😊

    BalasPadam
  9. Saya memang suka hewan, tp yg mau saya pelihara dan jaga hanya kucing saja. Lainnya memang tak nak 😅😅. Hebat Dania, betul2 animal lover sampai ikut kegiatan sukarelawan seperti ini 👍👍. Lagipun tak mudah nak merawat seekor kuda yg besar begitu

    BalasPadam
  10. Wahh. Tak tahu pulak ada kuda kat sini. Selalu kalau pusing UPM nampak lembu dalam kandang.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...