Rabu, Mei 15

Beraya di Warong Dato dengan Datuk?

Hubby dapat jemputan ni. Majlis akan diadakan di Warung Dato area kami ni. Sebenarnya Warung Dato ni tokei dia yang mengajak ni. Buat majlis kat Warung beliau je. 



Ada pasukan Rela juga yang menjaga lalu lintas. Haa kat depan tu la Warung Dato ni. 


Masa kami duduk tu, kami bertiga je la. 


Ni saya nak ambik bihun sup ni ada daging macam ala ala bakso. Saya ambik yang ni. 


Di sudut yang lain kalau teringin nak makan ni....hujung ni macam kambing. 



Air ni Dania ambik lepas tu ada buah asing Dania masukkan dalam air. Actually lepas je saya ambik bihun sup tu...meja kami dah bertambah lagi dua orang. Bukan apa...memang tak selesa la sebab utamanya meja kami ni kecik. Bila tambah lagi dua orang jadi lagi sempit. 


Ni saya tambah kali kedua bihun sup sebab sedap sangat. 


Boleh pilih la diantara bihun atau mee. 


Ni la meja yang kami duduk ni. Kecik kan?. Bayangkan 5 orang dewasa yang duduk sini. Alahai....boleh kira berapa jerawat yang ada kat muka lah. Nak bagitau betapa dekatnya kami duduk tu. Lepas tu bila saya tanya nama isterinya....katanya xxxxxa. Oh.....tiba2 recall pulak kalau dalam group muslimat surau tu ada yang memanggilnya Datin. Hmmmm nampaknya kami ni beraya dengan Datuk dan Datin la tapi tu laaa....tak selesa la. Gambar kami berlima takde ya...tak selesa nak ambik gambar. Haha.....


Dania pun menambah jugak mee sup ni. Dania kata sedap jugak. 


Ini pula station kuey tiaw. Saya ambik gambar je tapi hubby makan yang ni. 


Macam-macam hidangan yang disediakan. 


Kalau nak air panas ada. Air sejuk pun ada dalam 3 balang besar tu. Gambar air sejuk tak ambik pulak sebab saya sibuk ambik air asam boi.


Datuk yang semeja dengan kami dengan tokei Warung Dato (pandang kamera). Masa bulan puasa baru ni kat Warung Dato ada buffet berbuka puasa dan orang pun boleh tahan ramai juga yang berbuka kat sini. Dapat katering surau pulak lagi. Memang masyuk la ni. Makanan kat sini pun meriah jugak. 


Bihun saya ni.....saya masukkan juga telur rebus yang dikhaskan untuk laksa. Kali ni saya tak terasa nak makan laksa. 


Ini masa mula-mula kami duduk sini sebelum errr Datuk Datin join sekali. 😅


Meja kami ni memang kecik la. Kalau 4 orang ok la jugak tapi segan kalau meja sekecil ni ada orang yang tak dikenali join. Meja bulat belakang tu ok lagi kalau ramai-ramai sebab boleh muat dalam 10 orang. Ada la personal space. Ni Dania kata nak tambah pun segan sebab Datin tu dok tengok dia. 😜. Lepas Datuk Datin tu beransur pulang....kami ada lagi kat sini makan la ambik yang last....kuih muih je kot. Saya menambah air asam boi lagi. 

Alhamdulilah...kenyang kami sekeluarga....Terima kasih Warung Dato.





XOXO,
Ezna

 



8 ulasan:

  1. Meriah makanan open house di warong dato tu. Mungkin Datin tu tengok Dania sebaya dgn anaknya kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan meriah......Tak Carneyz....Datin tu anak2 dah besar2 semua dan dah kahwin.....Datin tu tengok Dania makan apa....hehehe

      Padam
  2. wahh... semeja dengan dato datin... meriah hidangan nya..maklumlah mereka memang berniaga makanan. masa ni la nak jamu, nak sedekah, nak promote warong mereka

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat jemputan dari tokei warung. Pasti makanannya sedap-sedap belaka.
    Meja kecil untuk 1 keluarga selesa tapi bila orang lain join rasa tak selesa sikit. Tapi bolehlah berkenal-kenalan dengan Datuk & Datin.
    Mujur mereka tak lama eh.. bolehlah sambung makan.

    BalasPadam
  4. Seronok dan meriah open house nya. Macam2 makanan ada. Ya meja kecik kadang tak selesa nak duduk dan makan sama2 kan.

    BalasPadam
  5. seronok dpt jemputan dr owner warung dato...pelbagai hidangan utk tetamu...mmg tk selesa la meja kecik ada org lain duduk bersama kan

    BalasPadam
  6. Memang Krn ramai jadi Datuk dan Datin itu sharing meja sekalian yaa , 😅. Tapi ya laah mana nyaman kalo harus berlima di meja sekecil itu kan..makan juga tak bisa banyak tambah 😄😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.