Masa pergi Rumah Kueh Kak Zu tu petangnya mata dah ok sikit nampak surutnya tapi esoknya nampak bengkak balik jadinya nak tak nak kena pergi la ambik ubat.
Dah bayar yuran kan....jadi kami pergi ke Pusat Kesihatan Universiti di UPM.
Ummi tunggu dalam kereta je la. Dania settle sendiri. Tak lama mana pun tunggu tapi cuaca alahai panas sangat.
Inilah ubat yang diberikan oleh Dr. Setiap kali ambik ubat tidak dikenakan bayaran. Alhamdulilah. Dah termasuk dalam yuran universiti la. Dania selalu ke sini bukannya demam ambik MC tapi sakit2 yang lain. Ada pernah sakit telinga la, sakit kaki la....ada sekali tu scaling gigi kat sini tapi bahagian pergigian....
Ummi kena titik la ubat dalam mata Dania tapi sebelum ubat masuk pun dah pejam mata 😅. Moga cepat surut matanya tu...
XOXO,
Ezna
Shafakillah dear dania🤲
BalasPadamTq Suzz. Alhamdulilah dah sembuh....
PadamKetumbit ni gatal kan?
BalasPadamMoga cepat sembuh Dania 🤲
Ada gatal sikit2 PH. Terima kasih PH.
Padamsmoga cpt surut
BalasPadamTerima kasih Amy.
PadamAlamak ai.... sian la pulak!
BalasPadamYa UG. Tu la yg pakai spek hitam tu sebab mata kecik sebelah.
Padamsemoga cepat sembuh..dekat taska hosp, tutup 3,4 hari minggu lepas, sebab ada yang sakit mata...kesian anak2 kecil
BalasPadamTerima kasih Linda. Oh ye ke?....bila dah tutup banyak hari ni ibu ayah pulak nak kena ambil cuti....
PadamSemoga Dania cepat sembuh. Pedih tu kena ketumbit.
BalasPadamPastilah tak nyaman sangat ... Semoga sekarang ini mata Dania dah membaik ya kak 🤗
BalasPadam