Jumaat, Mei 3

Garden wedding tempat perkahwinan Mira Filzah

Keluarga kami dapat jemputan ke majlis salah seorang anak kepada kariah surau...Ir Hj Mohammad dan Siti Rafeah. Majlis diadakan di A Park...tempat perkahwinan Mira Filzah. Saya memang teruja ke sini sebab apa?....cantik tempatnya.....nanti saya bawakan anda dengan gambar-gambar di sini. 



Kat sini la nak masuk ke A Park yang terletak di Pulau Meranti, Puchong. 


Ada buggy yang akan bawa tetamu ke tempat masuk majlis. Kalau parking jauh berbaloi juga la naik buggy ni. Kami parking dekat je. 


Dah nampak nama pengantin dah. 


Ada arch kat sini dengan bunga-bunga yang minimalis. Sweet je. 


Haa ni la pengantin tu. Warna baju lavender lagi. 


Majlis ni memang garden wedding tapi ada kanopi yang sangat besar. Saya rasa kalau kat Malaysia ni nak buat garden wedding kena juga ada kanopi sebab cuaca kat Malaysia ni panas dan hujan sepanjang tahun. 


Ada station apam balik. Favourite Dania ni. 


Boleh ambik sendiri kata bro ni. Kalau ambik sendiri boleh ambik banyak-banyak. Apam balik ni untuk 1000 orang. 


Kalau nak cendol pun ada. 


Cendol ni bekas dia kecik je. Just nice saya rasa portion macam ni. 


Ubi pun ada. 


Cucur pun ada.....cucur ni sedap. 


Meja dengan lapik meja berwarna putih dan kerusi berkonsep inggeris. Kat tengah ni seleksi makanan utama. Masa kami pergi ni majlis tak ramai orang jadi tenang je nak makan dan ambik makanan. Takde pulak gambar kat meja makan tapi kami duduk dengan kariah kg kami ni. Saya dok puji lawanya tempat ni....makcik sebelah cakap nanti buatlah majlis anak kat sini. Hehe....saya aminkan ajer la. Memang cantik pun. Makcik tu ingat Dania dah bekerja dah....


Ambik kesempatan la bergambar kat arch ni. Lawa ada kain dibuat scallop dan dihias bunga. 


Satu family pulak....


Cantiknya cottage ni. Sedondon warna cottage dengan baju Dania. 


Close up cottage inggeris ni. Depan cottage ada tasik dan nampak ada sampan juga. 


Cantik kan? Tempat ni saya pernah pergi kenduri kahwin 2 kali termasuk yang ini. 


Dania dengan pokok bunga menjalar kat sini. Warna dia striking sungguh. 


Dania ambik gambar ummi dan ayah pulak ok?.


Saya mengagumi keindahan alam kat sini. Cantiknya......


Bunga ni pulak kat jalan berdekatan dengan pelamin. Sweet je warnanya. 


Ni cenderahati yang kami dapat. Dalam ni ada cookies. 


Ambil gambar last sebelum menuju ke kereta.....


Kalau ada rezeki boleh la buat majlis perkahwinan kat sini.....

 Semoga cinta Nadhiera & Irfan sehingga ke syurga....💝





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. lawa betul tempat ni! i aminkan jugaklah doa utk dania tu heheheh souvenir tu pun cute betul!! pendek kata segalanya cute laaaa about this place and the event! dan gmbr dania posing2 sorang2 tu (1st pic esp) cantik sgttttt!! dania sesuai pakai warna gini dan baju tu suits her well (pnjg pulak i mengomen)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik sangat you....tu yang terpuji tempat ni cantik. Elok je makcik tu bersuara pulak....ingatkan Dania dah besar sangat....haha. Maknanya Dania sesuai warna2 pastel la ni....hehe tq Suzz.....i tak kisah pun komen you panjang ke pendek je.....tq sebab komen :).

      Padam
  2. Sukanya tengok bangunan rumah cottage tu, ala2 English cottage kan. Baju pengantin warna lavender, lawa sangat. Berapa agaknya nak menabung buat kenduri kawen anak kat situ kan? 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ala ala English Cottage. Baju pengantin lawa....semua kat sini lawa.....memang saya agak la kena bayar lebih la tu nak buat kenduri kat sini.....

      Padam
  3. lawanya tempat...
    semoga pasangan pengantin berbahgia hingga jannah..aamin

    BalasPadam
  4. Memang cantik!! Mesti seronok pemandangan indah.

    BalasPadam
  5. cantik tmpt ni....tp skarang cuaca panas kena bertabah nk posing2...sedap tu apam balik & cendol

    BalasPadam
  6. Tengok cottage dan sampan putih tu terus teringat Shukri Yahya punya wedding pun buat kat sini jugak dulu. Cantik dan luas betul tempat ni ye

    BalasPadam
  7. Memang cantiiiik kak 😍😍😍. Pantas lah banyak yg nak menikah di sana yaa.

    Tapi betul tuh, karena cuaca tropis Malaysia, kalo buat garden party tetaplah mesti ada kanopi. Tak kuat panasnya 😅

    BalasPadam
  8. Cantiknya tempat ni!
    Suka tengok cottage depannya ada tasik lagi.... Mcm scene dlm English movie pula :D
    Door gift tu sweet la, luv it.

    BalasPadam
  9. wahh..memang cantik tempatnya .. banyak port leh posing2 kan...

    BalasPadam
  10. Memang cantik la tempat ni...tunggu Dania nyer turn olak la nanti..eh...dania SA ke Dania Ezna? hahahaha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...