Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, May 23

Apa yang menarik di Star Education Fair?

Pada 5 Mei 2024 bersamaan hari ahad, saya dan Dania ada nak beli barangan kat Watson jadi kami ke IOI City Mall but before that singgah Star Education Fair di IOI Grand Exhibition & Convention Center. Dania kata ada lecturer masa asasi kat Exhibition ni. 

Sir Khairul Jauhari aka Sir KJ ni mengajar Matematik mengikut gaya/cara tuition MC+. Sir KJ kata terinspirasi dengan cara MC+ jadinya cara Sir mengajar memang menarik la. Aktif, lively......semua yang best la Dania cerita. Beruntung Dania dapat Sir KJ masa Sem 2 Asasi. Ni betul2 ya. Bukan saya menambah nak bagi best cerita ni. 


Lagi gambar....


Sir berminat nak tahu siapa yang mengikut jejak langkah beliau yang ambil pendidikan. Masa interview dalam kelas tu Sir tahu beberapa kawan sekelas Dania ada apply Pendidikan tapi yang dapatnya cuma seorang iaitu Fatini dapat Bacelor Kimia Pendidikan. Gang Fatini ni semua minta Pendidikan. Takde rezeki nak dapat pendidikan kerana nak lepas test MEDSI dan interview pun bukan senang. 


Ada beberapa booth institusi pendidikan kat sini. 


Oh masa ni dah last dah round kat sini. Dania dapat paper bag beserta brochure Asasi. Saya ambil sebab nak pass ke jiran saya yang berminat nak anaknya apply asasi di UPM.


Ada juga interview kerja kat sini. 


List para pempamer. 


Sebelum balik bergambar dengan barisan pegawai dari UPM. Hehe....Dania cam Cik Teh belah kiri sekali sebab kena deal masa ke bahagian akademik dulu. Hehe. 

Senyum senyum....'Berilmu...Berbakti' Motto UPM. 


Memang dulu-dulu pun saya suka ke Education Fair ni untuk mendapat input atau info yang berkenaan. 





XOXO,
Ezna

8 comments:

  1. bagusnya ezz u rajin attend event gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah dan I terjumpa orang KWSP pulak. Ada dia pesan something. Kalau ada masa nanti I citer kat blog.

      Delete
  2. Bagus dapat pergi event macam ni. Boleh cari lubang-lubang sambung belajar, mahupun yang cari kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Kalau tengah mencari kerja ke tempat nak belajar atau nak tahu info lanjut memang sesuai ke sini.

      Delete
  3. Replies
    1. Bukan cikgu MC+ tapi ni lecturer asasi yang mengajar macam cikgu2 MC+.

      Delete
  4. Ingatkan KJ dari Keluar Sekejap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ keluar sekejap tu siapa ya UG....ex YB Khairy Jamaluddin ke?.

      Delete