Jumaat, Mei 10

Melawat rumah kekal mama dan papa....

Dari Mutiara Damansara, singgah pula Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Area yang paling baharu tu batu nisannya seragam je semua berwarna putih. Cantik pulak nampaknya. 

Mula-mula ke pusara mama. Pusara mama paling senang sebab dekat ajer dengan roundabout kecik dalam kawasan ni. 



Rasanya memang ada orang jaga kawasan ni. Rumput atas pusara mama pun pendek. Ikutkan nak mencabut la kalau panjang kan.....alhamdulilah. Dulu saya ingat staff di pusara ni cakap atas pusara tanggungjawab sendiri. Mereka maintain kawasan sekeliling pusara sahaja. 


Pusara papa pula. Nasib baik nak cari ada tandanya.....ada no pusara orang lain yang sama nombor dengan kereta saya. Pusara papa ni just cabut sikit je rumput yang terjuntai tu. Pun rasa ada yang menjaganya. Nampak bersih dan kemas je. 


Selang satu pusara ni adalah pusara ibu kepada Tan Sri Dr. Rafidah Aziz. 


Tanah perkuburan kat sini ok la kalau nak pergi sorang-sorang pun. Kalau tingkat bawah tu pusara lama tu kawasannya agak muram sikit. 


Ha dekat roundabout ni la. Memang pusara mama tepi roundabout ni. 


Moga jumpa lagi mama.....kawasan pusara lama kat bawah ni la. Nampak suram je sebab pokok tinggi-tinggi. Kawasan atas ni kurang pokok tinggi-tinggi jadi agak panas jugak la. 


 Kalau turun area ni insya-Allah Ena melawat lagi.....Ena sentiasa mendoakan untuk mama dan papa....





XOXO,
Ezna

15 ulasan:

  1. Moga2 both ur parents ditempatkan di tmn2 syurga..and my late father jugak...tak pernah tak rindu..:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Suzz..... :) Moga mereka yang telah tiada ni ditempatkan di taman-taman syurga sebelum dibangkitkan di akhirat kelak. I aminkan part tu Suzz.....

      Padam
  2. Moga rohnya semua yang kita sayang, yang telah meninggal kan kita, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mulan moga mereka semua di tempat yang terbaik ya.....aamiin....

      Padam
  3. abe kie pun anak yatim piatu. setiap kali usai solat doa dititipkan kpd mrka berdua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah sama la kita AK. Moga mereka yang kita sayangi ditempatkan di tempat yang terbaik.....aamiin.....

      Padam
  4. bersih persekitaran kubur tu...rumput2 pun rapi ,,,kt sini ramai kubur mcm celebriti kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kubur yang bawah ni terasa macam suram Amy dengan pokok besar2. Celebrity tak sure pulak tapi ayah celebrity ada macam ayah Dato Fazley. Kat sini macam ex menteri pernah dengar jugak Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

      Padam
  5. tenang je nampak kawasan kubur tu kak...moga kedua mama papa akak sentiasa dalam rahmat Allah

    BalasPadam
  6. selalunya kubur yang berpokok agak suram sikit berbanding bahagian kubur yang tidak banyak berpokok.. perkuburan kampung saya pun macam tu. dulu rasa takut je nak pergi kubur apatah lalu tepi perkubur, tapi bila ada orang yang tersayang duduk disitu, terasa perkuburan tu tempat paling nyaman dan tenang. semoga kubur2 orang yang kita sayang dilapangkan dan dihindarkan mereka dari azab kubur. aminn

    BalasPadam
  7. Bersih dan terjaga kawasan tanah pekuburan di sini. Alhamdulillah..dapat kita ziarah.

    BalasPadam
  8. Biasanya memang ada staff yg menjaga kubur di kawasan masing2. Tapi kalo di kuburan papa mama mertua, suami sengaja pakai 1 staff yg dedicated utk merawat makam papa mama dan adik ipar bungsu saya. Jadi memang pakai biaya rutin bulanan lah.

    Vibe ke pemakaman memang selalunya muram. Makanya saya jarang pergi, dan lebih suka mendoakan setelah sholat. :( . Suami yg rutin ziarah ke makam orangtuanya

    BalasPadam
  9. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ
    kalau naik MRT selalu nampak kawasan perkuburan ni dari atas... mmg kemas je persekitarannya...

    BalasPadam
  10. Elok terjaga tanah perkuburan nie..
    Semoga arwah mama dan papa kak ezna ditempatkan dikalangan org yg beriman.. Aamin2

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...