Selasa, Mei 14

He & She tapi kami She & She…

Masa ni hantar Dania ke kelas kat Fakulti. Hari ni Dania kena berlakon sebagai seorang peguam untuk berhujah menyelesaikan satu kes. Eh eh kasut tu tak ikut warna tema la. Amboi seriusnya 'peguam' ni. Senyum pun tak....



Next class Dania pukul 2 petang jadi Dania solat dulu kat Fakulti sebelum ummi pick up ke main campus untuk subjek Etika dan Peradaban. Nak ke main campus dari Fakulti Pertanian ni dalam 5km. Kalau dari Fakulti Dania nak ke kelas ke main campus tu kena naik 2 bas jadi baiklah saya yang hantarkan supaya cepat sikit tiba kelasnya tu. 

Sempat lagi snack time tu untuk lapik perut. Snack pun tapi mengenyangkan jugak. Ummi dan Dania ke He & She sebab kelas Dania pun dekat-dekat sini je. 


Menu hari ini di sini. 


Kami memilih makan sandwich ajer. Sandwich ayam ni saya punya. 


Dania pilih sandwich tuna. Masa pun elok je Dania habiskan sandwich dia. 


Air cuma satu je guava smoothie. Dania mulanya nak minum air kosong dia je tapi akhirnya share juga air ni dengan ummi. 


Total....idak la murah sangat.....standard cafe macam ni kan....


Ni kat luar He & She. Bangunan kuning tu la kelas Dania. Berapa langkah je pun. 1.55 petang Dania pun gerak ke kelas. 


Doodle kat He & She ni menarik betul la....


Tepi He & She ni ada sepohon pokok yang ditanam oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada tahun 1974. Saya pun belum lahir lagi....


Oh...inilah pokok serdang. Pernah nampak ditanam kat jalan jugak ni. You alls pernah nampak pokok ni tak? 


Nak bawa kereta kat dalam UPM ni tunggu Year 3 tapi Year 3 pun nak dapatkan sticker boleh bawak kereta tu pun payah juga sebab UPM pun nak kurangkan kereta student dalam ni. Kalau tak sesak la UPM kan.... nak tak nak kena naik bas UPM....err ummi je la yang hantar.....dekat je pun.





XOXO,
Ezna

20 ulasan:

  1. ummi je lah hantar..sesambil ummi santai-santai..rileks2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe....ya la sementara ummi sihat.....

      Padam
    2. Insya-Allah... Semoga diberikan kesihatan dalam mengurus rumah tangga... Aamin

      Padam
  2. ooo 1st time i tahu ada pokok nama serdang ehheh..he n she tu dlm uia gombak ada, kat matriks uia gambang pun ada tp so far i lom ada chance nak masuk lepak2 dlm tu lagi hehhe zharfan kata dia ada jugak lepak2 mengopi dlm tu dgn kwn2 dia kat cfs gambang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak cawangan kat Uni I rasa Suzz....I saje pilih sini sebab senang Dania nak gi kelas. Wah santai tu Zharfan dan kawan2....ye la selain tu ada pastries dan cake juga kalau nak makan.....

      Agaknya saje tanam pokok serdang ni sebab UPM ni kat Serdang agaknya....hubby I kata pokok ni selalu kelawar suka.

      Padam
  3. Dania belajar satu subjek law je. Tapi ni pun Dania kata boleh tahan susah jugak.....aamiin untuk doanya. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Sedap nampak sandwich, cafe pun menarik. All the best Dania.

    BalasPadam
  5. makan sandwich sahaja ke ummi.. nampak lebih kurang je ummi dengan kakak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah sandwich je....itu pun lalu makan setengah je. Setengah lagi bawa balik.

      Padam
  6. Walaupun kita rasa mcm makan sandwich je, tapi zaman skrg ni yg dijual di kedai² biasa atau gerai² bekfes pun boleh tahan juga harganya. Apatah lagi kat kafe² gini...
    All the best Dania 💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH.....sangat setuju dengan kata-kata PH. Harganya memang boleh tahan. TQ PH! :)

      Padam
  7. Dah lama tak ke kafe He & She ni. Kat rumah saya kafe tu dalam Hospital KPJ Tawakkal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh rumah Carneyz dekat2 sini......mesti dekat dengan Restoran Haslam ya?.

      Padam
  8. Terkejut tengok sandwich harga RM12.90..hehehe... nampak nau MY jarang masuk cafe. asik lepak kedai mamak bantai roti prata je

    BalasPadam
  9. oo.. He & She ada sajikan sandwich. Biasa nampak croissant dan kek. Nampak sedap sandwich nya tu.
    Rupanya ada nama pokok Serdang, baru tau.
    Ummi je lah hantar dan ambil Dania, bolehlah isi masa.

    BalasPadam
  10. Oh iyaa dekat sangat dengan kelas Dania yaa 😄.

    Dania sedang memikirkan role play nanti mungkin, makanya serius saja muka saat difoto 😄

    BalasPadam
  11. Menarik sandwich nya...sandwich ayam tu tebal intinya..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...