Kalau saya seorang je kat rumah ni selalunya tengahari ni saya tak makan sebab pagi dah heavy breakfast. Kalau lapar tengahari barulah saya Grab Food kan je....malas nak keluar pulak.
Pilih punya pilih sebab tak tahu nak makan apa...jadi pilih makan dumpling mee soup. Pemandu grab order saya seorang wanita. Memang nampak lasak sebab muka ditutup sampai hidung. Menampakkan mata je. Bila hantar tu dia buka la penutup muka tu. Nak elakkan sunburn dan habuk la mungkin. Nurul Iman namanya. Takpelah kan...buat kerja yang halal pun.....
Order sampai dalam 20-30 minit.
Alhamdulilah....selamat dah tiba makanan dari Mohd Chan ni.
Mi dia tak campur sekali dengan sup jadi tak kembanglah mi ni.
Sedap betul soup ni. Clear soup je ni....saya suka soup macam ni....hirup pula panas-panas. Ada juga rasa minyak bijan sikit. Dania kalau ke Mohd Chan mesti order menu ni. Saya selalunya order menu lain tapi tiba-tiba teringin nak makan ni.
Selesai makan kenyanglah. Alhamdulilah untuk hari ini.
XOXO,
Ezna


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.