Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 11

Rumah contoh, kasut legend?

Selain daripada suka test kereta baharu di pasaran, ni juga family kami suka. Iaitu tengok rumah baharu di pasaran. Kiranya tengok kawasan, tengok rumah contoh. Ada kawan suami buat....dia jual rumah lama dan beli cash rumah yang baru. Rumah lama dah tentu harganya makin naik kan. Katanya nak bebas hutang rumah jadi bila bersara nanti tak fikir dah pasal nak bayar rumah. Rumah yang paling tinggi hutangnya compare dengan kereta. 

Kali ni kami ke area Cyberjaya. Pemaju perumahan ni PKNS. 


Ni bukaan hadapan rumah. Agak besar juga. Saya agak kalau kereta kecil boleh muat 3 buah kereta. 



Dania kat salah satu bilik ruang atas. Atas ada 3 bilik. Bilik ni dan bilik sebelah sama besar dan masing2 ada bilik air sendiri. 


Ni pula bilik sebelah. 


Ni kat ruang atas. Disebabkan siling tinggi, boleh buat platform ni kat loteng. Kat rumah contoh ni dia buat ruang bekerja kat atas ni. Unik juga kan cumanya tangga ni agak curam. Saya gayat nak panjat atas ni. 


Ni kat master bedroom. Luas sangat. 


Ni ruang nak pergi tandas. Ada walk in wardrobe pula. 


Tandas dia dah siap buat macam ni. Ada 2 singki juga. Kalau gini, satu suami punya, satu singki isteri punya. Haha. 


Ni la ruang rehat family bahagian atas dari view tepi. 


Boleh nampak kat sini tangga ni siap bahagian tepi railing tu dari cermin dan tangganya dilapisi kayu laminate. 


Ni bahagian bawah. Hujung sana ada bar counter dan tepi tu diletak meja makan. Dapur basah pula di bahagian belakang. Rumah ni bukaannya habis dah takde tanah jadi tak payah dah nak buat renovasi nak besarkan rumah. Memang luas sangat kalau masuk rumah ni. 


Kat sebelah show unit yang dihiasi perabot pun ada show unit yang kosong. Ni master bedroom. 


Tadi kita masuk rumah yang ada sentuhan interior designer kan. Rumah ni memang dibiarkan kosong. Jadi kalau beli unit ni memang exactly macam ni la yang kita dapat. Lantai pun laminate kayu. Ha tandasnya pun memang dah siap design macam ni. Macam hotel pulak saya rasa. 



Pintu dia memang tebal. Setiap pintu dalam rumah ni memang semuanya jenis tebal. Kat bawah memang ada pintu yang luas dan sliding door. 


Lepas tu saje la nak tengok promo rumah PKNS kat PKNS Bangi ni haa....
Ni lah rumah yang kami tengok tadi. Ada 2 tingkat dan 3 tingkat. 3 tingkat ni semua corner atau end lot. 


Unit ni pun cantik tapi terletak di Rawang. 


Close up model rumah yang kami tengok tadi. 


Berdekatan dengan pameran perumahan PKNS juga ada pempamer kasut dan jualan tiket konsert Rock orang lama macam Mus May, Ramli Sarip etc. 

Ada juga kasut legend ni Fung Keong. Sebenarnya saya tak pernah dengar. Suami kata dia pernah pakai masa zaman sekolah dulu dulu. Macam dah stop production dan kini kembali lagi. Harga limited edition ni RM150 tak silap saya. Hanya ada 500 unit sahaja yang dijual. Bentuknya seakan-akan Converse. 

Siapa yang pernah pakai kasut Fung Keong?. 


The Legend is back katanya. 


Ni kat parking kereta ni ada jual cendol. Cendol ni sangat pelik sebab semata-mata ais + cendol. Kacang @ jagung kalau nak tambah kena add on RM1. Ni first time saya makan cendol kosong macam ni. 😆. Gambar pun blur semacam sebab cuaca sangat panas. 







XOXO,
Ezna

20 comments:

  1. suka juga tgk rumah contoh ni..dpt feel2 mcm kita yg nk bli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Amy....suka sangat tengok. Boleh bagi idea dekorasi rumah kita gak.

      Delete
  2. luas tul rumah contoh tu. teringin nak beli satu. agaknya berapa harga? done follow ur blog. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harganya RM900,000++ . Boleh contact kat salah satu gambar di atas tu juga untuk info selanjutnya.

      Delete
  3. bahagian depan rumah tampak luas. saya suka!

    kasut tu mmg legend dlm kalangan bdk lelaki kat sekolah dulu... tak tahu pula ada keluar lg skrg kasut ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kasut tu kuar cuma 500 pasang sahaja kat Malaysia ni dan harganya mahal la juga. Dulu memang best la harganya murah sikit. Dah limited edition dia jual mahal.

      Delete
    2. 500 pasang je? sekali serbu habis trs😁

      Delete
    3. Tak juga sebab ada lagi tu. Katanya nak keluar warna maroon pulak bulan Ogos ni. Hanya yg minat je sanggup beli. Harga dia tu....

      Delete
  4. rumah yg besar cantik adalah impian semua org, tp kemampuan kita semua berbeza...so i bersyukur seadanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Suzz. Apa pun kita bersyukur apa yang kita ada sekarang. Selain suka tengok kereta dan motor baru di pasaran, hubby I suka tengok rumah baru pulak sekarang ni. Jadi I pun join sekali la pi tengok. Rumah I suka. Kereta dan Motor I tak nak join. Hehe.

      Delete
  5. Eh, sama la hobi kita, tengok rumah contoh hehe. Suka tengok ID rumah contoh sebenarnya sambil berangan2 nak buat macam tu jugak kat rumah sendiri 😅 Fulus je takde hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kadang2 leh la kita cuba ubah kedudukan perabot rumah. Kalau ada rezeki lebih boleh la buat renovasi kawasan kat rumah tu.

      Delete
  6. Fung Keong tengah open oder limited edition kasut Osman Tikus / Pyanhabib. Jangan lupa oder tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Ni suami la yang pernah pakai kasut ni. Nanti nak bagi tahu dia.

      Delete
  7. Rasa macam pernah dengar kasut Fung Keong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak pernah dengar tapi memang suami saya pakai masa zaman sekolah dulu. Kira kasut legend buat come back gitewww...

      Delete
  8. chauntek rumah contoh ittewww., hehe

    ReplyDelete
  9. cantiklah rumah tu..
    kasut pon cantikkk hehe

    ReplyDelete
  10. cantiklah id rumah kt cyberjaya tu... brplah agaknya rumah contoh tu... bestnya kalau byk duit bawak masuk baju je pindah rumah contoh

    ReplyDelete