Khamis, Ogos 31

Tapak Urban Street Dining Cyberjaya | Food Truck

Lepas kami ke Tasik Cyberjaya, kami menuju ke 'Tapak' Food Truck di Cyberjaya. Post sebelum ni saya ada beri tahu yang saya akan postkan cerita kalau saya makan kat food truck Tapak ni. Masa datang kali pertama tu just minum air panas dan beli pavlova dan kek red velvet je. 

Kali ni kami nak makan berat malam dan kat sini memang banyak food truck yang menjual aneka hidangan panas. 

Dania order kat food truck ni, Mac and Cheese. 


Kalau nak makan snek seperti otak-otak dan pepes ayam, sila la ke food truck ni. 


Abang Ejam masak apa yang special tu? Ada nasi ayam goreng kunyit, nasi daging goreng kunyit, nasi sotong goreng kunyit, nasi udang goreng kunyit. Goreng kunyit ni ala ala Mat Rock....


Kalau nak makan ayam je pun ada kat sini...Ali's Fried Chicken. 


Keropok lekor ada, Tauhu bergedil ada, nasi kerabu ada. 


Haaa kalau food truck ni agak western sikit sebab menjual carbonara, buttery tomato pasta, asparagos and beef bacon pasta, chilli lime seafod olio, aglio olio, burrito, tacos, supreme cheese nachos, cheesy fries dan cheesy quesadilla. 


Dah nak menghampiri senja nan merah. 


Dania punya Mac and Cheese. Dania kata ok je sebab pernah makan yang sedap lagi. Ada letak meatball juga. 


Ni saya punya chilli lime seafood olio. Sedap....saya suka. Bahan-bahan pun banyak ada udang dan crab stick. 


Yang ni memang sangat sedap. Cinnamon Croffle. Crunchy dan kena je dengan taburan cinnamon dan gula. Dah la bau wangi sangat. Suami dan Dania pun kata sedap. Saya suruh semua orang rasa. Beli satu je pun untuk share kami bertiga. 


Food truck ni menghidangkan sate. Kalau tak nak berat sangat boleh la tukar dengan ni. 


Yong tau fu ni sedap juga tapi tak beli sebab baru-baru ni pun dah makan Yong Tau Fu.


Bro ni angkat tangan lagi bila saya ambik gambar tapi takde pulak dalam gambar ni. Food truck jual coconut shake. Dania kata sedap. 


Seteguk ni jual air, ilaparlah jual spicy butter clam, cheese fries, fried fish, lekor cheese, pop corn chicken cheese, crispy chicken burger. 


Ace Kitchen dan Walla Walla sebelah menyebelah. 
Ace Kitchen : Mee Goreng, Kuey Teow Goreng...
Walla Walla : Takoyaki, burger, korean fried chicken, cheesy fries, fishy fingers, mussels melt, mari mari calamari, prawn popper. 


Ala gambar tak cantik tapi letak juga la. 


Burger suami ni halus je nampaknya. 


Isi dalam tak berapa menarik. Warna dull je tapiiiiii rasanya sedap ok.....perumpamaan don't judge a book by its cover tu tepat sekali. Kalau nak bagi warna sikit boleh la masukkan buah tomato ke.....supaya naik seri burgernya. Buah tomato tak ada. 


Tapak Urban Street Dining Cyberjaya di Persiaran Rimba Permai, Cyberjaya. 
 

Tamatlah kisah Tapak ni. Sekarang ni macam trend pula tempat makan ala food truck ni. Kat Bandar Baru Bangi ada depan PKNS Bangi, Kat Putrajaya ada dua kat Presint 14, Putrajaya dan Presint 2 berdekatan dengan Umai Cafe. 





XOXO,
Ezna


9 ulasan:

  1. Bestnya, semua makanan nampak sedap.
    Husband sis mesti staff Petronas kan 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak. Pakai baju ni yang beli masa Axiata Cup Bukit Jalil. Masa tu Petronas buat event kat Axiata Arena tu.

      Padam
    2. Oh, ingatkan staff Petronas sebab Petronas rajin bagi t-shirt percuma dekat staff sebab tu staff Petronas selalu pakai t-shirt ada logo syarikat hehe.

      Padam
  2. Tapak ni tak silap ada kat tempat lain juga kan ?
    Sedap-sedap belaka makanannya. Mujur dah dinner :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul macam ada kat KL jugak. Makanannya banyak pilihan. Nasib baik dah dinner ya....

      Padam
  3. menarik belaka menu mknnya :) memang trend sekrg food truck style ni...anyway, my fav is aglio olio tuuuuu terliur hahahhah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suzz.....aglio tu sedap you. Udang banyak.....sedap....

      Padam
  4. Sedaaaaaap semuaaaa sepertinyaaa 😍😍😍😄. Eh tapi tak ramai ya kak? Saya macam excited waktu lihat food truck dengan tulisan Keropok Lekor 😍😍😍😂. Ini jajanan favorit saya sangaaaaat 😄😄😍😍😍. Saat di Penang kemarin, saya lelah cari penjual keropok lekor yg saya sering beli saat sekolah. Tapi tak ada lagi

    Akhirnya pas naik grab ada driver kasih tau di mana nak cari keropok lekor di Penang. Langsung saya kesana kak. 😂. Beli 5 Ringgit, ternyata anak2 saya sukaaa 🤣🤣🤣.

    Kalau tahu begitu, saya beli 20 Ringgit biar puas 🤣🤣

    BalasPadam
  5. Sekali sekala makan outdoor mcm ni best juga..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...