Hari minggu kami...pagi ni kami ke Putrajaya sebab nak jual minyak masak terpakai. Ada 5 botol dalam size minyak masak 5kg.
Ok dah tiba kat Petronas Putrajaya 1, Presint 9 di Putrajaya. Cari tempat yang ada kanopi ni. Nampak ada beberapa orang juga yang jual minyak masak terpakai mereka.
Program ni hasil usahasama Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan Petronas. Program yang baik untuk alam sekitar sebab nak tukarkan minyak masak terpakai ni kepada minyak biodiesel. Guna untuk minyak kapal terbang.
Setiap 1kg berharga RM3 dan akan ditukar kredit ke apps Setel. Dalam masa 3 hari dapat la kredit ke Setel kita.
Ha berapa kg kami punya minyak masak terpakai ni?
23.5kg X RM3.00 = RM70.5.
RM70.50 tu akan dikreditkan ke akaun Setel.
Haa dapat la juga hasilnya dengan menjual minyak masak terpakai kita je.
Lepas tu singgah makan kat food court kat Presint 9 tu dan lepas makan, Dania bagi kucing treats. Memang bawa dalam handbag dia. Ummi setakat nak ambik gambar ke video berani tapi bila kucing tu berjalan ke depan dah cuak pulak. Haha.
Suka betul kucing ni dengan treats perisa scallop dengan ikan tuna.
Lepas tu ke mana kita?. Kat Putrajaya ni ada pasar Myfarm Outlet.
Bawa beg untuk masukkan barang yang dibeli.
Ni bahagian basah ikan dan hasil laut. Ada beli lala dan sotong kembang kat sini.
Lala yang masih hidup lagi ni....bergerak dia...
Bahagian sayur ni saya ada beli ulam pucuk paku. Nak buat tumis je nanti. Hari tu ada masak putih. Selain daripada itu ada beli sayur kucai juga. Mungkin nak buat kuey tiaw goreng nanti.
Itu je la aktiviti kami. Selebihnya duduk rumah je la. You alls pergi mana weekend?.
XOXO,
Ezna
Wah bagus ada program macam ni. Banyak juga dapatnya selain itu dapat menyelamatkan paip dan longkang dari minyak. Kadang tu ada yang buang minyak ikut sinki. Cepatlah tersumbatnya nanti tu.
BalasPadamTu lah kalau kita pun buang minyak melalui sinki kita...lama2 mau tersumbat sinki kita tu.
Padamu sebut pasal pucuk paku..i mcm craving plak teringin nak masak/mkn pucuk paku hahahha
BalasPadamLa ye ke?. I suka pucuk paku ni you. Masak lemak sedap juga campur dengan udang. Tumis gitu dengan ikan bilis pun sedap juga.
Padamnieyl pun jual juga mintak terpakai..tapi selalu ada lori dpt ambil, kalau tak silap nieyl 1kg rm2.80 dia amek..selalunya dapat duit minyak tu nieyl beli minyak masak baru hehehe..
BalasPadamOk la kan...dapat duit lagi kalau jual.
PadamLumayan juga jual minyak masak terpakai. Belum buat lagi cara ini.
BalasPadamNi kebetulan Petronas ada war war kan. Alang2 simpan minyak terpakai, kita pun jual la. Dapat juga untungnya.
Padambanyak gak rezeki tu, inisiatif yang baik kan, tempat kak ana ni tak ada pula kak ana tahu ada program macam gini.
BalasPadamNi di bawah kolaborasi Petronas dan Kementerian Perladangan dan Komoditi ni tapi kat tempat lain mungkin ada juga.
Padambest tu Ezna bila dpt tukar dan in return tambah $$ dalam Setel, akak cuma tukar dengan minyak dan barangan lain
BalasPadamOh? Boleh jual ke?
BalasPadamBoleh uncle. Kat sini RM3 untuk 1 kg minyak masak terpakai. Dia nak tukarkan minyak ni jadi minyak biodiesel.
Padambila cakap pasal myk msk terpakai boleh dijual ni, sy teringat hal 2 thn lps. sy share kat group WA psl ada org nak beli myk msk terpakai ni. at the end sy kena gelak berjemaah dlm group tu. siap ckp ada ke org nak beli, kolestrol laa apa laa... sy tahu laa dlm group tu ada cikgu sains tp dia pun sm gelakkan sharing sy tu. sejak tu sy jd tawar hati nak share benda2 yg bermanfaat mcm ni. pd hal dah lama sy tahu yg myk msk ni boleh dijual. sy pernah tgk kat majalah 3.
BalasPadamehhh terpanjang pula pd hal nk komen pasal lain hahaha
Takpe anies luahkan je. Nampaknya info Anies lagi bagus dari cikgu sains tu. Tak sepatutnya dia gelakkan.
PadamLumayan hasilnya 👍
BalasPadamKami biasanya jual di Alam Flora subsidiary, ada di Batu Caves ni...
Oh ada juga kat sana ya. Ok juga siapa nak bagi duit tambahan kan....
PadamNasib la jauh..kalau dekat dah lama dah SAa habiskan weeknd dengan macam2 aktiviti..sesekali boleh la pi sini...
BalasPadambelum pernah lg jual minyak terpakai... mcm not bad jugak harga diorg ambik kan?
BalasPadam