Balik ajer IOI City Mall selepas mengundi tu, rehat dulu. Lepas Zohor baru la sinsing lengan nak memasak. Itu pun terasa macam nak masak tomyam je sebab nak habiskan stok lala. Kalau biarkan lama2 takut tak fresh nanti kan....
Dania tolong la ummi masak. Potong-potong pucuk jagung, asingkan bahagian tengah daun limau purut, belah dua cili api. Letak 7 biji cili api tu. Nak bagi pedas sikit. Potong bunga kobis, buah tomato, daun ketumbar, cili merah, serai. cendawan butang. Lauk utama dalam tomyam ni lala dan udang.
Saya guna paste Tom Yum Kung Thai tu. Kalau masak sendiri, banyak la isi kita letak kan. Paste tu nak kena sesuaikan dengan air juga takut tak rasa je nanti paste tu.
Last sekali baru masukkan cendawan butang sebab tak nak bagi lembik sangat. Ok terlupa nak masukkan lobak merah pulak. Ada beli tapi terlupa langsung pasal lobak merah.
Dah siap hidang baru masukkan buah tomato ke dalam tomyam. Saya suka buah tomato ni takde la lembik sangat bila makan. Bila makan, eh eh tak pedas langsung. Cili api 7 biji dalam ni tak rasa pun. 😅

Pair kan pula dengan telur dadar yang saya letakkan buah tomato, cili merah dan bawang. Perasakan dengan garam dan lada putih. Kami ni peminat bawang jadi selalunya bawang tu memang banyak juga dalam masakan.
Ok dah siap....
You alls suka ke makan tomyam?. Ikutkan nak masak tomyam putih tapi Dania kata tak kisah kalau masak tomyam merah pun.
XOXO,
Ezna
tom yam & telur dadar..memang perfect dah. fav anak2 MA ni...
ReplyDeleteBetul memang perfect sangat kombinasi keduanya.
DeleteRugi siapa tak suka tomyam hehe...
ReplyDeleteAda yang tak suka juga kan....saya suka...hehe
DeleteSukaaaaa! Mmg kena pair dgn telur dadar, baru paduuu!
ReplyDeleteSetuju!!!
Deletesedapnya tomyam ni kalau makan panas-panas
ReplyDeleteBetul, hirup pula kuahnya tu....
Deletetomyam kalau masak mesti kena ada telur dadar kan..mmg kombinasi yang yummy
ReplyDeleteAh ah setuju. Kombinasi yang yummy!
Deletesuka tomyam...bila ada tomyam wajib ada telur dadar
ReplyDeleteBetul Amy!
DeleteHusband ngan anak2 ammi suka sgt tomyam…ammi ni je yg kurang suka
ReplyDeleteOh Ammi tak suka....
DeleteTomyam nih favorit sayaaa 😍😍😍. Bersyukurnya paste dia banyak dijual di mana2, karena rasanya kalo nak buat sendiri paste tuh tak mampu lah 🤣🤣.
ReplyDeleteKemarin balik dari Penang, saya beli paste Tomyam , untuk masak di rumah. Memang sedap, walopun pakai paste instan. Tapi isian dia bisalah kasih banyak kan 👍🤤
Paste tu kita pakai yang siap je lah. Hehehe. Oh fanny juga sukakannya.
DeleteWah! Telur dadar tu pelengkap!
ReplyDeleteBetul Uncle.....
DeleteSuka tomyam! Kalau ada udang, confirm Cuya gatal2.. hahaha
ReplyDeleteSama juga macam Dania. Tak boleh makan banyak-banyak. Ada orang tak boleh makan kan nanti eczema pula....
Deletemy family pun suka tomyam hheheeh tapi suka yg kat kedai sbb kuah mcm pekat (dia letak santan kan rasanya)...if i masak, guna paste so tak jd rasa mcm yg kat kedai
ReplyDeleteOh tomyam taruh santan I tak pernah buat tapi hubby I pernah makan tomyam yang letak air kelapa.
DeleteTelur dadar dan tomyam memang kombinasi yang serasi...
ReplyDeleteTepat sekali SA!.
Delete