Rabu, Ogos 9

Meow sana sini | Taman Kucing Taman Tasik Cyberjaya

Kalau dapat ke sini, Danialah yang paling teruja. Kami ke sini waktu pagi. Tiba sini 15 minit sebelum Taman Kucing ni tutup jam 11 pagi. 


Taman Kucing ni berdekatan dengan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Dulu, Dania pernah ada kelas memanah kat sini. 


Kucing diletakkan di dalam rumah kucing yang luas. Kucing kat sini terdiri daripada kucing jalanan yang dijumpai/ditangkap oleh Jabatan Kesihatan MP Sepang di medan selera dan pusat penjaja daerah Sepang. Ia dibina untuk memberi perlindungan kepada kucing jalanan agar terpelihara dan dilindungi. 


Dania main-main dengan kucing dalam rumah ni. Ada je kucing yang datang dekat dengan pengunjung nak bermanja. 


Contohnya kucing ni. Kemain manja ya. 


Kat dalam rumah ni disediakan tempat main kucing juga. Ala ala pondok kucing. Ada buai kucing jugak. Nampak selesa jugak sebab tempatnya luas untuk kucing-kucing bergerak bebas dalam tu. 


Kalau kucing warna oyen dengan ekor macam ni maknanya kucing ni nak berkawan.


Kalau nak tahu perasaan kucing tu kena tengok ekornya. 

Credit : Google

Dania nak pegang kucing tapi jauh pulak kucing ni. 


Dania si pencinta kucing. Kemain seronok dapat masuk sini. 


Nampak sihat2 juga kucing kat sini. Maknanya dijaga dengan elok la. 


Kat sini ada kucing yang kecik2 juga. 


Kat dalam rumah ni tersesat seekor kucing hitam putih yang bersaiz kecil ni. Aktif kemain. 


Kat sini rumah kucing agak kecil sedikit. 


Nak adopt kucing?. Haa tengok la harganya ya. 


Comel betul yang warna calico ni. Kucing calico ada 3 warna. Kebanyakkannya kucing betina. 


Ada juga tempat duduk bulat-bulat kat sini. 


Kalau nak buat sumbangan ubat-ubatan dan makanan kucing boleh letak dalam ni ya. Jom sumbang seorang sedikit. 


Taman Kucing ni menghadap Tasik Cyberjaya. Dalam tasik ni ada banyak bunga teratai. 


Dalam kawasan Taman Kucing pun terdapat pokok buah nangka. 


Ada juga buah-buah nangka saiz kecil juga. 


Oh macam ni Taman Kucing ni. Kucing takde la bebas berlari macam tu. Dimasukkan dalam rumah berkunci. 

Petang pula, saya nak buat projek kecil-kecilan. Saya contact beberapa orang untuk cari sedikit sumbangan untuk beli makanan kucing. Jadi saya survey dulu harga kucing kat Aeon Big Alamanda. Mana yang paling murah tu yang saya akan beli untuk utilised duit sumbangan. 



Ada juga tengok Smart Heart, Friskies semua tapi makanan kucing yang paling murah sekali ProDiet berharga RM15.49 untuk pek 1.4kg. Kalau Powercat harga dia RM19.49 untuk pek 1.3kg. Jadi saya beli 10 pek makanan kucing ProDiet. 


Kami tiba kat Taman Kucing Cyberjaya pun dalam 20 minit sebelum tutup pada jam 6 petang. Hari ni je dah 2 kali berkunjung ke sini. Kami bertiga agih2 la bawa makanan kucing ni. 

Beliau adalah staff Taman Kucing. Beliau masukkan semua makanan kucing dalam pejabat. Errr beg tu saya nak balik sebabnya tu beg saya bawa untuk shopping groceries. Dapat masa event Mamee Sheila Majid. 😅


10 pek semuanya disimpan rapi dalam pejabat. Terima kasih kepada penyumbang2 (Ada beberapa penyumbang projek kecil-kecilan saya ni) yang baik hati. Moga murah rezeki ya....😍

Dania ni kalau ada aktiviti macam ni memang saya libatkan juga supaya nanti boleh la juga involved dengan aktiviti seumpama ni di masa hadapan. 


Taman Kucing ni dibuka kepada orang ramai pada hari : 

Credit : fb Taman Kucing Cyberjaya

Jom Taman Kucing Cyberjaya!





XOXO,
Ezna


 

21 ulasan:

  1. Bagus ada pusat jagaan kucing terbiar macam ni

    BalasPadam
  2. insya allah kalau saya kesempatan ke cyberjaya nanti sy nak singgahlah... selalu pergi ke sana asyik cari makan je kali ni nanti cari kucing pula haha

    BalasPadam
  3. Teringin juga nak visit tempat ni. Bagusnya ada taman kucing kalau kat Seremban ada jugaklah tempat stray cat menumpang kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kat sana pun ada ya?. At least yg diselamatkan ni boleh la hidup sihat kat sini.

      Padam
  4. ooh dekat dgn opis wak nih, tp mcm x minat pula dgn kucing., huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak minat kucing ke?...hehe sama la bukan tak minat tapi takut....

      Padam
  5. Alololo... tak gaduh pulak kan ramai2 macam ni...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedar diri agaknya sebab semua pun kena angkut jadi kena buat baik sesama mereka. Hehe....

      Padam
  6. Okey SA nak bawak Dania pergi sini la nanti one fine day..tunggu mama settle majlis..bleh bawak si kembar dan Dida jugak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama settle semua then mama boleh ajak semua.

      Padam
  7. laaa.. tak pernah tahu pun taman kucing nih ... mesti anak suka nak pi tk

    BalasPadam
  8. we should have more taman kucing mcm ni sbb stray cats are everywhere...terbaek lah u buat project donate cat food tu ezz...barakallah fiik

    BalasPadam
  9. eh taman kucing ni bila bukak kak? knp kami x tau pun... mst anak² suka kalau bawak ke sini... dlu la selalu ke putrajaya skrg dh jarang dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru je bukak tahun ni rasanya. Kami pun baru tahu sebab anak yg suka kucing tu bagitau.....

      Padam
  10. alaa visitors tak bleh masuk ke dalam rumah berkunci tu mmg bleh tgk dri luar je ke ? :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya visitor tengok dari luar sahaja. Kalau nak masuk untuk mereka yang sukarelawan menjaga kucing atau staf mereka sahaja.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...