Isnin, Ogos 7

Bila bertugas untuk sediakan hamper

Ada satu hari tu suami cakap dia kena bertugas sediakan hamper sebanyak 22 buah sempena sambutan surau dekat rumah saya ni menginjak 10 tahun usianya. Maknanya kami kena pi survey barang apa nak bagi dan untuk stationery untuk balut hamper tu. 

So, saya dan suami survey la harga kat Eco Shop sebab harga sangat berpatutan. Ni kat rak sabun tangan. Berkenan juga saya dengan sabun tangan ni. 


Kalau nak masukkan sekali sos cili, sos tomato, kicap dan sewaktu dengannya. 


Rak kek pulak. 


Rak biskut. Nabati ni sedap biskutnya. Beli yang karamel. 


Air kotak ni pun ada beli. 


Tart ni pun ada beli untuk penceramah. 


Masa balut hamper ni, Dania kat kolej. Kalau tak, mesti Dania suka tolong susun dan ambik barang-barang. 


Pembalut hamper ni beli kat Pustaka Rakyat dan dapat 10% off sebab saya ahli. Kalau boleh save duit why not kan?. Nak beli semua warna ungu tak cukup pulak jadi pair dengan warna pink juga. Bakul hamper ni beli kat Eco Shop. 


Hadiah No. 1 saya akan letakkan bunga ni. Bunga ni diperbuat daripada tisu yang saya beli kat Kaison. Dah lama ada pun. Guna je tisu ni. Dulu guna untuk hias sekolah Dania. Tisu ni pula ada print gambar unicorn. Tu la pasal warnanya pastel macam ni. 


Masa ni penyampaian hadiah untuk para pemenang. Saya datang kejap la nak ambik gambar hamper yang saya gubah. Hehe. Bila orang tanya kenapa ada hamper ada bunga, ada yang tak ada bunga?. Apa lagi....of course saya boleh jawab kan?. Hamper No. 1 je ada bunga sebab nak bezakan dengan No yang lain. Special sikit la ada bunga. 

Berani datang sebab ada suami kat sini. Idak....segan juga. 
 

Suami dengan salah seorang AJK surau. 


Close up bunga.


Bila semua hamper yang saya gubah disusun atas meja.


Ada talk dari bekas pemain sukan. Tak ingat siapa.....


Semua hamper telah dilabel dengan kertas berwarna lebihan kraf yang buat masa Dania sekolah. Dulu, masa Dania kena prepare projek dan kena binding semua....saya akan letak kertas berwarna ni untuk mencantikkan lagi projek Dania. Hehehe....

Ribbon tu saya padankan warna ungu kegemaran saya dan warna silver. Dah saya yang gubah, saya juga tentukan warnanya. Hehe. Suami cuma handle bab kewangan je la dan tukang angkat barang-barang ni. 




Dulu2 masa sekolah, lukisan Dania saya yang lukis. Ada salah satu lukisan kena lukis gambar orang. Saya lukis yang ni. Seorang jejaka yang sangat dikenali sedang mengambil gambar. 

Lepas tu bila balik sekolah, Dania cerita....ummi kawan Dania ada yang cakap...Dania lukis gambar Jungkook la 😆. Haha rasa nak tergelak ummi. Maknanya ada yang kenal gak siapa yang saya lukis tu. 😜. Minus 'subang yang dia pakai la'. Ummi tak lukis yang ni. 

Credit : Google

Akhirnya kan saya cakap dengan suami, tak payah la handle bahagian hamper lagi. Penat saya kata....bahagian lain mungkin ok kot. Walaupun 22 buah hamper tapi nak kena fikir nak beli apa, kena beli alatan hamper, kena hias hamper dan kemudian nak kena angkut pula hamper hantar ke surau. Woah.....penat pulak rasanya tapiiiii kalau saya kena hias je hamper tu saya ok je kot. 😅





XOXO,
Ezna



20 ulasan:

  1. banyak jugak tu 22 hamper kena buat semuanya but kalu MA....suka je buat2 mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya memang suka buat tapi kalau ada penolong. Penolong masa ni kat kolej.

      Padam
  2. mmg penat la kalo tkde pembantu..dr nk bli brg, nk balut hamper lg tp kalo okla ni berseni juga...kita bab2 balut hamper mmg bye2 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua kita nak fikir ni agak memenatkan. Ala Amy balut je camne pun janji tutup semua.

      Padam
  3. memang... AJK hadiah penat memikir nk beli apa... survey harga... wrapping lg... baik AJK sijil & pendaftaran.. hehehe

    BalasPadam
  4. Terbaik la sis, cantik bungkusan hamper tu. Hadiah pun semuanya ok barang yg boleh guna / makan. Pandai sis dgn asben pilih 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah sebab AJK yang lain setuju barang yang kita guna tapi nak fikirkan apa nak dibeli tu yang rumit sebab nak padankan jugak dengan peruntukan yang diberi.

      Padam
  5. Well done!
    Sy hari tu buat food basket utk kawan, itupun dah tak nak repeat dah rasanya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha tudia kalau 1 ok lagilah. Boleh belek2 yang tu je....saya siapkan yang 22 ni terus lepas tu pening. Agaknya sebab concentrate kat tu je jadi otak penat. Hehe.

      Padam
  6. memang berbaloi buat hamper dari kedai eco ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah berbaloi sebab harganya berpatutan sangat.

      Padam
  7. tabik la ezz rajin sgt u dan kreatif! syabbbassss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihhh tabik lagi haa...takde la suzz bab ni memang I suka buat cumanya buat sorang2 tu yg agak melelahkan.

      Padam
  8. wahh berseni tangan akk yaaa
    Kalau Cuya, cacar marba jadinya...kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cuba tak tahu lagi Cuya. Mana tahu berseni jugak tu....

      Padam
  9. Pandai gubah.
    Kena buat sensorang daripada beli barang kemudian gubah memanglah penat.
    Hehe harap yang dapat gembira terima hamper tersebut.

    BalasPadam
  10. Uish..Cantik..Berseni..dan. Gigihnya! Saya dua tiga hamper pun rasa nak mintak order kedai aje... Hahahaa.. X berseni atau malass.... gituhlaaa..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...