Jumaat, Ogos 18

Sempat wefie sebelum pesawat terhempas di Elmina

Semalam, kita digemparkan dengan berita pesawat persendirian terhempas di Elmina berdekatan dengan rainbow bridge. Baru beberapa hari sebelum insiden kawan saya post tengah 'healing kat raindbow bridge'. Cantik pula bridge ni berwarna-warni. 

Pada hari kejadian, Exco Pahang, dilaporkan menaiki pesawat bersama lima penumpang, juruterbang dan pembantunya. Kiranya 2 kru pesawat dan 6 penumpang. Pesawat beliau dari Langkawi ke Subang. Pesawat itu mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. 2 minit sebelum mendarat....pesawat itu terhempas. Ada wefie juga pada hari kejadian.

Datuk Seri Johari Harun, Adun kawasan Pelangai....duduk dua dari kiri berbaju putih. 

Credit : Google

Dalam pesawat sahaja ada 8 orang dan kesemuanya maut. Ada dua lagi orang awam, pun maut. Seorang penunggang motosikal dan lagi satu pemandu kereta. Kereta itu pula dikenalpasti sebagai kereta Grab dan sekarang dalam penyiasatan jika ada penumpang pula yang terlibat. 

Saya juga ada ternampak video penunggang motosikal tu rentung. Siapalah yang share tu kan....takde hati perut. Saya ingatkan apa yang dishare tu sekali gambar orang. Terkejut la juga. 

Kemudian saya teringat juga nak tanya kawan saya yang tinggal di Elmina. Beliau tinggal di Elmina East. Kejadian berlaku di Elmina West. Bunyi letupan kuat di area Elmina West. CCTV pun boleh bergegar disebabkan pesawat jatuh terjunam. Impak yang sangat kuat. 😓



Lepas tu kawan saya tu cakap la yang kawasan Elmina ni memang kawasan helikopter dan pesawat lalu sebab nak mendarat di Lapangan Terbang Subang. Pernah ada penduduk yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana bila pesawat nak mendarat akan ada bunyi yang bising. 

Kawan saya kata kadang bila masa pesawat nak mendarat tu siaran TV pun boleh terganggu dan blur. Bila dah jauh sikit baru siaran TV tu ok. Sampai macam tu sekali. 😲

Moga mereka yang terlibat dikurniakan tempat yang terbaik di sisi Allah. Kepada keluarga yang ditinggalkan....moga dipermudah menghadapi hari-hari yang mendatang. 😔 

Ada seorang wartawan interview ibu kepada salah seorang mangsa kat Hospital....perkataan terakhir arwah pilot Captain Shahrul Kamal Roslan kepada ibunya ialah 'adik sayang mama sangat-sangat'. Menangis ibu mangsa bercerita dekat wartawan tu. Beliau merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Beliau dua beradik. 

Di sebalik kisah kawan saya Junaidah Zainuddin iaitu bekas pengacara Nona dan Fabrik di TV3 pula, Captain Shahrul merupakan co pilot suaminya ketika mereka sama-sama bertugas di MAS. Pernah tinggal di perumahan yang sama jugak. Bapa Captain Shahrul juga pilot MAS. Ketika Captain Shahrul landing pesawatnya....masa yang sama juga suami kepada kawan saya....Captain Nazri sepatutnya landing pesawat MAS di KLIA dari Osaka, Jepun. Sudah tentulah kehilangan Captain Shahrul dirasai oleh Junaidah sekeluarga. 

Captain Shahrul : kiri

Credit : Instagram Junenazri

Gambar Captain Shahrul ni telah mendapat kebenaran dari kawan saya Junaidah (saya panggil June) untuk disiarkan di sini. Terima kasih June. 

Rupanya, Remy Ishak pelakon tu pun ada berjumpa dengan Captain Shahrul kat Mozers, Shah Alam beberapa hari sebelum kejadian ni berlaku. (baca kat IG Remy Ishak). 

Jom sama-sama sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada mangsa yang terlibat....







XOXO,
Ezna





17 ulasan:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah buat semua keluarga mangsa...baca gak komen2 kat FB..menyakitkan hati jer komen tu semua..kematian pun nak di politikkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulak.....komen netizen ni kadang memang tak masuk akal juga.

      Padam
  2. Al-fatihah buat semua mangsa.. dr semalam follow tragedi elmina ni... video yg org share semalam mmg clear mohammad hafiz tu terbakar lalu rentung... tp api dr pesawat tu mmg scary jugak... mcm dlm filem.. semoga dipermudahkan urusan semua keluarga mangsa dan semoga mangsa² ditempatkan di kalangan orang yang beriman & beramal soleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkejut semalam buka video nampak orang rentung. Kesiannya.....tengah bawak motor tiba2 kena sambar api. Takde siapa tolong sebab api marak sangat. Moga mereka yang terlibat ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

      Padam
    2. td ada baca..ada pemandu lori tlg padamkan api yg penunggang motor tgh terbakar tu tp tk cukup air dr pemadam api yg dia amik kt dlm lori dia utk membantu padamkan api yg membakar...sedih dgr luahan dia ..dia pun tk dpt tido katanya sbb masih terbayang2 sbb tk dpt slamatkan penunggang moto tu

      Padam
    3. Ya ke Amy, maknanya ada yang hulur bantuan la. Ingat memang terbakar terus tak ada yang tolong. Kejadian pantas sangat. Lalu waktu yang tepat terus kena. Sama la macam pemandu kereta Grab tu lalu waktu yang tepat.

      Padam
    4. tula ada yg bantu tp katanya mcm tkleh nk dkt sgt sbb ada yg percikan ...tu dia masih terbayang mcm rasa tk dpt bantu slamatkan tu..sedih kan

      Padam
  3. salam takziah utk semua ahli keluarga yg terlibat...sgt2 tragis :(

    BalasPadam
  4. salam takziah buat semua keluarga mangsa..memang sedih & mengejutkan semalam petang...
    moga roh mereka semua dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin... and semoga semua keluarga tabah & kuat hadapi dugaan ini... x leh bayangkan, kita yg baca pun.. Allahu..bagaimana plak family semua kan.. :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang tak leh bayangkan kan.....Moga keluarga mereka tabah.....

      Padam
  5. saya baru tengok video dr dashcam kat highway yg menunjukkan kapal terbang membelok sebelum terjunam...

    x dpt gmbr kan macam mana perasaan mereka dlm keadaan mcm tu. kita yg naik flight langgar awan tu dah bergegar pun , dah mengucap panjang.

    salam takziah buat seluruh keluarga mangsa... alfatihah (dibaca)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam masa tengok pun kejadian tu berlaku dengan pantas. Betul....langgar awan tu memang saya kecut perut jugak.

      Padam
  6. salam takziah utk semua keluarga mangsa nahas. yg terhempas smlm...sebak tgk video sepanjang kejadian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy sedih sungguh. Moga keluarga yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih kuat dan tabah. Moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

      Padam
  7. impak yang sangat meninggalkan kesan. Adun Pelangai yang meninggal pun sangat berjasa kepada rakyat. Nampak abang ipar dan kakak yang tinggal di sana share gambar bersama Arwah.

    BalasPadam
  8. Saya ada baca berita ini, Krn masuk dalam berita Indonesia juga. Sediiiih sangat 😭😭. Tak terbayang keluarga yang ditinggalkan, juga para korban. Memang musibah tak ada yg tahu. Siapa sangka pesawat akan terhujam ke jalan raya dan melukai para pemakai jalan di bawah :(

    Alfatihah untuk seluruh korban :(

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang menarik di Mitsui Outlet Park?

Nak parking kat Mitsui ni kena pusing 2-3 kali jugak la. Mungkin pengunjung ramai sempena cuti Deepavali.  Ada jualan kasut kat ruang tengah...