Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, August 30

Berjalan di tepi tasik dan fotografi

Petang hari Sabtu 19 Ogos 2023, kami ke Tasik Cyberjaya. Masa ni suami suruh tunggu sini kalau dah selesai jalan-jalan manakala saya dan Dania berjalan sekali. Niatnya nak jalan-jalan tepi tasik ni. Brisk walking macam tu la. 

Dania kat depan pintu masuk Taman Kucing. Hari sabtu Taman Kucing ni tutup ya. Tengok dari luar pagar je la. 


Lepas tu gambar kasut pulak. Hehe. Kasut saya tu baru rasmi dan beli brand Skechers. Warnanya lavender. Hampir tak nampak warnanya sebab lembut sungguh. Bagi mereka yang kakinya lebar kat depan sesuai sangat pakai Skechers ni sebab kasutnya luas di bahagian depan. Kat pasaran kalau kasut jalan yang depan tu tirus tu memang saya tak boleh beli sebab tak selesa di kaki. Anyway, selalunya brand Skechers ni kalau saya beli pakai sampai lunyai la. Tahan lama. Harapnya dapat bertahan lama sebab nak buat kasut untuk brisk walking atau jogging. Ada span kat dalam yang buat lagi rasa selesa. 


Exactly macam ni. Skechers Go Walk Flex Early Morning... (Nak suruh jalan-jalan waktu pagi ni....)



Ibu dan anak pulak. 


Sepanjang tasik ni excited saya nak ambil gambar bunga teratai warna merah jambu. Masa ambil gambar bunga teratai ni nampak Encik suami jogging. Punya panggil 'abang'....'abang'....tak dengar. Mana taknya earphone sumbat kat telinga dengar muzik.  😏. Lepas tu Dania cakap ummi panggil ayah tak dengar la tadi. Suami kata ye ke?. Hmmmmm dah agak dah.....


Dania macam seram tengok bekas biji teratai (lotus seed pod). Bulat bulat tu....


Ada juga pokok buah nangka di tepi tasik. Berbuah pulak tu. 


Ada alat senaman juga di tasik ini. 


Tak habis lagi ambik gambar bunga teratai. Ada bunga teratai yang tak berkembang lagi. 


Haaa macam ni la koloni bunga teratai dalam Tasik Cyberjaya. 


Selain daripada bunga teratai warna merah jambu, ada juga bunga teratai warna putih. 


Bahagian sini, berkumpulnya bunga teratai warna putih. 


Di kejauhan boleh nampak titi di atas tasik tapi mungkin Majlis Perbandaran tengah melakukan penyelenggaraan nak memperbaiki titi yang rosak. Jalan ke titi ditutup. Dulu-dulu pernah exercise dengan suami naik titi ni. Saje kami nak habiskan masa sementara Dania ada kelas memanah kat sini. Ok lama dah ye sebab Dania masa tu 12 tahun. Sekarang nak masuk 19 tahun dah bulan November ni. Jadinya dalam 7 tahun lepas la. 


Selepas selesai berjalan di tepi tasik ni, kami menuju ke Food Truck untuk makan malam. Food Truck mana?. Saya update post selepas ni. 





XOXO,
Ezna




 

18 comments:

  1. nama kasut pun, memang suruh brisk walk pagi2 kannn..
    cantiknya tasik..tenang je.. and ada teratai lagi...subhanallah... love sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah ada perkataan Early Morning pulak tu. Hehe. Teratai tu excited pulak saya tengoknya.....

      Delete
  2. ammi pakai larrie saje...skechers mahal nau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skechers beli time dia ada promo memang berbaloi sangat Amni.

      Delete
  3. Teratai cantik…itu yang tak puas pandang dan ambik gambar berkali-kali 😀

    Untuk Go Walk ni ada jugak tau yang agak kecil bahagian depan. Saya ada terbeli sebab nampak cantik bentuk tak kembang. Rupanya tak selesa bila pakai lama, sakit jari kaki.
    Lepas tu pergi beli lagi di tempat lain, salesgirl tu bagus explain ada 3 jenis bentuk depan. Untuk kaki saya kena beli design sederhana atau lebar depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ya ke? Tq info berguna ni. Saya memang kena beli kasut yang depan tu boleh mengembang. Agaknya yang saya pilih ni yang boleh kembang kat bahagian depan sebab pakai je selesa. Kasut sebelum test yang Skechers ni brand lain. Sakit bila pakai.

      Delete
  4. cantik gmbr bunga teratai tu....and psl kasut tu..nice la ur shoes! i ada 2 psg skechers one in light purple, one in pink.i pakai gilir2 ikut mood even time pegi keje pun..memang selesa dan cantik laaa kasut skechers (di mata i)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya warna purple pulak tu Suzz. I suka la tapi warnanya agak senang kotor. Kalau ada 2 pasang, takde la dia cepat dia rosak sebab boleh bergilir.

      Delete
  5. Replies
    1. Riadah sambil tengok keindahan alam semulajadi....

      Delete
    2. itu yang seronok nya...xd lah jemu nk beriadah

      Delete
  6. Tasik Cyberjaya .. kenapa kah tak tahu kewujudan nya hahaha :D seronok jalan2 kat tasik tu

    ReplyDelete
  7. Tunggu rumah adik beli di Cyberjaya siap lepas tu boleh la tumpang tido dan bersiar2 kat sana 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan....lepas tu lajak ke Putrajaya sekali. Dekat dah tu.

      Delete
  8. Cantiknya tasik ni...
    Okay, nanti nak beli Sketchers gak. Husband dok promote la dah hehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa bila husband promote ni silakan beli tapi memang sebenarnya sangat selesa. kadang bila dah habis musim kasut tu...dapat diskaun lagi cumanya size kasut tu la...ada ke tak ada ke....selain tu tapaknya ada foam jadi lembut je pada kaki.

      Delete
  9. Taman kucing 😍😍😍😍😍😍. Berarti banyak kucing di sana kak ?? Saya harus dataaaang kesitu nanti 😄❤️❤️ happy sangat kalau dah lihat kucing lah 😍😄

    Foto Kaka dan Dania, senyuman kalian sama 😄👍. Miriiip sangat.

    Sama kitaaa, suka brand Skechers 😍❤️. Sepatu gym dan lari saya pun Skechers. Memang enaaak dan nyaman dipakai. Honestly saya lebih suka jenama ini drpd Nike, Adidas atau lainnya. Dah coba semua, tapi untuk olahraga, brisk walk ke, jogging atau gym, Skechers buat saya paling nyaman di kaki.

    ReplyDelete