Sebenarnya ada hikmahnya juga boleh mengundi lagi untuk DUN tahun 2023 ni sebab masa 2022 tu Dania tak layak mengundi lagi sebab tak update lagi dalam sistem MYSPR. Hanya yang berumur 18 tahun dan hari jadi Jan - Ogos 2022 je yang layak mengundi. Hari jadi Dania bulan November. Lagi satu suami pun dah update alamat mengikut kad pengenalan jadi mengundi la kat area rumah instead of mengundi kat Alor Setar, Kedah.
Kami ditempatkan mengundi di sekolah yang sama. Kawasan kami ni dipecahkan kepada dua pusat mengundi iaitu sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama. Jadi, pagi sebelum jam 8 pagi dah beratur kat pagar sekolah. Kalau tahun lepas, tiba sebelum jam 8 pagi pun pagar dah dibuka. Kami ambik gambar dulu la. Pergi terus depan pagar tapi bila nampak semua orang beratur kami pun pergi la ke belakang. Hehe.
Saya pula awal-awal dah brief Dania what to expect sebab Dania tanya macam mana prosedur mengundi ni?. Saya pesan juga pangkah tu jangan kecil sangat dan jangan besar sangat sampai terkeluar kotak sebab takut dikira sebagai undi rosak.
Di kejauhan nampak Dania beratur di Saluran 6 bangunan yang lain. Dania kata kebetulan masa beratur tu lelaki dan perempuan pakai baju hitam dan Dania seorang je baju pink. Ummi kata takpe Dania Barbie. Hehe. Masa saya kat sini siap melambai dengan Dania lagi.
Masa ni kat depan saya tak sampai 10 orang pun. Kiranya diantara orang yang terawal jugak la. Last year lagi awal. Orang ketiga lagi. 😅
Dania paling awal selesai mengundi diikuti oleh ummi. Ni ambik gambar suami la sementara saya dan Dania duduk bawak khemah kat Saluran 1. Saluran ni rasanya Saluran paling veteran. Saya dan suami kat Saluran 3.
Ibu dan anak yang dah selesai mengundi.
Kami dah. Anda??? Selesai lebih kurang 8.20 pagi.
Kami mengundi Dun Dengkil. Kalau Parlimen tu Sepang.
Depan sekolah pulak.
Dari atas jejantas ni. Kami parking kat seberang sekolah. Nak ke sekolah kena naik jejantas. Jejantas ni pula sama juga dengan laluan motor.
Naik turun la kami kat sini hari ni.
Selesai ajer mengundi ni kami plan nak ke IOI City Mall tapi kalau settle jam 8.20 pagi, nak ke IOI City Mall pun tak bukak lagi jadi kami ke Sepang jalan-jalan naik kereta nak buang masa. 😅. Bila dekat2 jam 10 macam tu kami tibalah ke IOI City Mall dan menuju ke Lotus.
Senang bawa beg shopping ni masukkan barang-barang belian. Tak payah plastik dah.
Lepas tu suami simpan semua groceries dalam kereta dan saya dan Dania menuju ke ice cream ni. Ish ish Dania nak makan lagi ice cream Butter Batter. Beli 1 je share la ummi dan Dania. Kawan Dania dan kakak dia tak masuk lagi kerja.
Kedai Spotlight baru bukak la. Kita terjah dulu. Best pulak dalam ni. Cuci mata pun jadilah. Dania dah survey benang untuk dia buat kait mengait ni.
Cantik pulak view kat tengah-tengah IOI City Mall ni.
Lepas tu ingatkan suami masih kat Home Pro lagi....rupanya dah kat Harvey Norman. Saya dan Dania jalan-jalan dulu dalam ni. Ternampak pulak selimut ni. Selimut yang bawak kat kolej agak berat sikit sebab ia adalah comforter yang ada isi dalam warna putih tu span dia. Bulky jugak. Dania kata nak selimut Dinosaur ni. Elok la pair dengan 2 cadar Dania yang warna pink dan lagi satu warna turquoise. Selimut ni pun kecik dan ringan. Dania kata most of the time pun tak pakai selimut sebab katanya kolej panas.
Lepas tu bila nak bayar, isi nama dan no telefon....cashier suruh redeem. Rupanya kalau dah mengundi, dengan pembelian apa-apa boleh redeem shopping bag comel ni. Gambar Teddy Bear comel.
Depan Harvey Norman pula ada promo Kit Kat Salted Caramel.
Marilah kita buat yang ni. Tu la pasal kat story IG saya ada # semua ni. Idak malas juga nak buat IG story pasal Kit Kat kan....dah selamat dah redeem Kit Kat Salted Caramel Cookies.
Tiba rumah dari IOI City Mall pun dalam 12 lebih tengahari. Kat IOI je kami habiskan masa selama 1 jam 55 minit. Berehat dulu la sebelum solat Zohor dan lepas tu nak masak tengahari pulak. Ingat nak buat yang simple je.
****setakat post ni keluar, dah tahu dah siapa yang menang kat DUN.
XOXO,
Ezna
wah..dania dah boleh ngundi dah.. congrats!!
BalasPadambest nya mam ice cream tu..cold stone..dap tu
Ah ah patutnya tahun lepas ikut tahun dah boleh mengundi tapi Jan - Ogos je yg boleh mengundi sebab dia ikut umur betul2. Yg Dania birthday November. Alhamdulilah tahun ni pengalaman pertama.
PadamTahniah, semua dah jalankan kewajiban, tapi ada je yang pilih untuk tak keluar mengundi
BalasPadamTahniah kepada kita.....yg tak mengundi tu memang pilihan dia la tu.
Padambelum jumpa lagi kit kat baru ni. teringin juga nak rasa. macam kawan kawan je kak ezna dgn dania...
BalasPadamTerjumpa secara tak sengaja pun Yan....kata dapat free kita buat la apa dia suruh. Hehe...
Padambest dpt sama2 mengundi satu famili...i belum update la alamat sbb tak tukar alamat dlm mykad tu...
BalasPadamHubby I pun baru je update alamat. Tempat mengundi ikut alamat kat IC tu yg leceh tu sebab IC kita kena update alamat. Nak kena gi JPN tu haa....
Padamkami lokasi berbeza..nasibaik pi ptg..tk rmi so cpt btul...syok
BalasPadamOh tempat lain2 ya.....dulu ya tempat lain...seorang alor setar, seorang kat sini. La ni semua sama dah. Alhamdulilah. Termasuk Dania pengundi baru.
PadamAlhamdulillah selesai kita mengundi.. Lepas mengundi tempoh hari banyak outlet beri discount tapi tak laratlah LZ nak terjah semua tempat beratur panjang..
BalasPadamNi pun terjah tanpa sengaja sebab ada barang nak beli. Tahniah kepada kita sebab dah menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.
Padam