Khamis, Ogos 24

Ada apa dengan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023? | Universiti Putra Malaysia

Since, rumah dekat dengan UPM, singgah la saya dan Dania ke Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023. Pergi pun waktu petang sebab tak nak sesak sangat dengan perasmian pada sebelah pagi. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pendidikan Tinggi dan disempurnakan oleh Datuk Seri Hj Mohamad Sabu. 
 

Pempamer di dalam Dewan berbumbung biru. Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Ni tempat pertama yang saya dan Dania singgah. Nampak ada ulat-ulat menguit ni. Seram juga tengoknya. Ada sedikit bau yang kurang enak. Mungkin campur baja atau bahan yang lain. 


Video ulat-ulat. 


Ni lah Pempamernya. Entomal Biotech, Nak tanya apa2 pun tak ada staff pula masa ni. 


Pergi pula booth yang ni ada burung puyuh juga. Ni rasanya saya tengok burung puyuh live. Selalunya saya beli telur burung puyuh ajer. Rupanya kat UPM ada jual burung puyuh siap disembelih dan dipek. Nanti nak beli la sebab kata staff ni wife dia masak kari burung puyuh pun sedap. Best kat UPM ni ada jualan kat ladang-ladang. Kali ni saya tahu ada jualan burung puyuh pulak. Sebelum ni pernah petik buah jagung. 


Ada seekor burung puyuh yang agak bising. Kata staff sini burung yang berkokok tu jantan dan bagi sign nak mengawan. Ada juga sayur digantung kat tengah katanya snek untuk burung puyuh. Baru tahu burung puyuh makan sayur-sayuran pula. 


Ada booth Farm Fresh juga. Eh baru tahu Farm Fresh ada keluarkan produk santan la. 


Ada juga pempamer Bajanas juga kat sini. Tanya punya tanya beliau kawan kepada Prof di area kawasan saya. Beliau bagi saya sepaket kecil sample baja. 


Sihat pokok ni penangan Bajanas la kot. 


Adik berdua ni pelajar masters kat UPM. Seorang bahagian Akuakultur. Sebelum ni ambil Ijazah Sarjana Muda Sains Akuakultur di Universiti Malaysia Terengganu dan seorang lagi dari Universiti Malaysia Kelantan ambil Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) Dengan Kepujian. Kat UPM pula buat Masters penjurusan dalam pemakanan untuk ayam.  

Adik baju hitam : Masters Akuakultur, UPM
Adik baju putih : Master Pemakanan (khususnya pemakanan untuk ternakan ayam), UPM

Ada ilmu baru saya dapat tentang pemvaksinan ikan. Ada 3 cara ya melalui suntikan, masukkan ikan di dalam air yang mengandungi vaksin dan vaksin dimasukkan ke dalam makanan ikan. Kata adik ni kalau melalui suntikan ni ikan akan stress. Malas la nak cakap bukan ikan je stress...manusia ni pun takut kena cucuk ya....(merujuk kepada saya la....sangat takut dengan jarum).😆. Dania angguk-angguk je la tapi pada masa yang sama dia nak ajak ummi pergi tengok booth yang lain 😅

Boleh nampak depan tu ayam yang diawet. Dania kata pernah pergi booth Veterinar yang nampak arnab yang diawet. Masa Dania join booth kursus Ijazah nak bagi student asasi ni pendedahan tentang kursus ijazah yang ditawarkan di UPM. Boleh tanya soalan la kat mana2 booth yang mereka minat nak sambung seperti cgpa paling minimum, belajar pasal apa. 

Ada seorang lecturer yang jaga booth tu cakap....disebabkan beliau tak minat ambik fizik lagi, beliau ambik Ijazah Sains Perkhidmatan Makanan. 


Pengunjung agak lengang juga sebab saya agak, hanya ada pelajar asasi ajer. Pelajar Ijazah masuk bulan Oktober nanti. Tambah pula bukan cuti sekolah dan waktu bekerja. Kalau buat hari sabtu dan ahad mungkin boleh tarik pengunjung yang datang. 

Dalam dewan besar ni masa kami tengah jalan-jalan pun ada talk sedang berlangsung. 


Kat sini ada jual telur asin itik. 


Kat sini pun ada jual Bongkah Cendawan. Dalam 3-5 hari lepas penutup dibuka cendawan tiram kelabu akan keluar dari bongkah tu. 



Stages cendawan dari bawah keluar kecik je sampai la cendawan besar macam tu. 1 bongkah ni berharga RM3. Saya beli 2 bongkah. Testing la dulu. 


Pernah makan sun melon?. Saya tak pernah makan. Harganya RM6. Katanya rasanya macam tembikai susu. Kalau baca kat google katanya rasanya macam buah pear. Warnanya sangat menarik dan terang warna kuningnya. Isinya keras la pulak. Nanti nak minta suami je la yang belah. 


Dewan berbumbung biru tempat diadakan majlis konvokesyen. 


Kat luar pun ada pempamer juga tapi idak la saya dan Dania singgah sebab panas. 


Pertanian ni kiranya asal usul Universiti Putra Malaysia. Dania pernah naik traktor yang belakang tu ada gerabak tu masa amali ladang. 


Jabatan Pertanian ada jual pokok-pokok ni tapi kami tak singgah la. Nak cepat-cepat ke kereta pasang aircond. Legaaaa...


Dah alang-alang masuk UPM ni singgah nak minum petang dulu dengan Dania. Post selepas ni la ya....✌





XOXO,
Ezna

 

11 ulasan:

  1. Banyaaak booths yg menarik di dalam ya kak 😍. Saya sukaaa daging burung puyuh, tapi blm pernah lihat langsung burungnya 🤣. Saya macam tak tega kalo dah lihat, apalagi kalo terlihat comel macam tuh 😅.

    Sun melon itu pun tertarik. Blm pernah coba lagi. Kalo datang ke acara seperti ini, rasanya saya tertarik dengan barang2 yg bisa dimakan saja 😂.aneka buah hasil pertanian lokal, tu pasti enak2 biasanya. Dan segar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burung puyuhnya comel Fanny. Kalau yang jantan paling bising. Hehe. Sun melon rasanya macam honeydew juga. Manis rasa sun melon ni. Warna dia terang.

      Padam
  2. menarik event gini ;) rajin u attend mcm2 hehehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha nak habiskan masa lapang you sebab Dania cuti. Kesian pulak duduk rumah je. Tu yg kadang movie, kadang exercise, kadang ajak tea time.

      Padam
  3. menarik nmpk sun melon tu....kita mkn rock melon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh rock melon. Sun melon ni rasa macam tembikai susu. Manis rasanya.

      Padam
  4. dah macam pameran MAHA kan kak...durian klon pun ada ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian klon macam tak perasan pulak tapi nak kata macam MAHA macam MAHA tu event besar lagi. Ni macam banyak kepada UPM dan ada beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Tak besar sangat event ni. Lebih kepada talk jugak ni. Ada sesi dengan agensi yang terlibat.

      Padam
  5. ni yg member dlm group WA suh pegi... mula igt kan MAHA tp dlm hati ckp bkn ke MAHA slalu hjg thn? ni baru bln 8😁 nnt kalu ada ms sy singgah laa.. kalau x thn dpn laa sy g😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAHA lagi besar event tu. Ni tak banyak sangat pempamernya. Lokasi dekat dengan rumah yang pergi tu.

      Padam
  6. Tahniah
    R&D UPM untuk dikongsikan berkaitan aquaculture
    - Revolutionary Drying System For Fishmeal Pellet Formulation: MAMADry (Multi-Layered Aqua Mate Dryer)

    https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/revolutionary_drying_system_for_fishmeal_pellet_formulation_mamadry_multi_layered_aqua_mate_dryer-76004

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.