Kali ni baru berkesempatan nak bersenam kat tasik putrajaya. To be exact kat Tasik berdekatan Hotel Zenith Putrajaya. Dania masa ni atas basikal lipat dia. Tak nampak pulak basikalnya. Saya kat sini brisk walk ajer. Suami dah jalan dulu jog keliling tasik ni.
Saya sorang-sorang masa ni. Dania pun dah kayuh basikal dia. Ada frame besar ni. Kalau ambik gambar kat tengah tu lawa juga.
Kat sini juga ada buaian. Menarik juga ni. Saya pergi dan balik kot sini takde siapa yang naik jadi saya pun naik la. Suspens juga kot dia tahan ke untuk orang dewasa yang naik.
Saya atas buai ni sekejap je sebab nampak ada 2 orang budak nak naik buai. Kakak dia dah selamat naik buai sebelah saya. Adik-adik dia je tak dapat. Bila saya turun seorang budak cakap terima kasih kat saya.
Ok Dania dah menghala ke sini. Dania kata kalau kat hujung tu berdekatan dengan Hotel Zenith, jalannya tak rata jadi tak sesuai la naik basikal. Saya rasa pihak yang berkenaan kena take note la kan. Kat atas tu siap ada #MyPutrajayaCyclingRoute Kalau route pun tak elok macam mana nak cycling?.
Belah kiri tu kiranya jalan di atas berdekatan dengan Masjid Putra. Kawasan ni agak ke bawah. Pernah sekali suami parking kat area sini kemudian dekat nak maghrib lalu la nak ke kereta. Dari office di bahagian atas, kena turun bawah ke sini lalu kat area taman dan banyak pokok-pokok besar. Masa tu suami berjalan seorang. Kat belakang suami macam ada orang berjalan sepak daun-daun kering tapi bila toleh tak ada sesiapa pun. Jeng jeng. Suspens kan?.
Kat bawah jambatan ni ada sampan-sampan. Tak tahu rosak ke atau boleh guna ke....
Nampak masjid Putra dari sini.
Ni dah nak balik dah ni buat senaman cool down dulu. Dania ni dah kenapa kat belakang ayah pulak ni?.
Sesekali kalau bukan selalu, nak kena paksa diri juga untuk bersenam untuk kesihatan badan kita. Lepas ni kami nak pegi early dinner kat Ayer 8 pulak. Kat mana......post lepas ni ya....
XOXO,
Ezna
cantik nya tempatnya.... best . x ramai org plak tu
BalasPadamCantik Ayu. Tak ramai orang tu paling best.
PadamSaya ingat pernah sholat di mesjid Putrajaya tu. Dulu saya kuliah di Penang, tiap kali lubur Sem, sesekali dengan teman pergi ke KL, jalan2, pernah mampir Putrajaya nih. Suka sangaaat, tapi rasanya dulu tak ada frame besar tuh atau ayunan 😄. Yg saya ingat ada stall yg jual nasi kerabu. Saya ingat Krn nasi ini favorit saya, biru pula warnanya 😄👍
BalasPadamSetiap tahun biasanya saya ke Malaysia, mostly untuk transit sebelum lanjut negara lain, tapi terkadang saya sengaja stay 1-2 malam di KL. Tapi blm sempat lagi balik Putrajaya 😅.
Oh Fanny memang suka melancong ya.
Padamview kt putrajaya byk cantik..sambil bersenam sambil bergmbr
BalasPadamYa Amy. Bersenam pastu berhenti jap ambik gambar.
PadamNieyl setiap minggu akan brisk walk dekat tasik putrajaya ataupun tasik cyberjaya...
BalasPadamHa pernah jugak ke Tasik Cyberjaya tu tapi masa tu naik basikal tepi tasik.
PadamBagus ni, buat aktiviti riadah satu keluarga barulah semangat nak exercise.
BalasPadamYa betul kalau satu family tu semangat la sikit nak bersenam.
PadamWah bestnya. Tak pernah lagi senam area sini
BalasPadamKat Putrajaya ni banyak tempat nak bersenam. Jadi tak boring la kan. Kejap2 tukar kat area lain pulak tapi masih dalam Putrajaya.
Padambaca entry ni terus teringat beberpaa thn lps rajin join fun run kat putrajaya. route larian mmg kat area2 sini juga hhehehe...
BalasPadamYe ke Anies? Mengimbau kenangan la. Rasa2 fun run lalu atas kan....
Padambagus aktiviti gini. i dh lama tak buat aktiviti gini bersama2 famili...emm nak kena cari masa ni
BalasPadamAktiviti santai2 je Suzz, lepas tu gi makan.
PadamSeronok beriadah di Putrajaya ni. Tempat tak sesak walaupun meriah dengan ramai orang. Tenang je nak beriadah pun. Bagus amalkan gaya hidup sihat kaedahnya.
BalasPadamTenang betul beriadah kat sini. Kalau sesak2 tu tak best jugak.
Padam