Selasa, Ogos 29

Menghantar tembikai matahari terus lajak ke Tapak Urban Street Dining

Balik ajer IOI City Mall, nasi dah masak kemudian kita masak hidangan utama pulak. Nak masak yang simple sebab kejap lagi suami balik kerja. 

Dania tolong siap-siapkan bahan-bahannya seperti ayam, lobak merah, cili api, cili merah, serbuk lada putih, garam, daun sup dan daun bawang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, chicken ball, cendawan butang. 

Kali ni saya nak masak sup ayam dan bebola ayam. Top up juga la sayur-sayuran dalam tu jadi saya masak satu hidangan ni je tapi ada kedua-duanya. Kata nak masak simple kan. Masa suami balik 7 lebih tu tak masak lagi lauknya dalam pressure cooker. Akhirnya masak juga. Kami makan la sebelum suami ke surau untuk solat Isya'. Kesian pula suami kena tunggu sekejap la sebab tak masak lagi supnya. Suasana kat luar pula sejuk2 sebab baru lepas hujan. Memang cun la masak sup. 

Tapi.....berebut pula cendawan butang tu, saya masuk sedikit ajer dalam masakan. Haha. Ingat nak masak yang lain pula dengan sebahagian cendawan butang tu. Kami sekeluarga memang suka cendawan ni. Cendawan shitake yang bau kuat tu pun kami suka. 


Lepas Isya' plan nak hantar buah tembikai matahari ni kat adik. Adik lagi seorang saya pos je bongkah cendawan. Adik yang ni since dekat Cyberjaya je saya pun hantar je la. Kebetulan adik demam jadi pass dekat adik ipar saya je la. 


Kebetulan, suami ada mendengar kawan-kawan dia gossip cakap food truck kat sini best dan luas. Pergi la kami check it out tempat ni. Tapak Urban Street Dining kat Cyberjaya. Dulu rasanya pernah lalu sini tapi masa tu nampak kurang menarik sebab macam sikit je food truck ni.


Sekarang dah berbeza ya sebab food truck banyak. Dah tentu la banyak pilihan. 


Comel betul food truck ni. Sesuai sangat jual dessert.  


Tapau pavlova ni sebab lama dah tak makan. 


Red Velvet ni Dania yang nak. Entah kenapa suka sangat red velvet ni tapi ummi dan ayah tak suka. 


Close up pavlova ni. Kat sini kami minum air panas je. Kami kan dah dinner tadi. Lebih kepada nak tengok tempat. 


Food truck yang jual pasta. 


Tempat makan yang luas. Dania dah cakap kalau nak makan kat luar nanti boleh makan kat sini sebab banyak pilihan. Which saya rasa betul la. Memang banyak pilihan. 'Api Pizza' pun ada kat sini. Dania dah tergelak-gelak dah. 😅


Video Food Truck di sini. 


Nanti nak makan malam la kat sini. Kalau datang sini nanti saya tulis kat blog. 





XOXO,
Ezna


 

8 ulasan:

  1. wahhh i tak pernah mkn tembikai matahri tu...rasa dia mcm honeydew/rock melon ker ezz?

    BalasPadam
  2. Best tu makan sup panas2 di kala cuaca baru lepas hujan. Kawan food truck tu nampak menarik sekali, kat utara ni manalah nak ada tempat macam tu.

    BalasPadam
  3. sedap tu ...pavlova. iris pun suka RV x tau la why..MA more ke choc cake of coz.. he he he

    BalasPadam
  4. Tembikai matahari? First time dengar. Urban Street Dining, boleh try nanti

    BalasPadam
  5. Saya pun sukaaaa dengan jamur atau cendawan kak. Apapun jenisnya suka. Shitake, jamur merang, jamur shimeji, champignon , jamur kuping gajah, jamur tiram, ntah apa lagi jenisnya 😁. Kalo pesan steak pun, dressing yg saya nak pasti mushroom sauce 😁👍

    Di sana musim hujan yaaa. Jakarta panaaaas BANGETTTT hahahahha. Ga ada hujan dah sebulan. Ntahlah kalau jakarta selatan. Saya tinggal jakarta timur. Di sini memang lebih kuat kemaraunya daripada selatan 😅

    Saya juga tak pernah suka red Velvet. Maniiisnya ga kuaaat 🤣. Mendingan pilih dessert yang savoury aja ada tak 😁😅?. Menarik kalo jumpa food truck. Apalagi kalo pilihannya banyak macam

    BalasPadam
  6. Cuaca sejuk hirup sup panas2 memang terbaik... Eh, baru teringat saya ada beli ekor lembu. Ni suami tengah tak sihat boleh la buat sup ekor lembu utk bagi dia bertenaga dan harap2 sembuh cepat.

    BalasPadam
  7. Ooooo. Kat cyberjaya pun ada Tapak ehh?

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...