Kami keluar rumah lepas makan tengahari. Kenyang perut, senang hati.
Saje nak letak gambar bendera parti. Perang bendera telah bermula sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos 2023 nanti.
Lokasi kami yang pertama ke Kerayong Hills. Projek perumahan yang terletak di Puncak Alam. Perumahan kat sini rupanya telah diambil alih oleh pemaju baru. Kiranya ni projek terbengkalai la sebelum ni jadi pemaju baru ni meneruskan projek yang sedia ada. Ini juga salah satu big issue juga bila projek sebelum ni terbengkalai...bagaimana bahan-bahan binaan sebelum ini? Digunakan atau dimusnahkan dan bina yang baru?. Kata sales woman tu rumah akan dirobohkan balik dan bina yang baru tapi tu lah banyak juga soalan bermain di minda kan?. Bayangkan masa terbengkalai tu kawasan ni macam mana?. Fikir pasal benda2 mistik pun ya jugak. (Haa tu lah banyak nau nonton filem genre seram)
Projek yang saya tengok ni perumahan banglo setingkat. Kawasan kat sini bukan hanya ada banglo setingkat tapi rumah teres juga tapi for the time being, hanya nak habiskan rumah banglo ni dulu sebelum pemaju memulakan projek rumah teres seterusnya.
Ini master bedroom.
Ni ruang tamu. Agak luas juga. Nampak cantik juga sebab ni show unit.
Sebenarnya dalam gambar memang nampak cantik tapi kalau pergi kat lokasi memang nampak agak usang rumah ni sebab projek ni dari tahun 1999 ya. Saya grad Ijazah tahun ni. Dah lama kan?
Ni pula rumah yang kosong. Tanah di belakang agak tinggi. Perumahan kawasan ni ala ala Putrajaya ya sebab tak ada pagar.
Satu ruang yang memanjang kat sini.
Ni salah satu bilik dengan bilik air.
Kalau dari arah depan rumah ni akan berbentuk macam ni. Sebenarnya saya rasa sedikit cacat sebab kat depan tu tak ada tingkap. Rasa macam lemas pun ada. Mungkin perlu ada la sebuah tingkap kat situ kan. Sekurang-kurangnya boleh la mengintai siapa yang datang depan rumah kan....
Kemudian tak ada pagar tu pun main concern saya juga. Tak ada privacy dengan rumah sebelah. Bila buka tingkap dan langsir nampak dek jiran. Dah tentu kita kat rumah takde la nak pakai tudung kan?. Jiran sebelah menyebelah pun berdekatan diantara satu sama lain. Sales women tu kata sebab ni title individu jadi boleh je kalau nak bina pagar setinggi mana pun....tapi saya masih beranggapan design rumah ni tak menepati citarasa saya.
Sebenarnya rumah yang saya tunjuk tadi adalah rumah Tybe B di mana kebesarannya agak kecil sedikit dari Type A. Rumah ni sebelah menyebelah Type yang berlainan. Diselang seli Type A, kemudian B kemudian A balik dan begitulah seterusnya. Kalau design rumah Type A pula kat depan hanya ada pintu grill. Jadi nak masuk rumah melalui pintu grill which saya rasa kalau la masuk melalui pintu lagi senang kot.
Kawasan sini memang berbukit. Boleh tengok kat sini jalannya menurun.
Setelah melihat kawasan Kerayong Hills (kalau nak tahu lebih lanjut, google je Kerayong Hills ya), kita nak ke Unisel untuk tumpang solat pula. Ingatkan dekat je dengan Kerayong Hills ni kan...tapi..35.2 km dari sini...
On the way ada sekumpulan lembu dengan pengembala lembu yang muda. Budak lagi kot.
Ehem....dah sampai Unisel. Unisel ni Universiti kawan baik Dania.....Zalilah. Hehe...lepas tu saya whatsapp Zalilah kami dah sampai Unisel. 😁
Pintu gerbang Universiti Selangor.
Banyak pokok tinggi mengiringi kami masuk ke sini. Teringat kat UPM.
Ada tasik juga sebelah ni. Saya cakap dengan guard kami nak tumpang solat. Lepas je...guard bagi masuk.
Unisel lagi.....masa ni dah petang dah pun. Matahari pun tak lama lagi menyorok nak tidur dah.
Masjid ni kat luar je tak payah nak masuk dalam lagi.
Tepi Masjid Unisel ni tasik yang sangat luas. Agak2 stress study tu boleh la duduk tepi tasik ni.
Ada pulak pokok mangga yang tengah berbuah.
Close up buah mangga. Banyaknya lahai.
Lepas solat kat Masjid Unisel, kami ke Kuala Selangor pula. Niat nak makan Mee Udang Banjir pula. Lagi 31.1 km dari Unisel ni nak ke Kuala Selangor specifically Mee Udang Banjir ni.
Tiba Kuala Selangor, kami solat dulu kat Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.
Mee Udang Banjir Kuala Selangor dah tutup. Ni yang buka. Jadi....ber tomyam la kami kat Nasa Jaya.
Tomyam putih seafood dengan sotong celup tepung.
Telur dadar ada sedikit hangit kat tepi.
Total kami makan termasuk air teh o suam, nescafe tarik dan teh o ais RM30. Ok juga la harganya...
Ni la Nasa Jaya Tomyam Seafood.
Tiba rumah dalam 11 lebih malam macam tu. Dari siang sampai malam aktivitinya....
XOXO,
Ezna
seronok dpt ber aktiviti dgn yg tersayang ;) happy for u :)
BalasPadamSeronok sangat. Nak nak hubby I dah mula masuk kerja. Lagi la dia nak berjalan-jalan weekend.
PadamYelah, macam pelik design rumah tu bila depannya tak ada tingkap 😅
BalasPadamDengan tak ada pagar dan jalan berbukit gitu, memang bukan kediaman idaman.
Telur dadar hangit tu, sepatutnya peniaga buatlah lain yang elok.
Ingat saya seorang je yang rasa pelik, rupanya memang pelik la kan?. Patut siap2 la buat tingkap. Ni kita yang kena tambah tingkap pulak dah.
PadamHendak cari rumah atau sahaja cuci mata?
BalasPadamTiada rezeki untuk cuba mi udang banjir.
Cuci mata je. Rumah sendiri dah ada dah. Suami suka tengok tempat dan kawasan rumah. Baru tahu area Kerayong Hills ni berdekatan dengan Setia Alam dan Puncak Alam cuma alamatnya Jeram, Kuala Selangor.
Padamdulu suka mkn kat blkg unisel tu... kdg2 siap ajak member mkn kat sini sbb xvtau nk tuju mn lg😁
BalasPadamOh ye ke?. Memang area sini tak tahu pun cuma nak tengok tempat je. Nak nak Universiti ni kawan baik kepada anak kat sini. Dah habis la asasinya.
Padami tag u 😁
BalasPadamhttps://aniesandyou.blogspot.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html?m=1
Ok dah komen kat post tu. Hehe.
PadamOh ye ke?. Dah lama tak ikuti drama melayu ni. Oh drama lama ye?. Rupanya nak ke sini boleh tahan jauh juga dari Bandar Baru Bangi.
BalasPadamRumah ada laman yang best tu!
BalasPadamAda laman best juga tapi nak kena letak tembok ni nak bagi privacy sikit.
Padamrumah dan lokasinya terlihat nyaman.
BalasPadamNyaman juga.
Padamni kira cam project Punck Alam dulu la kan. terbengkalai lama kan. serem.
BalasPadamTak sure projek puncak alam yang mana tapi yang ni memang sales person tu cakap terus terang company baru ambil alih. Projek tahun 1990-an. Memang kena fikir panjang la kalau nak beli.
PadamTengah survey rumah ye?
BalasPadamSy pun prefer rumah yg berpagar, lebih selamat dan selesa rasanya.
ler dh tutup ke mee udang banjir tu...dlu2 masa outstation kuala selangor mmg singgah mkn situ
BalasPadamSayaaang sangat sempat tak terurus oleh developer pertama ya kak :(. Tapi beruntung ada yg ambil alih, semoga pembangunan dan marketingnya jadi lebih baik.
BalasPadamPadahal lumayan luas juga saya lihat. Kalo rumah tanpa pagar nih disebut Cluster kalo di sini. Dan biasa ada perjanjian pagar boleh dibangun jika sudah 2 tahun. Jadi sebelum itu, memang tak boleh pakai pagar. Ntahlah kenapa begitu. Saya pun tak terlalu suka kalo rumah tanpa pagar. Di luar sana kita tak tahu orang jahat yg nak merampok kan.