Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 4

Kaunter pertanyaan?....

Kadang-kadang melalui status di IG, facebook ke atau berita yang dibaca di dalam blog ke boleh menimbulkan pertanyaan dari mereka yang tidak dikenali. Contohnya seperti...

1. Pertanyaan mengenai YBK Global Camp

Saya ada berkongsi tentang Dania kena pergi kem syoknya agro kat YBK Global Camp ni lepas tu ada pertanyaan tentang ada ke iron disediakan di sana?. Actually kalau time kem ni kan, nak gosok baju tu kadang tak sempat sebab aktiviti kem tu kadang packed. Jadi baju2 tu sila la bawa yang anti kedut. 


2. Pertanyaan tentang Asasi Sains Pertanian.

Saya seringkali dapat soalan tentang asasi yang Dania ambik ni. Beliau tanya sikit je tapi saya explain punya panjang siap link bagai. Rupanya seorang ibu yang risau sebab anaknya nak ambil Asasi ni lepas SPM. Takut tak ada masa depan la lebih kurang soalannya. Tapi saya explain semua sampai ibu ni pun puas hati dan sebenarnya tak rugi pun pilih asasi ni.  


3. Pertanyaan tentang buah setoi. 

Saya ada kongsikan kat IG story tentang buah setoi yang lecturer pertanian Dania kutip kat ladang UPM. Ada yang tanya kat mana nak beli buah ni since susah nak cari. Soalan ni susah nak jawab sebab saya pun baru tahu kewujudan buah ni. Hehe. Tak pernah makan sebelum ni. 


4. Pertanyaan tentang pakej travel di Ourstories. 

Mungkin beliau nampak nama saya di tag kat page Ourstories. Saya pergi ke Swiss dengan travel agent ni. Panjang juga saya tulis. At least boleh berkongsi pengalaman saya travel bersama Ourstories. 


5. Pertanyaan tentang travel ke Swiss dengan Ourstories juga. 

Kali ni unik sikit sebab beliau nak travel solo ke sana. Pun saya cerita panjang lebar pengalaman di Swiss untuk rujukan. 


6. Pertanyaan tentang sebutan Korea. 

Ni rasanya saya ada post pasal Dania ambik kelas Bahasa Korea. Tersenyum sorang-sorang bila kena guide untuk sebutan Bahasa Korea yang betul. Masalahnya Dania baru kelas foundation iaitu beginner baru kenal huruf hangul. Unik sikit pertanyaan kali ni. 😅. Salah sebutan, maksudnya jadi lain pulak. Kang bila dah rakam lagu, sebutan salah....BTS salahkan saya pulak 😆


7. Pertanyaan tentang pembelian dari kedai online Supernini. 

Saya memang beberapa kali membeli kat online shop Supernini ni sebab saya rasa senang sangat nak pick up sebab kat Bandar Baru Bangi ni je. Supernini jual branded bag yang beliau beli sendiri di luar negara macam Prada ke, Coach, Furla, Kate Spade, Dior, YSL dan lain2. Reliable sangat. 


8. Pertanyaan tentang.....err yang ni saya pula yang bertanya. 😅

Mula-mula adik lelaki ni letak gambar dia tak berbaju. Kalau tengok mukanya macam ala ala down syndrome. Kemudian dia mula letak gambar kat tanah perkuburan. Tiada caption. Entah siapa yang meninggal. Terkejut sis dik 😅. Nasib baik tak melatah je tadi. Adeh la.....😃


9. Pertanyaan tentang sekolah teknik.

Ini tentang sekolah teknik pula. Saya ada kongsi kat blog dan IG juga tentang Dania dapat kemasukan ke Sekolah Teknik Melaka dan mendapat aliran Sains Pertanian. Beliau minat nak masuk Sekolah Teknik Melaka dan ambil Sains Pertanian. Tak sure kenapa spesifik Sekolah Teknik Melaka ni. Bila saya tanya balik, beliau masuk MRSM Felda akhirnya. Aunty Ezna kalau explain tak reti pendek2. Panjang juga explanation saya. Hehe. 


10. Pertanyaan tentang penggunaan kalkulator saintifik. 

Mulanya beliau terpengaruh beli kalkulator pink yang saya belikan untuk Dania. Ya Dania ada 2 kalkulator bawa masa exam untuk spare sebab takut tiba2 terhabis bateri masa jawab exam. Bila ada pertanyaan ni saya tak reti nak jawab sebab beliau tanya macam mana nak dapatkan jawapan guna kalkulator ni (nak tukar decimal to fraction). Dania yang tolong jawabkan. Masa tu Dania nak ambik SPM. Bila tanya beliau ni pelajar Diploma kat UITM. Tak kira la yang muda tolong yang tua ke apa ke. Kita saling bantu membantu kan....akhirnya saya minta beliau doakan Dania untuk SPM. 😁


11. Pertanyaan tentang fakulti pengajian siswazah UPM.

Ni pun susah juga saya nak jawab sebab Dania baru asasi jadi saya akan follow Dania untuk tahu info lebih lanjut. Info tentang pengajian masters ke atas memang saya tak ambik port lagi tapi ada juga la saya bantu untuk beliau mendapatkan info. Pelajar Korea pulak tu. Entah tengok perkongsian saya kat mana la agaknya. 😅


12. Pertanyaan tentang kelas menjahit kanak-kanak.

Saya ada share Dania pergi kelas menjahit dengan ibu kepada kawan Dania yang terer menjahit. Dania buat beg jerut dan pencil case tak silap saya masa tu. Jadi saya bagi je la contact info ibu kepada kawan Dania tu. Bukan sis yang buat kelas menjahit ya....😅


13. Pertanyaan tentang Asasi Sains Pertanian UPM lagi di gmail. 

Tutur kata yang sopan je Anissa ni. Jadi saya kongsikan pengalaman Dania di Asasi ni. Akhirnya selepas UPU diumumkan untuk pelajar lepasan SPM 2022, Anissa berjaya beroleh kemasukan ke Asasi Sains di Dengkil. Beliau memang nak masuk Asper tapi rezeki di sini. Beliau bercita-cita nak menjadi seorang Dr Veterinar. Moga cita-cita Anissa untuk menjadi seorang Dr Veterinar dipermudahkan. Saya pesan kena score setinggi mungkin. 


14. Pertanyaan mengenai Indus Cafe by Bora Ombak 

Dulu, Indus Cafe ni ada buat Pecah Perut Sunday dimana ada buffet breakfast berharga RM10/pax setiap bulan pada hari ahad yang pertama. Lepas tu ada la pertanyaan tentang buffet breakfast kat sini. Ikutkan dah bertahun kot tak pergi sini. Dah orang tanya...kita pun jawab la. Buffet breakfast pun banyak juga pilihan makanannya dan kadang ada ceramah juga. Sambil-sambil makan dengar ceramah agama. 





Setiap pertanyaan saya akan menjawab dan membantu selagi boleh. Anda rajin ke nak menjawab?. 


***nama dan gambar saya blur untuk tidak mengganggu privacy mereka.





XOXO,
Ezna

 

19 comments:

  1. Tergelak jugak baca sesetengah soalan dieorg especially part kalkulator tu 😂. Memang ada ciri kaunter pertanyaan ye sis. Ni baru la namanya influencer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tapi sis terkejut yang budak tak berbaju dan gambar kat kubur. Tak tahu siapa yang meninggal. Terkejut sis....nak tergelak tak sampai hati pulak...

      Delete
  2. Sy pun pernah mcm ni... kebanyakkannya baca dr blog.. layan je la mana yg terlayan kak... ada yg email ada yg tanya di messenger... tp ada yg di messenger bbrp thn yg lepas x terjawab sbb masuk spam.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terbalas tu macam ada pengalaman jugak. Kalau kat Ig dia masuk tempat lain.

      Delete
  3. nampak sangat banyak perkongsian akak yg sgt bermanfaat sampai ramai yg baca dan bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 bermanfaat la. At least info yang kita tahu...kita kongsi.

      Delete
  4. banyak pertanyaan tu. tp yg best tang buah setoi tu. teringat2 lah sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah setoi tu sis pun tak pernah tahu dan first time dengar sebenarnya.

      Delete
  5. Cuya tergelak part yg org tiba2 hantar gambar budak tu,
    Sebab tiba2 kan org hntr, akk pulak tk kenal...hehehe

    Tapi memang dasyt ya soalan2 ni... Jenuh jugak kalau ramai yg bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan2 memang semua bidang kena master ni. Haha. Yg adik tu masalahnya dia lelaki. Entah siapa2 tak kenal. Bila tanya dia tak jawab apa2. Mungkin tak faham tapi random dia hantar gambar. Kalau org melatah mau melatah ohhhh

      Delete
  6. Ok, uncle tergelak juga.... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertanyaan yg mana atau kita yg kena tanya? Hehe

      Delete
  7. Takpe jadi kaunter pertanyaan pun, dapat juga bantu orang hehe ..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Terima kasih sebab datang...nanti saya balas kunjungan.

      Delete
  9. terbaek la ezz!!!! barakallah fiik

    ReplyDelete
  10. bagus ada pertanyaan begini...kita telah menjalaklan kewajiban sebagai insan untuk memberi mnfaat kepada orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tapi dalam pada masa yang sama nak kena master juga info2 dan input2 pertanyaan mereka tu.

      Delete