Selasa, Ogos 22

Anda stress di tempat kerja? | Punca dan solusi

Bila tengok tajuk ni macam apalah saya nak cerita ya...sebab saya pun duduk rumah ajer. Kebetulan malam tadi...tiba-tiba kawan saya suruh Dania masuk zoom ni. Kalau tengok kat zoom boleh dapat sijil. Hmmm Dania tak tengok tapi saya yang tengok melalui fb (kalau fb takde sijil ya). Tajuk yang menarik untuk saya turut serta. 

Webinar program kesedaran kesihatan mental ini dengan tajuk 'Stress di tempat kerja : Punca dan Solusi disampaikan oleh Dr. Pakar Perunding Psikiatri, Dr Firdaus Abdul Gani. 

Saya rasa tajuk ni sesuai je untuk semua, tak semestinya di tempat kerja sebab duduk rumah atau kat mana-mana pun boleh stress. Ye tak?.

Kalau kita ada tanda-tanda macam ni kena berhati-hati. Mungkin kita mengalami stress. 

Apa itu Stress? 

Dr suruh senaraikan tugasan mengikut kerja yang kita perlu selesaikan. Kena ada tarikh / Urgent / Tak Urgent. Kalau tidak urgent...boleh tangguhkan dulu kerja tu. Tapi, ada je majikan yang nak urgent semuanya. Ye tak?. Takde pulak yang kata 'tak urgent'. 

Selesai ajer tugasan tu kita potong jadi kita akan nampak kurang sikit apa yang kita perlu fikirkan. Saya rasa macam psikologi minda kita juga la kan. Kita akan rasa lega bila nampak kerja dah makin berkurangan. Rasa kuranglah cemas/panik sikit. 

Lagi satu, kita boleh belajar untuk deligate tugas kita sebab tak semua benda kita boleh buat sendiri. 


Kena wujudkan suasana gembira di tempat kerja. Saya dulu pernah bekerja di Kontena Nasional Berhad cawangan Pelabuhan Klang. Kat situlah saya rasa tempat kerja paling best. Dengan kawan-kawan semua best sangat. Ada la seorang dua yang tak best. Ya lah tak ada yang sempurna la kan. Saya rapat dengan seorang kawan saya bagaikan belangkas ya. Beliau ialah Jona Hidayati. 


Kadang-kadang stress juga berpunca daripada persekitaran yang toksik dan jauh dari tempat tinggal. Jauh dari tempat tinggal tu betul sebab ada seorang kawan saya tinggal di Taman Melawati tapi bekerja di Putrajaya. Akhirnya beliau minta pindah pejabat berdekatan dengan rumah kerana setiap hari kena berulang alik dari rumah ke tempat kerja awal pagi dan balik pula kena menghadap jam tiba selalunya waktu malam baru sampai rumah. Sampai satu tahap dah tak boleh tahan dah. Banyak peristiwa beliau terlepas seperti mengajar anak untuk tugasan sekolah....sebab banyak masa dihabiskan kat jalan raya. 

Kena keluarkan orang negatif dalam circle kita. Ada juga saya buat ni. Unfollow orang yang tak memberi manfaat kepada kita seperti dalam Instagram selalu menggunakan bahasa yang kesat, tingkah laku yang tidak baik. Ada juga saya left group whatsapp yang selalu menggunakan perkataan yang 'double meaning'. Sebelum saya left saya sekolahkan beliau dulu. Tak tunjuk bagus tapi puas hati dapat meluah apa yang terpendam.


Dr ada mentioned juga kalau nak tegur jangan tegur menggunakan orang tengah. Kena tegur direct supaya apa yang ditegur tu sampai kepada individu terbabit. Jangan pula hanya dengar maklumat dari orang ketiga sahaja. Kena bersemuka. 


Kes macam ni saya pernah dengar. Yang senior buli yang junior untuk buat lebih kerja. Deraan emosi pun boleh jadi punca juga.

Pernah saya masuk meeting, kemudian ada beberapa pegawai yang baru juga masuk meeting kemudian bila yang chair meeting tu tanya pegawai yang baru tu dia tak tahu apa yang ditanya kemudian yang chair meeting tu cakap 'kalau setakat datang nak makan nasi lemak je baik tak payah datang'. Fuhhhh memang pedas betul. Padehal pegawai seliaan pegawai baru tu yang suruh masuk meeting sebab nak bagi exposure aleh-aleh mendapat pulak. Fobia jugak saya nak masuk meeting lepas tu. Budak baru kan....


Ini macam tadi jugak ni kena deligate tugas. Pekerja yang malas juga kena diberikan tugas juga. 


Bekerja dalam pasukan ni kadang agak payah kalau ada ahli sepasukan yang 'tak rajin' atau 'tak sekepala'. Masa belajar pun kadang ada yang nak ikut cara dia je, tak nak dengar cakap orang lain. Dia je yang betul. Kalau dapat orang macam ni memang payah nak buat kerja. 

Kerja berpasukan means kena berkerja bersama-sama untuk mencapai satu objektif tu. 


Ini sangat betul. Kadang pukul 11.00 malam sibuk nak mengadakan meeting. 11.00 malam ya. Waktu kerja pun dah habis. Apalah salahnya tunggu sehingga hari bekerja keesokannya pula. Work and life balance pun tak ada. 😓. Masa pekerja tu on MC pun sibuk berwhatsapp suruh siapkan tugasan. Agak-agak tenang ke pekerja yang berehat kat rumah tu?.

Ada seorang kawan saya dulu pernah bekerja di multinational company. Kawan saya kata bos di atasnya suruh kawan saya balik. Tak payah kerja lebih masa.  Go home. 

Dr Firdaus ada mentioned yang kat Perancis ada polisi tak boleh whatsapp selepas waktu kerja. Wahhh tak nak impose kat Malaysia ke?. Agak-agak boleh ke?. Boleh tak disiplinkan diri kita buat boundaries, lepas waktu kerja kena train  ada boundaries. Maknanya macam tak terima whatsapp / call berkaitan dengan pekerjaan selepas waktu kerja. Saya rasa yang ni ada pekerjaan yang tak boleh buat macam ni. Contohnya macam pekerjaan suami saya. 

Dr juga tekankan kena ada balance diantara pekerjaan dan keluarga. Kena ada masa berkualiti dengan keluarga. Cth makan malam bersama-sama dengan anak-anak. Tanya kesukaran anak-anak atau kegembiraan mereka. Dr kata masalah remaja zaman sekarang yang tak tahu nak bercerita kat siapa kalau ada masalah disebabkan ibu dan bapa sibuk bekerja.    

Ini kadang-kadang remaja ni akan bercerita dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan yang baik ok lah kan tapi kalau dengan kawan-kawan yang sebaliknya akan menjurus kepada perkara yang tak baik pula. 

                                                                                                                              

Haaa ini pun salah satu point penting juga untuk kesihatan mental kita. Kena amalkan gaya hidup sihat. Kena bersenam, makanan yang seimbang dan tidur yang secukupnya. 


Senaman pernafasan dan relaksasi otot ni boleh la tengok youtube ya. Meningkatkan ibadah serta berfikiran positif untuk minda yang sihat. 


Ini juga salah satu cara untuk mengatasi tekanan tapi bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi boleh dilakukan. Kena kuatkan diri kita. Kalau saya stress tu boleh jadi dengan menangis saya akan lega atau bercerita kepada rakan. Tetapi selalunya saya tidak akan bercerita kepada rakan masalah yang dihadapi.

Kenal pasti support system kita. Bila rasa sedih kena ada support system yg baik macam pasangan, kawan sesiapa sahaja....kita perlu ada seseorang utk support system kita. Kita perlu salurkan kerisauan kita kepada seseorang atau boleh tulis diary supaya kita boleh salurkan emosi. Boleh juga bercerita dengan tuhan. Setiap masa kita boleh bercerita kepadaNYA.  
 

Ini juga salah satu penyebab stress. Nak kena buat kerja yang kita suka, kita gembira. Saya suka Dr share yang manakah definasi pekerjaan tu untuk kita. 
A job?
A career?
A vocation?

Apakah makna pekerjaan anda kepada diri anda sendiri? 

Ada saya kenal seseorang yang sanggup melepaskan kerjaya beliau di sebuah syarikat konglomerat. Sebab apa? Stress kena selalu balik lewat. Beliau merupakan seorang pelajar cemerlang. Dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Ada sijil ACCA lagi. Selain stress nak menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak beliau. Dalam tak bekerja tu boleh pula nak belanja adik beradik di tempat-tempat yang harga pun boleh tahan. 

Jadi, kita buatlah kerja apa pun yang kita rasa dapat memberi kepuasan kepada kita dan boleh memberi kegembiraan buat kita dan paling penting boleh memberi manfaat kepada orang lain. 


Kata-kata yang sangat bermotivasi untuk kita menangani stress. 


Kelebihan kita bukan orang lain akan terima - setiap individu adalah unik, tak boleh nak please semua orang atau nak puaskan hati semua orang kita tak akan mampu. Kalau kita ambik port apa orang kata...kita akan rasa tertekan tapi kalau kita tahu apa yang kita lakukan ni untuk kepuiasan diri, dan mendatangkan manfaat kepada orang lain, ia akan membuatkan emosi kita rasa rationalise apa yg saya buat ini mendatangkan rasa seronok. Saya tak akan mampu memuaskan hati semua orang. Kalau ada individu yang memang tak puas hati dengan kita, macam mana kita cuba jaga hati dia...akan ada juga yang dia tak puas hati. Ini memang saya setuju sangat. Kalau dah tak suka tu, buatlah apa pun tetap nampak buruk di mata orang lain. 

Tugasan yang kita buat dengan niat yang betul, apa yang dipandang oleh orang lain kita kena belajar untuk tolak tepi. 

Kat bawah ni boleh tengok perbezaan Mitos dan fakta Penyakit Mental. 


Perbezaan diantara 
Kaunselor, Pakar Psikologi dan Pakar Psikiatri

Kaunselor 

Jika ada masalah kesihatan mental yang belum lagi pesakit mental. Stress. Konflik dgn rakan setugas.

Pakar psikologi 

Bukan seorang doktor perubatan. Membantu melakukan penilaian, psikoterapi, cuba merungkai atau mengubah fikiran menjadi positif, tidak boleh memberi ubat. 

Pakar Psikiatri

Seorang doktor perubatan yang boleh memberi ubat preskripsi. Kalau teruk jadi penyakit mental boleh membawa kesan kepada aktiviti harian. Kesihatan mental yang terjejas akan memberi kesan yang teruk secara berterusan. Jika mengalami kemurungan berterusan kena jumpa pakar psikiatri. Pakar psikiatri akan bekerja beriringan dengan pakar psikologi. 

Rawatan awal akan memberi impak yang positif kepada rawatan yang diberikan. 

*****semua screenshot slide diambil dari webinar Medtweetmy di facebook. Boleh ke facebook mereka. Ini merupakan portal rasmi gabungan para doktor dan petugas kesihatan. Kat twitter pun ada.





XOXO,
Ezna


















 









11 ulasan:

  1. terima kasih share info bermanfaat ni...

    sy dah penah alami stress berpunca drpd persekitaran yg toksik. smpi kan setiap hari nk pergi kerja, 1001 doa sy baca mula dari keluar rumah smpi laa tiba opis.... timbul rs takut yg amat kat opis tu. akhirnya sy pilih utk keluar demi kesihatan mental. sy perlu jg circle dan kesihatan sy...tak pe gaji sikit asalkan hati bahagia....gituuuu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruk juga stress tu. Betul la langkah anies tu utk berhenti kerja kat situ.

      Padam
    2. sbb dia boleh ganggu prestasi kerja. saya mmg tak suka kalau asyik kena tanya pasal kerja. kita juga nak kerja dengan tenang. bkn dlm keadaan 'menakutkan'... sy tak nak mati sebab kerja hehehe

      Padam
    3. Ish ish 'asyik kena tanya'. Kalau macam ni pun rimas juga kan sebab macam tak percaya pulak apa yang kita buat. Nasib baik bertindak awal untuk tak kena stress berpanjangan. Kalau berpanjangan boleh membawa kepada penyakit mental pulak....syukur ya anies....

      Padam
  2. Balasan
    1. Ada live uncle. Sambil dengar, sambil type isi isi penting webinar ni.

      Padam
  3. selagi bernama manusia...emmm stress tu a norm, antara extreme or not jer dan it's about how to handle it

    BalasPadam
  4. Terima kasih share ilmunya. Bagus jugakan ada program online dan dapat sijil. Bagus jugalah kan kalau boleh apply tak boleh whatsapp after waktu kerja. Barulah dapat rehat dengan tenang. Esok esok je lah citer kerja pada waktu bekerja. Boleh kurangkan stress juga tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whatsapp lepas waktu kerja tu kalau boleh buat bagus sangat. Dah tengok orang terdekat ni macam mana.....kalau dah balik tu biar la tenang dari kerja2 kat ofis tu kan....ni tidak...masih buat kerja ofis lagi....

      Padam
  5. Dulu saya lama kerja di HSBC bank, dan ini salah satu the best working place saya pernah rasakan. Mungkin Krn HQ mereka di London, jadi memang segala sesuatunya ikut HQ punya culture. Dan work life balance benar2 diterapkan untuk staff.

    Kami pun ada dikasih training untuk handle stress setiap beberapa bulan sekali.

    Dan jika waktunya core leave, itu sama sekali tak bisa akses apapun ke kantor, just enjoy the leaves lah.

    Memang stress ini tergantung dari cara kita handle. Pikir dulu dengan kepala dingin, jangan panik. Support dari atasan dan teman 1 team pun sangat penting.

    Saya juga selalu nyempetin diri utk bisa melakukan hobi dan passion saya tiap tahun, dalam hal ini traveling. Kalo dah stress sangat itu artinya saya perlu traveling. Refresh pikiran. Dan biasanya sepulang dari luar negara, pasti pikiran saya fresh lagi 😁

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...