Ini kisah kawan saya bernama Wan Alwani. Kami jadi baik tanpa sengaja. Ok nak dijadikan cerita anaknya Iman Sofea ni pernah sekelas dengan Dania masa Tingkatan 3. Masa Iman dan Dania tengah menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2019, terkeluar berita mengejut mengatakan ayah kepada Iman Sofea iaitu Dr. Noor Izham Bin Ismail telah mengalami kemalangan dan meragut nyawanya. Kemalangan maut ini berlaku di mana pada pagi tu motor Dr. Noor Izham dilihat melanggar tiang lampu di hadapan tempat kerja beliau di Hospital UITM Sg Buloh. Kawasan tersebut tidak ada CCTV. Tiada siapa yang tahu bagaimana kemalangan ini berlaku. Ada andaian juga yang mengatakan mungkin ada yang melanggar, atau mungkin Dr menunggang motor dalam keadaan mengantuk. Beliau merupakan Dr pakar jantung di Hospital UITM, Sg Buloh.
Nak dijadikan cerita juga saya pula sukarela menjadi admin untuk whatsapp kelas 3 Dedikasi. Jadi no Wani ni saya ada kemudian saya whatsapp beliau. Saya dan Dania ada datang ke rumah bila mendengar berita ini. Nak bagi sokongan kat kawan Dania la. Bila ada majlis bacaan yassin untuk arwah suaminya, saya dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis bacaan yassin dan tahlil arwah. Saya, Dania dan suami turut hadir. Nak dijadikan cerita lagi Wani ni batch adik saya Erma masa kursus Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. Masa pergi majlis bacaan yassin tu ternampak pula kawan saya Siti Mariam (saudara kepada blogger Ayu Rafikah) yang suka masuk peraduan (kenal pun sebab kami berdua memang kaki peraduan). Bila ditanya rupanya suami kawan saya tu sepupu pula dengan Wani. Eh banyak pulak berkait ni ya. 😅
Intro saya punya panjang kan....hehe. Ok ada satu hari tu Wani letak kat IG Story yang beliau mengemas biliknya dan nak beri buku2 perubatan arwah suaminya. Nak beri ya....kiranya macam sedekah kepada sesiapa yang sudi menerimanya. Saya pun tanya ada lagi ke bukunya?. Hari yang sama saya terus pick up. Saya dapat sehelai shawl berwarna purple.Rezeki pula saya yang pick up buku-buku perubatan. Buku-buku arwah suaminya ada la dalam 10 buah kot. Tebal-tebal semuanya. Kata Wani, anak-anaknya macam tak ikut jejak langkah ayah mereka nak jadi seorang pakar perubatan. Iman Sofea anak sulungnya selesai Asasi Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar di UIA dan seterusnya akan menjurus ke laluan Ijazah Seni Bina. Anak keduanya pula tidak mengambil Biologi untuk SPM yang merupakan subjek penting untuk mengambil kursus perubatan. Dua lagi adik beradik Iman masih bersekolah rendah.
Wefie kami semua. Kamera phone saya ni kejap terang kejap malap.
Beliau la yang saya maksudkan tadi, Doktor pakar jantung, Dr Noor Izham Bin Ismail.
Sebenarnya Dr Noor Izham ni seorang yang romantik juga sebabnya di dalam salah satu buku yang diserahkan kepada saya, muka surat hadapan ada kata-kata cinta buat Wan Alwani......bermula dengan..
Dear Wani.....ada gambar Dr juga di situ (ada kata-kata lain juga). Rupanya isterinya Wani cerita....bait-bait ayat di dalam buku itu ditujukan kepada Wani sebelum beliau menjadi suami isteri. Masih dalam fasa perkenalan/bercinta. Cerita Wani lagi, tercapai cita-cita arwah suaminya nak menjadi seorang pakar perubatan.
Lalu saya cakap dengan Wani supaya koyakkan ajer muka surat hadapan tu supaya Wani boleh simpan buat kenang-kenangan. Seingat saya ada tiga gambar ukuran passport Dr Noor Izham kat situ.
Credit : Facebook UITM
Buku-buku yang siap dimasukkan dalam kotak besar. Saya yakin buku-buku ini akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada penerimanya iaitu bakal pelajar perubatan, Afrina Asma' Alhannah. insya-Allah dari kulit buku sampai kulit buku belakang nanti Afrina akan baca. Apatah lagi masa cuti ni orang lain yang menunggu keputusan kemasukan ijazah akan membuat aktiviti lain, lain pula dengan pelajar nan satu ni ya. Beliau menelaah mata pelajaran mengikut silibus nanti. Afrina juga sama Universiti dengan Iman cumanya Asasi mereka berlainan. seorang di Kuantan dan seorang lagi di Gambang. Nanti kalau Ijazah pun tak sama penempatannya. Perubatan di Kuantan dan Seni Bina di kampus UIA Gombak.
Kebetulan beberapa hari sebelum saya nampak IG Story Wani, Kak As dok whatsapp saya nak belikan buku -buku untuk Afrina menelaah nanti. Itulah ilham saya datang bila nampak perkongsian story dari Wani untuk pass buku-buku ni kepada bakal Dr.
Tengok la betapa tebalnya buku ini. Selalunya buku-buku perubatan ni diimport dari negara luar dan berkulit tebal pula dan dah tentu harganya agak mahal. Bukan calang-calang orang juga yang ambil jurusan perubatan ni. Perlu ada minat dan cemerlang akademiknya. Ibu bapa pula kena sediakan dari segi kewangan juga. Disebabkan kursusnya agak tinggi juga yurannya berbanding kursus ijazah yang lain di IPTA. Kalau kat IPTS apatah lagi kan?. Kalau dapat penajaan memang lega la kan.
Alhamdulilah, saya dah selamat juga pass kepada ibu Afrina. Kita wefie dulu ya Kak As. Kak As ni baru lepas hantar anak lelakinya...iaitu adik Afrina balik kolej. Kak As ni siap pakej migraine lagi ni sebenarnya. Semangat nak pick up buku...lain2 belakang kira.
Aik....saya hantarkan buku dapat juga Tealive. Terima kasih belanja....
Petang tadi kata migraine kan?. Kalau saya bawak-bawak la berehat kan....kasih seorang ibu....siap balut buku dan lap2 buku ni dan siap semua buku selesai dipakaikan plastik. Sayang sungguh buku-buku ilmu ni. Anaknya Afrina tu sejenis yang memang kaki study jadi tak risau dah bila buku ni diberikan. Kita yang paling risau jika berikan buku2 macam ni tapi end up buat kumpul habuk je. Tak fully utilised. Alhamdulilah tiba ke tangan penerima yang tepat.
Bila tunjuk gambar buku ni kat Wani....Wani respon :
'Alhamdulilah. They are in the right hands. Nampak baharu semuanya.'
Moga buku-buku arwah Dr Noor Izham ni akan menjadi ladang pahala arwah di alam sana. insya-Allah. Saya sebenarnya suka buat benda2 kecik macam ni sebab saya happy bila orang happy. 😉.
XOXO,
Ezna
ilmu yang bermanfaat akan kekal menjadi cahaya di alam baqa
BalasPadamAl-fatihah buat arwah Dr... semoga asbab buku yang diberikan akan menjadi pahala berpanjangan buat arwah
BalasPadamSemoga pemberian buku ini secara percuma memberi jutaan manfaat buat penerimanya
BalasPadamAllahuakbar. Semoga pahala mengalir dari arwah, isterinya, ke sis Ezna dan seterusnya ke bakal doktor Afrina. Al-Fatihah buat arwah Dr. Noor Izham. Muda lagi orangnya, sebaya my husband.
BalasPadamAaamiiiin kak.. Smoga melalui buku2 yang diberikan ini bertambah amal jariyah tak putus untuk almarhum . Sedih sangat baca jika ada kemalangan seperti ini. :(
BalasPadamBuku2 kedokteran ini memang lah mahal dan tebal. 2 adik saya dokter juga, spesialis Telinga Hidung dan Tenggorokan. Karena tulah saya tahu banyaknya biaya kalo nak jadi dokter 😅.
barakallah fiik.... anyway, dr izham tu sama umur dgn my adik (hanim) sbb lahir thn 1979
BalasPadamalhamdulillah.... buku2 doktor memang mahal2 kan..
BalasPadam