Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, August 10

Aktiviti memasak, pasar malam & food truck

Tengahari saya masak mee sup. Sup tu saya letak fish ball, sotong kembang dan lala. Ha semua makanan laut. Saya suka jika makanan laut saya masak...saya tak campur dengan yang darat. Dalam gambar mee tak kelihatan sebab dilitupi dengan lauk yang selambak. Ini yang untungnya kalau masak sendiri. Lauk tu boleh letak ikut suka hati kita nak banyak mana kan...saya perasakan juga dengan cili api kicap. Lepas tu untuk makan malam pula suami cakap beli kat pasar malam je sebab ada juga groceries nak beli. Hooray 😅. 


Kat pasar malam Putrajaya, beli juga apam lenggang ni atau kalau kat kedai mamak apom manis. Pernah rasa tak?. Ni dia gulung. Kalau kedai mamak tu dia biar bulat camtu je. RM6 untuk 10 keping. Takde besar mana pun apam lenggang ni. Top up juga ikan, udang, ketam, pucuk paku, petai dan brokoli. Ingat esok nak masak lemak cili api pucuk paku udang la. 


Dah beli-beli kat pasar malam tu, singgah pula minum petang kat Food Truck, Presint 15 Putrajaya. Dania teringin nak makan pizza ni. Beli pizza margherita. Teringat pizza jenis ni yang kami makan kat airport Zurich, Switzerland di Air Restaurant yang berkonsepkan food court. Kebetulan yang masak tu muslim. Ni link hari terakhir kami di bumi Swiss link

Ok berbalik kepada food truck pizza ni....to be exact kami order kat Api Pizza. 


Ada tempat masak pizza dalam food truck. 


Banyak juga menu kat sini. 


Sambil menunggu, Dania bagi kucing treats. Dania bawa dalam handbag dia. 


Akhirnya setelah 45 minit menunggu pizza masak dari 'Api Pizza' barulah pizza kami sedia untuk dibawa pulang. Mulanya cadang nak makan kat food truck ajer tapi lama nau siapnya kami tapau je la. Nasib la kami tak keluar 'api' tunggu 'Api Pizza' Haha. 

Bila rasa pizzanya sedap juga. Doh dia lembut je. 
 

Bila dah selalu masak, sesekali nak orang lain masakkan kita pulak. 😅






XOXO,
Ezna

19 comments:

  1. Ingatkan guna bakar ada kayu api. Hehe lambat pula siap ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu dapur macam ni pun boleh lambat. Jenuh nak tunggu.

      Delete
  2. Nampak sedap la pizzanya...teruja tengok..

    ReplyDelete
  3. saya sangat suka pergi pasar malam.tapi sejak ada anak-anak ni, jarang sangat dah lah pergi. kalau pergi pun boleh kira dengan jari jer berapa kali dalam setahun. saya suka makan yong tau fu pasar malam .hihi..

    TQ for blogwalking. Salam Perkenalan.

    www.dorsettpink.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar malam ni yang bestnya macam2 ada. Kadang2 kuih muih yang rare ada juga. Oh young tau fu tu saya pun suka.

      Delete
  4. Salam kunjung balas. Nampak sedap betul pizza tu. Satu lagi, nama Ezna ni saya perasan. Rajin join contest Karangkraf dan ada terbaca kawan-kawan interview Ezna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah ya saya suka join masa anak masih kecil dulu. Ya ada. Terima kasih Netty sebab berkunjung ke sini.

      Delete
  5. tak pernah lagi makan apam lenggang tu. kalau apam balik biasa tak yah ckp laa... nampaknya kalau nak mkn apam ni sy kena trn putrajaya laa ya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apam lenggang ni katanya kuih kat Kedah. Nak jumpa pun jarang. Tup tup boleh jumpa kat Pasar Malam Putrajaya ni.

      Delete
  6. heheh cute jer baca entry u psl piza api tuuu haaa i pun kurang kesabaran if kena menunggu lama2...anyway, i masih berhrp dpt pegi swiss one sweet day cuma tak tahu bila sbb rasa mcm tak mampu if nak pegi ber5....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama la kita Suzz, asyik zoom kat 'API PIZZA' tu je. Masalahnya bukan I je tapi mereka yg order kat pizza ni jugak. Haha. insya-Allah Suzz. Kami bertiga pun harga begitu, you pula berlima...tapi you makin lama makin harga naik. Masa I gi tu masa tu tak ramai lagi yang nak keluar negara sebab baru je buka sempadan. Time ni tiket flight much cheaper.

      Delete
  7. biasanya pizza memang lama nak siap kecuali ready served..proses topping dan memasak memang ambik masa selain darpada banyak order daripada orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya lambat sikit dalam 20 minit tapi ni kami tunggu lama betul.

      Delete
  8. Singgah sejenak di sini
    Baru saja saya pulang dari pasar malam. Ternyata di Malaysia ada pasar malam juga ya.
    Salam perkenalan dari Indonesia.
    Saya follower 1274

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Iya Malaysia juga ada pasar malam. Selamat berkenalan. Nanti saya lawat blog sana pula.

      Delete
  9. seller tu patut ada strategi la mcm mana spy pizza tu x lama dibakar di food truck... kurangkan masa menunggu customer.. ataupun dia panaskan je bila customer beli... mmg masak laaa kalau kena tgu mcm nk kena mkn kt pizza hut... nnt kena viral marah pulak... 45 minit tu mmg lamaaaaaaa kak... nk nanges baca

    ReplyDelete
  10. Masa PKP dulu pernah buat apom lenggang tu.. hehe

    ReplyDelete
  11. Pizza yg dimasak dalam tungku begini rasanya beda drpd yg dimasak di oven 👍. Lebih sedap, lebih wangi. Dan otentik. Saya lebih suka pizza yg begini drpd yg dimasak oven. Memang lebih cepat oven, tapi beda saja rasanya dengan yg masak tungku

    ReplyDelete