Credit : Google
Secara tak sengaja menonton movie ni kat Astro. Movie ni dibintangi oleh George Clooney dan Julia Roberts. Gandingan dua pelakon kelas A Hollywood.
Kisahnya berkisar tentang Lily anak kepada pasangan yang sudah bercerai Georgia lakonan Julia Roberts dan David lakonan George Clooney, bercuti ke Bali setelah grad dari universiti. Percutian Lily dan kawannya pada satu hari menjadi tragedi sebab mereka ditinggalkan ketika snorkeling sehinggalah bot seorang jejaka Bali bernama Gede ternampak mereka. Mereka pun diselamatkan secara tak sengaja oleh Gede.
Sebulan Lily di Bali beliau telah jatuh cinta dengan Gede dan merancang untuk berkahwin lalu Lily email la kepada ibunya Georgia dan bapanya David. Maka, kedua ibu bapanya merancang untuk ke Pulau Bali. Dalam kapal terbang pula kebetulan mereka duduk sebelah menyebelah. Nak bergaduh je sehingga ada seorang penumpang ni sanggup duduk di tengah diantara David dan Georgia. Kebetulan pilot yang bertugas ialah Paul....boyfriend kepada Georgia. Paul ni suka buat surprise.
Kemudian pasangan ini terbang ke Bali untuk merancang satu misi yang dinamakan 'Trojan Horse' supaya anaknya Lily gagal untuk berkahwin. Apakah kandungan misi tersebut? Haa kenalah tonton movie ni.
Satu fakta tentang movie ni ialah, lokasi penggambaran ini tidak dilakukan di Bali sebaliknya di Australia iaitu di Whitsundays, Gold Coast dan pantai berdekatan dengan Brisbane di Queensland.
Hmmm ulasan tentang movie ini?. Kalau anda yang meminati movie yang simple dan tak banyak fikir juga yang tak ada adegan ganas, inilah movie untuk anda. Simple komedi romantik genre movie ni. Julia Roberts dalam movie ni nampak sedikit berusia berbanding movie dia sebelum ni tapi ada satu part masa hari perkahwinan Lily, Julia Roberts tampil menarik dengan pakaiannya dan sanggul tepi dengan bunga. Cantik sangat. Senyuman Julia Roberts tu buat lagi mahal.
Elemen kayu pun banyak ditampilkan di dalam movie ni di mana rumah keluarga Gede dalam movie ni ala ala chalet berkayu. Pakaian tradisional masyarakat Bali pun dipakai oleh pelakon family Gede. Ada nampak kanak-kanak pakai baju kebaya. Movie ni pun bukan sejenis movie yang complicated tapi macam kita boleh agak pengakhirannya.
Saya bagi 7/10 untuk movie ni.
XOXO,
Ezna
best cita ni.. kuar2 je dah layan dah sbb ada julia robert
BalasPadamSuka juga Julia ni berlakon. Senyuman dia manis sangat.
PadamKalau baca, macam menarik plot dia..disebabkan umah tak pasang astro..jadi, belum sempat lagi nak tengokk...
BalasPadamOh....mungkin movie ni ada kat TV ke nanti mana tahu kan...
PadamUncle suka Julia roberts... dari dia muda sampai tua!
BalasPadamOh ye ke Uncle?. Julia ni kalau berlakon memang best.
PadamMenarik jalan ceritanya, nampak santai.
BalasPadamaaahhhh.. sukanya dengan lakonan Julia Roberts, suka senyuman dia juga.
i suka genre gini hehhe seronok jer baca ur review..rasa mcm pernah terbaca review movie ni sblm2 ni kat facebook (time naik kat my newsfeed tu)
BalasPadam2-2 pelakon senior yang masih mantap jelita & hensem.. terkenang zaman muda² bila tgk mereka berlakon
BalasPadamSuka tengok cerita ni. Kelakar habis. Gandingan Julia Roberts dengan George Clooney memang ngam, ada chemistry.
BalasPadamSaya belum tonton film nih 😄. Nantilah kena tengok. Jujur hanya karena nak lihat akting Maxime Bouttier bersanding dengan Julia Roberts 😄. Kebetulan Maxime pun aktor yang lumayan populer di Indonesia Trutama karena dia sedang dekat dengan artis ternama pula 😁
BalasPadam