Rabu, Ogos 23

Nippon Sushi dan Myviets

Mula-mula ingatkan nak buat 1 post je dengan bersenam tapi tak boleh jadi sebab nanti meleret-leret pulak ceritanya. 

Kami ke Ayer 8 selepas bersenam. Kiranya ni early dinner la. Kat Ayer 8 ni memang banyak sangat tempat makan. Lepas parking berjalan punya berjalan Dania ternampak Nippon Sushi ni dan lagi satu MyViets. Saya berani makan kat sini sebab owner dia (both Restaurant owner yang sama) satu batch dengan adik ipar saya di MRSM Kuantan. Adik saya, adik ipar dan anak2 saudara saya selalu juga ownernya belanja makan kat restoran Nippon Sushi ni. Rezeki mereka la. Nippon Sushi dan MyViets ada cawangan juga di Bandar Baru Bangi. Kedua restaurant pun berdekatan diantara satu sama lain.


Pilih tempat yang mengadap cermin besar dan tasik. Kat bawah ni banyak betul buih sabun. Ada alat tu keluar je buih sabun banyak-banyak. Dalam gambar ni tak berapa clear tapi ada la buih2 sabun belakang tu.


Apa yang nak dicapai dulu eh?. Pilih pilih. 


Banyak juga pilihannya tapi ada je yang sama juga lalu sebelah kita. 


Ni yang sempat saya capai. Hehe. Makan habis ni dulu la ya. 


Dah habis kita top up pula yang ni. Tak silap saya ikan salmon kat atas ni. Kena letak sos hitam juga nak bagi ada rasa sebab tawar je. 


Dalam pada masa yang sama, saya dah lama teringin nak makan Vietnam Rolls ni. Tinggal jap Dania, saya dan suami ke sini pula nak tapau. 


Dalam kedai. Kami duduk menunggu depan kaunter. 


Ok dah tau nak tapau yang mana....SS09 tu Summer Roll With Prawn & Crabstick. 


Close up gambar. 


Pilih duduk tepi cermin yang luas. 


Lepas dah order suami suruh saya balik ke Nippon Sushi while suami akan tunggu la order tapau ni. Bila tiba kat saya, ambik gambar dulu. Ada 6 roll bersama sos pencicah. Tak makan la kat Nippon Sushi ni. Kita tapau bawa balik je. Dah saya teringin sangat. Hehe.  


Tiba pula air refreshing ni. Ada daun pudina, lemon dan ada ice cream. Oh ya ada longan juga. 


Nampak Souffle dessert ni berjalan atas conveyor belt kemudian Dania kata boleh ambik ke?. Ummi kata ambik je la. Bukan selalu pun kita makan kat sini kan?. Atas dia macam pudding buih dan bawahnya macam biskut lenyek tu. Sedap juga cuma saya makan sikit ajer la. Saya aim nak makan sushi tu. Selebihnya Dania yang habiskan. Suami pun makan sikit je. 


Sushi dengan tuna ni Dania yang nak. 


Mochi ni ada 3 ketul. Dania makan 2 dan ayah Dania makan seketul. Ummi tak rasa nak makan pula sebab Mochi ni kan liat2 ala ala onde-onde tu....


Ni sedap ni tapi tak sure kat atas ni apa sebenarnya. 


Dania sibuk nak selamatkan satu sushi yang penutupnya terjatuh atas conveyor belt ni. Siap tunggu sushi tu datang dekat dengan dia. Good job Dania!. Ni kerja saya la ni susun pinggan ikut warna. Senang nanti nak kira. 


Ini pula suami yang nak rasa. Unagi @ belut. Satu suami punya. Lagi satu suami saya suruh saya rasa. Cuit sikit lepas tu rasa masin-masin. Selebihnya suami yang kena habiskan sebab saya kata 'abang yang nak tadi'. 😅. Bagus taktik ni. Haha. 


Harga mengikut pinggan kecil berwarna ni. Dah selesai makan panggil je staff untuk kira sebelum dia bagi kita kertas untuk buat pembayaran di kaunter. Paling mahal warna ungu dengan harganya RM5.40/pinggan. 


Dulu memang kami bukan penggemar sushi. Semenjak mencuba pertama kali kat Nippon Sushi cawangan Bandar Baru Bangi ni, kami boleh masuk juga la rasa sushi kat sini. Ini rasanya kali ketiga kot makan kat Nippon Sushi. Jangan risau ya pemiliknya muslim. Sama juga macam MyViets tu. Pemilik yang sama juga. Makan tanpa was was 😀.

Oh ya....kan kami tapau Summer Roll with Prawn & Crabstick tu kat MyViets kan?. Saya suka rasanya cuma ada satu rasa yang kuat. Saya rasa daun pudina kot. Bila rasa yang kuat tu hilang ok memang sedap. Suami saya suka juga. Sama juga macam saya. Tak suka rasa yang kuat itu. Dania makan 1 je. Lain2 saya dan suami yang habiskan. Boleh beli lagi lain kali. 😜





XOXO,
Ezna

22 ulasan:

  1. sejak pkp langsung xde ke ayer 8 bila ke sana awal thn ni parking pn dh x free... nippon sushi sy x pernah try lg... mcm blom nmpk je kat sini... empire sushi pn br masuk kuching bln lepas.. haha

    BalasPadam
  2. sushi is fav my 2 boys tp myself and hubby tak mkn sushi....anyway dh lama weolls tak gi Ayer8 tu...suka pegi situ sbb byk tmpt mkn and nice place utk lepak2 santai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke?. Dulu2 kami memang tak makan sushi. Since adik yang berkawan dengan owner Nippon Sushi bagi tahu makan free kat NS ni terus la kami nak try jugak sebab ada branch kat Bandar Baru Bangi ni.

      Padam
  3. morning di sini.. emmm dap nya sushi. geng ngan MA & Iris.. Ian je x suka sushi so kalau nak makan sushi kena cari kedai yg ada foods utk Ian jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kalau ada yang suka dan tak suka kena pergi kat kedai yang semua orang makan. Nak bagi adil.

      Padam
  4. belum pernah try lagi..sbb masih makan di sushi king hehehe...nantilah satu ari nanti nak try jugakk

    BalasPadam
  5. nippon sushi pernh mkn skali...entry pn tk update2 haha....byk pilihan sushi kt sini...my viets xpernh try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Update cepat Amy...hehehe. MyViets tu sebab nak makan vietnam roll tu.

      Padam
  6. Rasa macam perasan Nippon Sushi ni. Tapi tu lah, kat Ayer 8 kalau nak makan kat mana memang pening nak pilih sebab banyak sangat pilihan. Banyak juga tarikan aktiviti tepi tasik tu. Meriah betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul kat Ayer 8 banyak pilihan. Pening nak pilih tu saya setuju...hehe

      Padam
  7. sos vietnamese roll tu sedap tak? sy pernah try sos cili hijau tu je so far... lain2 x penah lg apatah lg yg mcm dlm gmbr tu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami suka sos tu. Siap kata sedap banyak kali tapi saya tak suka sangat. Ikut orang jugak kot anies.

      Padam
    2. Ada rasa satu yang menyengat sikit....tak tahu rasa apa....

      Padam
  8. uncle dah cuba shushi... tapi shushi tak mesra dengan uncle la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tak semua suka sushi ni uncle. Dulu pun kami semua tak suka tapi bila sekali mencuba boleh la makan. Nak kata favourite tak boleh juga sebab sangat jarang pun makan sushi ni. Tahun ni rasanya baru sekali ni.

      Padam
  9. Sushi dengan lapisan warna orange di atas, itu saus mentai kak ezna. Terbuat dari mayo dicampur dengan sos sambal dan beberapa lagi saya tak terlalu paham. Soalnya teman saya ada yg jualan sushi mentai dan dimsum mentai. 😄. Saya tak bisa buatlah, pesan aja dari teman atau pergi ke restoran sushi 😁

    Saya suka sushi, tapi memang lebih pilih ramen untuk Japanese foods, atau aneka daging Jepang. Macam Kobe beef, Hida beef, matsuzaka beef. Sedaap semua

    Makanya tak pernah bosan balik jepang, hanya utk culinary 😍😄.

    Kalo utk Vietnam, saya suka spring rolls mereka. Simple, sehat, tapi sedap kan. Apalagi dicelup ke saus nya itu 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh thanks Fanny udah beri tahu sos mentai rupanya tapi akak suka. Sedap. Beef semua kakak tak cuba lagi. Nanti datang boleh cuba. Kalau Jepang kakak pun belum pernah jejak kaki di sana.

      Padam
  10. tempat fav Pia juga ni kak...

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...