Gambar semua saya blur kan.....
Hari ni kebetulan ada urusan di pejabat pos kemudian...selesai urusan saya ke stesyen minyak untuk mengisi minyak. Kebetulan minyak pun tinggal berapa bar je.
Selalunya bila tiba kat stesyen minyak saya lebih suka isi sendiri minyak. Tak suka orang lain isikan. Macam rimas ada orang lain ada kat sebelah. Alkisahnya ada seorang atendan pam minyak kata biar saya isikan walaupun saya kata takpe saya isikan sendiri. Dia cakap takkan dia nak duduk saje?. Selalu isi minyak saya guna kad je. Kad pertama tak boleh, kad kedua tak boleh. Kad ketiga baru boleh....haa sudah....dah kenapa mesin kad ni?
Adik ni ambik pam kuning pada mulanya kemudian bila saya kata saya nak hijau...mungkin itu salah satu sebab decline untuk kad ni sebab mulanya angkat pam kuning lepas tu letak balik angkat nozel warna hijau pulak. Akhirnya boleh juga isi minyak kereta. Adik ni bebel2 kata kad 1 tak boleh, kad 2 tak boleh...kad 3 baru boleh. Pot pet dia kat situ. Sambil2 isi dia kata tak ada upah ke?. Dia bagi tahu saya selalu orang akan bagi upah. Saya tanya upah apa?. Dia kata paling kurang pun RM10. Ha kauuuu.....adik ni mintak upah duit pulak. 😲 Dia ulang la dua tiga kali. Tak ada upah ke?. Tak ada upah ke?. Dah la dia putuskan tali penutup lubang minyak kereta saya. Saya ok lagi sebab tali tu pun dari getah. Lama-lama hujan panas mau reput kan. Saya pun tangkap la gambar adik ni.
Masa isi minyak pun macam dia punya kereta pulak sebab saya cakap cukup cukup....dia kata tambah lagi sikit la.....😵. Saya dah rasa pelik juga. Habis isi minyak, dia mintak lagi haiii takkan tak ada upah?. Saya buat tak dengar dan tutup pintu kereta. Nak je saya inform kat orang dalam stesyen minyak tentang perangai pelik adik ni. Lepas tu saya balik rumah.
Tiba kat rumah, saya tengok balik gambar tu ohhh OKU....banyak kategorikan OKU ni....tadi saya tak perasan sangat ada tulis OKU kat vest dia tapi tu lah jika adik ni mendesak juga pelanggan stesyen minyak yang lain, tak ke pelanggan lain tu takut? Boleh mencemarkan juga nama baik stesyen minyak tu.
Apa you alls akan buat kalau dalam situasi macam ni?. Rasa takut pulak.
****Saya dah adukan kepada stesyen minyak ni melalui whatsapp. Gigih saya cari no telefon. Katanya akan mengambil tindakan segera tapi saya tegaskan juga jangan marah cuma kena ingatkan berulang kali kerana beliau OKU.
XOXO,
Ezna
Uish…takut jugak bila orang dok desak-desak gini kat kita perempuan.
BalasPadamMintak sampai RM10 pulak tu. Baguslah Ezna berani tolak permintaan dia. OKU bukan alasan untuk tak ada adab. Bimbang jugak ada yang mengajar dia, dia tak tau jadi ikut je.
Sokong usaha buat aduan ke stesen minyak tu, perkara salah tak boleh diamkan.
Ya desak kalau sekali tu mungkin boleh tahan la tapi ni berkali-kali. Seram pulak saya.
PadamUish kalau Cuya pon mesti pelik dgn org cmtu .
BalasPadamJanggal jadinya
Ya memang janggal. Nak nak dia lelaki. Kena berhati-hati juga walaupun OKU.
PadamTak pernah dgr pulak atendan pam isikan minyak kena bagi upah. Dah itu kerja dia yg dibayar oleh pemilik stesen minyak kenapa pulak pelanggan kena bagi upah lagi?
BalasPadamAh ah tu yang pelik tu kan?. Dah la mulanya kata tak payah boleh buat sendiri. Dia yg offer nak buat lepas tu berkali-kali mintak upah. Seram jugak. Terus beredar la daripada situ. Mintaknya pula RM10. Haaa demand lagi....
PadamRasanya takde plak pam attendant amik upah or mintak upah kecuali kalau ada yang sedekah, maybe adik tu dh biasa dapat sebab dia OKU kan..kali ni xde yang bagi tu yang dia insist untuk mintak tu...
BalasPadamYe saya ingat pun betul la SA kata dia selalu terima sedekah. Mintak berkali-kali tu yang buat kita jadi takut pulak.
PadamAmbil kesempatan dia ni
BalasPadameiii kalau i, tak pergi dh stesen tu sbb sgt2 rasa tak selesa....hati2 lah u..esp time kita drive sorang2 kan
BalasPadamSelama I pergi stesyen minyak ni ok je Suzz. I buat sendiri je isi minyak. Kali ni pulak dia insist nak tolong I isikan minyak. Nampaknya I gi stesyen minyak lain la lain kali. Takut pulak I.
Padamtakut juga kalau macam tu. OKU ada banyak kategori, kalau OKU mental, kederat fizikal dia tetap mengalahkan kita perempuan ni
BalasPadamYa kan OKU banyak kategori. Rasanya dia OKU yang bukan dalam kategori tak dengar atau penglihatan la. Kalau kaki nampaknya ok je dia berjalan. Betul juga kederat dia tetap boleh kalahkan kita.
Padamsama mcm kak MZ kot, memang x pegi dah kot stesen tu.. bukan x nak support OKU bekerja but takut la plak...and yes, bos kena pantau diaorang ni... kalau kena customer yg baran..risau jadi lain plak nanti kan
BalasPadamrisau juga kalau dia OKU mental...dia buatnya dia mintak org tak bagi lelama dia tantrum
BalasPadamuishh silap masa silap org mau kene penampar ni.. bab oku pun mesti ada garis panduan sebab berurusan dengan pelanggan.. apa pun still nampak bahaya
BalasPadamSeriously he said so? 😮😮. Takjub lah dengarnya 😅. Walaupun dia OKU, tapi kan tak pula minta2 upah, karena dia dibayar oleh majikannya kan. Saya rasa pun tak ada kebiasaan untuk bagi tips di stesen minyak Malaysia kan kak?
BalasPadamSaya suka berbagi, kasih tips, sedekah, tapi tak suka kalo dipaksa untuk memberi. Macam tak etis kan. Kalau saya lihat dia tak mampu tapi tetap berusaha kerja, saya pasti bagi tips. Tapi kalo dipaksa untuk memberi hilang respect langsung.