Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, August 31

Review Malbatt : Misi Bakara

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 66.....Malaysia.....

Credit : GSC

Sehari sebelum kita menyambut kemerdekaan, tiba-tiba saya decide nak tengok movie ni. Dah sana sini kata best kan?. Jadi, makan tengahari saya buat yang simple ajer la sup ayam dan letak sayur brokoli dan lobak merah sekali. Masuk dalam Noxxa siap la. 

Sementara tunggu sup ayam masak, saya booking online kat website GSC. Senang, saya selalu booking online jadi bila tiba tak kalut la kan. Siap-siap order juga combo dim sum dengan mineral. Selalu order popcorn je kan...kali ni nak order dimsum pulak. 


Ni lah rupa dim sum goreng tu. Saje nak mengunyah je. Staff letak sekali sos cili. Baru la sedap. 


Dania bergambar kat kotak Malbatt. 


Mulanya tak ada orang sebelah kami tapi lepas tu ada, kerusi sebelah Dania ni kosong. 


Ok movie Malbatt : Misi Bakara ni awal-awal lagi dah ada adegan tembak menembak sehingga ke akhirnya. Apa itu Misi Bakara?. Rupanya anggota tentera Malaysia Rejimen Askar Melayu Diraja dari Batalion Malaysia (Malbatt) nak menyelamatkan anggota tentera Amerika Syarikat di Mogadishu Somalia. To be exact dekat Pasar Bakara. 

Dalam perjalanan tu banyak la insiden yang mereka kena serang dengan pengganas Somalia. Ada seorang rakyat Somalia bernama Abdalle menjadi jurubahasa kepada askar Malbatt. Ada juga elemen kelakar juga ditonjolkan. Saya rasa kalau ada kelakar-kelakar sikit idak la movie ni bosan kan sebab movie perang ni movie yang serius. 

Keseluruhan : Saya beri 9.5 / 10. Tahniah kerana naskhah Malbatt : Misi Bakara ini penuh dengan elemen setia kawan, tolong menolong, kasih sayang. Rasa bangga juga jadi rakyat Malaysia kerana tentera dari sebuah negara yang kecil datang untuk menyelamatkan tentera dari negara yang besar. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1993. Setelah 20 tahun peristiwa ini berlaku barulah kita mendapatkan pengiktirafan dari negara Amerika ya. Punya lama Amerika nak berikan pengiktirafannya tu. 

Tengok movie ni terasa patriotik pulak...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 66.....Malaysia.....





XOXO,
Ezna




 

5 comments:

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan sis 🇲🇾 My kids seronok sangat tengok cerita ni, siap request nak tengok sekali lagi dgn bapak dieorang pulak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa semangat sebenarnya. Tapi part tembak2 lama drag tu kadang saya bosan juga. Hehe. Keseluruhan memang best!.

      Delete
  2. best kan citer ni :) moga ramai lah yg akan tgk so that mesej patriotisme tu dpt disebarkan kpd ramai rakyat msia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Suzz. I suka movie ni. Rasa berterima kasih kat anggota tentera kita yang menjaga negara kita dan tolong negara lain. Hall I bolrh dikatakan ramai juga yang menonton. Last sekali kami tepuk beramai-ramai. Semngat patriotisme membara!

      Delete
  3. Penasaran sangat nak nonton. Tapi masuk ke pawagam sini. Harap2 masuk Netflix ya 😄👍. Selamat merayakan hari kemerdekaan kak ezna 🎉🎉. Sama2 Agustus kemerdekaan Malaysia dan Indonesia ini 😄

    Buat saya Malaysia itu sudah seperti rumah. Tiap tahun saya balik kesana, terkadang pun 2-3x dalam setahun. Macam tahun ini sudah 3x ke Malaysia dalam waktu berdekatan 😄

    Kalo nak traveling ke luar negara, saya pasti pilih transit di Malaysia sebisa mungkin. Supaya bisa stay di sana juga.

    Jadi saya doakan semoga Malaysia selalu maju , jaya dan jauh dari hal2 tak baik lainnya. ❤️

    ReplyDelete