Khamis, Ogos 3

Sesekali diberi tugas merasa makanan | Warung Kendi

Warung Kendi ni kami dah pergi beberapa kali dan pernah saya buat post juga kat sini. Bila dah lama tak pergi jadi kali ni kami pergi lagi. Masa ni tak ramai sangat orang kat sini. Kadang-kadang sampai tempat duduk pun penuh. Ok sila abaikan tudung saya yang senget. Boleh tak perasan masa wefie. Haha. 

Masa ni makanan dah tiba saya minta suami dan Dania pose dulu haha. 


Ok...jangan makan dulu ummi nak ambik gambar. Ni order suami saya. Ada roti, sausages, telur hancur dan kacang. Ada jem juga disediakan. 


Asal datang sini, saya dan Dania akan order ni. Kendi Breakfast Special. Ada pancake with honey, sausages, telur hancur, hash browns dan kacang merah ni. 


Selesai breakfast semua datang la seseorang ke meja kami. Rupanya salah seorang tukang masak kat Warung Kendi ni. Dia bawa Bruchetta untuk kami cuba sebab katanya akan diperkenalkan dalam menu mereka tak lama lagi. Rasanya macam bagi try kat keluarga kami je. Beliau suruh kami rasa dan komennya boleh sampaikan kat cashier. 

Inilah rupa bruchetta. Saya siap google lagi nak tengok apakah resipi Bruchetta ni supaya saya dapat gambaran serba sedikit apa bahan2nya. Bila makan ada rasa satu rasa yang kuat tau. Dalam resipi yang saya google ada disebut daun basil atau daun selasih. Daun ni memberi satu rasa yang kuat ala ala daun ketumbar. Menyengat kan?. Daun basil ni selalu saya masak Pad Kra Pou saya akan letak daun ni kat ayam. Lama tak masak ni....

Jadi....kalau ada yang tak suka daun yang kuat ni memang tak suka la bruchetta ni. Dania memang tak suka basil. Bila makan bruchetta ni dia tak suka. Pilih2 je makan tomato dengan roti je. Oh ya bahan-bahan ni diletak di atas roti perancis yang keras tu. Ada juga rasa macam daging nipis.  


Bagi saya bruchetta ni menarik sebab warna dari buah tomato tu menyerlah. Agaknya lagi kick kalau letak sos cili atas ni. Baru la sedap saya rasa. 

Ni resipi Bruchetta yang saya google :

1 loaf French bread, cut into 1/4-inch slices

1 tablespoon extra-virgin olive oil

8 roma (plum) tomatoes, diced

⅓ cup chopped fresh basil

1 ounce Parmesan cheese, freshly grated

2 cloves garlic, minced

1 tablespoon good quality balsamic vinegar

2 teaspoons extra-virgin olive oil

¼ teaspoon kosher salt

¼ teaspoon freshly ground black pepper


Akhirnya saya bagi komen kat cashier masa nak bayar tu saya kata rasanya agak menyengat macam makan ala ala daun ketumbar. Mungkin boleh kurangkan daun basil atau tukarkan daun basil kepada daun lain macam sup ke. Eh eh tapi resipi asli guna daun basil (selasih). Tak semua orang suka daun yang berbau kuat. Anak saya tak suka. Bruchetta ni kami tak payah bayar. Mulanya cashier tu macam pelik2...Bruchetta? siapa bagi?....haiya tak selari dengan orang yang bagi tu tak alert kan cashier. Bila explain sambil tunjuk orang tu yang bagi baru la dia faham kenapa saya komen pasal Bruchetta ni. 😅

Kadang-kadang resipi dari negara lain ni nak juga kena olah agar tekak orang kita boleh menerimanya. Haaa sesekali jadi food tester tu. Nanti tukang masak tu kena bagi orang lain rasa pulak. Mungkin orang lain suka. Mana la tahu kan.....





XOXO,
Ezna
 

8 ulasan:

  1. tekak melayu kita mesti nk letak cili sos kan ..br ummmppp hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...tak pun cili api ke....haaa baru la sedap.

      Padam
  2. Teringat pulak cerita senario...org Melayu mintak cili sos dekt restoran perancis, terus kene halau..hahahhaa...tpi dah kita tekak org Melayu , tkde sos mana sedap.

    BalasPadam
  3. Sedapnya bruschetta! Kalau makan kat kedai western saya suka order bruschetta tapi so far tak pernah pulak makan yg ada daun basil atasnya.

    BalasPadam
  4. i suka menu berasaskan roti tp contrast dgn mr hubby ie dia tak suka la mkn roti2 ni termasuklah pizza...so memang tak de nya kami nak bf western menu gini...heheheh kami asyik ulang2 mkn tmpt yg sama (ctnya nasi lemak ayam kg or nasi berlauk kelate) gitulah kisahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. I suka roti dan pizza, hubby I dia makan apa sahaja. Takpe la you...ikut citarasa sefamily kan....

      Padam
  5. Saya termasuk yg tak suka daun ketumbar, aduuuh biasanya langsung tak termakan kak 😵‍💫😔. Tapi bruschetta saya suka, cuma toppingnya tak lah pakai daun basil atau ketumbar 😅. Saya suka yg toppingnya tuna, atau udang, tapi biasa tak letak daun tuh 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...